Ahad, 8 Jun 2014

Lelaki Putus Tunang, Belanja AS$32,000 Ubah Bilik Tidur

Keadaan bilik tidur Chris yang diubah suai menjadi arked permainan video.



SEORANG wanita di New York bertindak meninggalkan tunangnya, Chris Kooluris selepas mengubah bilik tidur mereka menjadi arked permainan video pada era 80-an.

Chris berkata, beliau bertindak mengubah suai bilik tidur tersebut selepas membaca Ready Player One, sebuah buku mengenai budaya permainan video pada tahun 1980.

"Buku tersebut menyedarkan saya mengenai sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran saya - untuk memiliki bilik yang dipenuhi dengan alat permainan video," katanya.



Keadaan asal bilik tidur Chris.


Chris membelanjakan AS$32,000 untuk mengubah bilik tidur itu kepada arked yang diimpikannya.

Pada awalnya, Chris berkata, tunangnya sentiasa menyokong dan membantunya mereka cipta lantai di bilik tersebut.

Namun, tidak lama kemudian, tunangnya mulai bosan dan enggan menghadiri majlis pelancaran arked tersebut.


Malah lebih menyedihkan, wanita tersebut turut memulangkan cincin tunang kepada Chris dan memutuskan hubungan mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan