Ahad, 12 Oktober 2014

MASYAALLAH | Paderi Terjaga Dari Koma 17 Bulan Peluk Agama Islam



JAKARTA 11 Okt. - Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.

Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.

Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.

Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.

"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.

Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan