Sabtu, 4 Oktober 2014

Melati: Artikel Itu Telah 'Malukan' Saya Dan Juga Keluarga !


SHAH ALAM: Jamila Rahim (foto), Syefura Othman dan Dyana Sofya Mohd Daud menggesa tindakan segera diambil terhadap penulis dua artikel jahat yang memfitnah mereka.

Ketiga mereka bersama Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo pagi tadi membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) keatas penulis artikel ‘Melati, lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP’ tulisan ‘KunteKinte Malaysia’ yang disiarkan laman Umno, mykmu.net dan ‘DAP dan politik onani’ tulisan Edwin Michael di laman Free Malaysia Today.

Jamila Rahim yang juga dikenali sebagai Melati berkata, artikel tersebut telah mengaibkan beliau dan keluarganya.

“Dia (KuntaKunte Malaysia) adalah punca ada yang memanggil saya dengan perkataan itu (pelacur). Ini memalukan saya dan keluarga.“Saya harap tindakan segera diambil terhadapnya,” katanya yang baru menyertai DAP Selasa lalu.

Artikel tersebut yang terbit pada hari yang sama menyatakan “lebih mula jadi pelacur…dari mereka yang bertudung dan berpurdah ‘menjual diri’ kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam”, merujuk kepada Melati yang mengenakan purdah.
Jamila berkata, beliau hanya menggunakan hak untuk menyertai parti politik yang sah dan ia tiada kaitan langsung dengan tohmahan ‘menggadai agama’.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP Dyana Sofya pula dua artikel tersebut merendah-rendahkan golongan wanita dan secara tidak langsung menghalang penyertaan kaum hawa dalam politik.

“Bagaimana kita nak menggalakkan lebih ramai wanita menyertai politik jika mereka diserang seperti ini?” katanya lagi.Artikel ‘DAP dan politik onani’ juga menggunakan nada serupa, apabila menuduh DAP menggunakan mereka untuk “mewujudkan keghairahan’ anak-anak muda Melayu terhadap parti itu’ dan akan dipinggirkan selepas “mencapai ejakulasi”.

Ahli politik dari semua parti perlu bersuara

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang hadir memberi sokongan ketika laporan polis dibuat menggesa semua ahli politik tanpa mengira parti bersuara menentang serangan berbau seksis sebegini.


“Saya harap lebih ramai ahli politik tanpa mengira parti untuk menentang hal ini,” katanya, sambil berkata beliau turut menerima serangan serupa ketika menyertai politik pada tahun 2008.

“Ini bukan perkara baru. Saya hadir untuk beri sokongan moral dan berpesan agar ‘adik-adik’ saya ini tidak sesekali gentar (dengan serangan seumpama itu),” katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan