Jakarta: Kunjungan Presiden Jokowi ke pusat petempatan penduduk di sekitar Gunung Sinabung memang menyebabkan heboh - bukan saja kerana ia adalah kali pertama dia menggunakan pesawat udara rasmi, malah ia juga disebabkan kejelitaan pramugari yang bertugas.
Tanpa diketahui siapa yang mula menyebarkannya, gambar Theresia Mariana Susanti yang bertugas sebagai pramugari Tentera Udara Indonesia di pesawat rasmi presiden itu cepat menarik perhatian ramai.
Bagaimanapun, semakan mendapati gambar itu asalnya dimuat naik di akaun Facebook Theresia yang boleh diakses sesiapa.
Berdasarkan akaun itu, Theresia menyatakan dia berasal dari Denpasar, Bali dan berkhidmat dengan Tentera Udara Indonesia.
Gambar dalam akaun itu juga menunjukkan dia memang berkhidmat dengan kapal terbang rasmi presiden.
Satu daripada gambarnya menunjukkan Theresia bersalam dengan Susilo Bambang Yudhoyono.
Pakaian seragam dikenakan Theresia juga menampakkan dia bertugas dengan Suakron 17 - bahagian yang khusus menguruskan pesawat berkenaan.
Selain Theresia, ada beberapa nama pramugari lain, seperti Rara dan Feby. - Agensi
Jangan ada skandal pula lepas ni..
BalasPadamhaha skandal senyap2 dah pe..:P
Padambayangkan lah klu pesawat PM mesia yg cantik2 begini........
BalasPadamtak bule nak byg hehe
PadamKalau kat malaysia wow pak menteri umno berkuruman macam lalat taik
BalasPadampeghh cantik giloss heheh
BalasPadam