Khamis, 29 Januari 2015

Terkini! Neelofa Jawab Isu Kahwin Kerabat diraja



Semenjak berhijrah untuk tampil berhijab pertengahan tahun yang lalu, pelbagai reaksi positif yang diterima daripada peminat artis cantik molek kelahiran kelantan ini.

Selang beberapa bulan kemudian, timbul gosip mengatakan Neelofa bakal mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja. Terbaru, Neelofa sekali lagi tampil memberikan penjelasan berhubung isu kahwin kerabat. Apa pula jawapan Neelofa kali ini ya?

Sukar Beri Penjelasan


Memetik laporan Mangga Online, Neelofa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu ini kerana sedar ianya melibatkan kerabat. Kalau tersalah cakap, lain pula jadinya kan?

Ini melibatkan pihak lain dan pihak itu pula bukannya orang biasa. Jadi sukar untuk saya bercakap hal ini. Jadi, lebih baik saya mendiamkan diri. Saya juga tidak mahu berkata apa-apa tentang perkara ini.
Saya sedar, dalam usia saya yang akan memasuki 26 tahun tidak lama lagi, saya akan terus berdepan dengan persoalan tentang bila nak kahwin. Jadi perkara macam ini tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun, saya gembira dan tenang dengan kehidupan saya sekarang. Bidang perniagaan yang saya ceburi bersama keluarga juga membuatkan saya gembira sekarang ini.
Mesti tak sabar peminat-peminat Neelofa nak tahu siapakah gerangan jejaka yang menambat hati Neelofa ini. Apapun jangan lupa jemput kami ye Neelofa.
sumber : http://www.ohbulan.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan