Khamis, 30 April 2015

SEDIH..Pegawai SPR Maut Angkara Bongkah Kayu




MALANG sememangnya tidak berbau.

Seorang penunggang motosikal berkuasa berkuasa tinggi maut dalam satu kemalangan jalan raya akibat terlanggar bongkah kayu di Kilometer 342.6 Lebuhraya PLUS arah selatan, Tapah pagi tadi.

Ketika kejadian 11.45 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Imran Kamali Ahmad Nadzirin, 45 maut di tempat kejadian akibat cedera parah.




Al-Fatihah buat arwah, Imran Kamali Ahmad Nadzirin.

Mangsa yang bekerja sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan dalam perjalanan dari Permatang Pauh menuju ke Ibu Pejabat SPR Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, mangsa yang menunggang motosikal jenis Harley Davidson dipercayai terjatuh selepas terlanggar bongkah kayu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat. – MYNEWSHUB.CC

**Ajal maut di tangan tuhan…tapi nak bertanya…dari mana datangnya bongkah kayu atas jalan? Rasanya hampir pasti pada kenderaan berat yang menggunakan jalan-jalan raya kita. Lori besar apa semua ni cam raja sekarang. Bawak laju..bawak muatan lebih…. langsung takda takut pada apa-apa…SEBAB? Bos sudah bayar bulan maaaa…itu aje puncanya.










0 ulasan:

Catat Ulasan