Jumaat, 13 Disember 2013

Terdapat unsur “terorisme” dalam Syiah, kata KPN



 

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar melabelkan komuniti Syiah di Malaysia sebagai gerakan yang mempunyai elemen "terorisme".

Menurut Abdul Khalid, polis bekerjasama dengan penguatkuasa agama untuk memantau penganut fahaman itu kerana sebahagian daripada mereka dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan.

“Sesetengah penganut agama yang ditahan sebelum ini oleh unit anti terorisme merupakan penganut fahaman Syiah. Jadi kami bekerjasama dengan Jakim untuk memantau pergerakan mereka secara dekat.


“Kami tidak mahu apa yang berlaku di Syria, Iraq, Afghanistan dan Pakistan berlaku di sini,” kata Abdul Khalid dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Selangor pagi ini.

Khalid menerangkan, pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu Syiah semalam adalah untuk menyedarkan orang ramai dan jika fahaman itu tidak dikawal, ianya boleh menggalakkan aktiviti militan.

“Bila bercakap soal keselamatan negara, saya bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan,” katanya.

Katanya di Pakistan, ketegangan diantara Sunni dan Syiah menyebabkan pengeboman berlaku.

“Sebab itu kita kena kekang dari awal,” katanya.

Semalam KDN mendedahkan bukti-bukti untuk mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan aktiviti Syiah.

Diantara buktinya adalah Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mengkagumi pemimpin besar Revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini. – 13 Disember, 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan