Rabu, 22 Januari 2014

SAMSUNG Akan Melancarkan Galaxy S5 Pada 23 Februari 2014 !



Khabar angin mengenai Generasi kelima telefon pintar Galaxy S kelihatan terlalu banyak. Jika sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan tarikh pelancaran Galaxy S5 adalah pada bulan Mac yang turut disokong oleh naib presiden Samsung sebelum satu lagi eksekutif Samsung berkata bahawa Galaxy S5 tidak akan dipamerkan di Mobile World Congress yang akan diadakan pada bulan Februari ini.

Kini, Eldar Murtazin iaitu pakar didalam bidang telefon pintar berkata bahawa tarikh pelancaran Galaxy S5 adalah pada 23hb Februari. Jika anda tidak percaya dengan kenyataan ini harus kami ingatkan bahawa dia juga telah meramalkan tarikh pelancaran Galaxy S4 dengan tepat.

Samsung akan melancarkan telefon pintar utama mereka bagi tahun 2014 ini pada satu sidang pelancaran khas yang akan diadakan di Barcelon pada 23hb Februari iaitu satu hari sebelum bermulanya Mobile World Congress yang turut diadakan di bandar yang sama. Selain itu, Murtazin juga berkata bahawa Galaxy S5 akan mula dijual ke semua pasaran mulai bulan April yang sama seperti laporan terdahulu.


eldar-murtazin-twitter


Bercakap mengenai spesifikasi Galaxy S5, telefon pintar ini dijangka akan dilengkapi skrin paparan 5.2-inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel dan akan menawarkan dua pilihan pemproses iaitu Qualcomm Snapdragon 805 dan generasi terbaru pemproses Exynos. Pilihan pemproses ini mungkin merujuk kepada versi 3G dan LTE. Selain itu, Galaxy S5 juga akan dilengkapi dengan 3GB RAM, kamera belakang 16MP, ‘fingerprint scanner’, UI TouchWiz yang terbaru dan bateri berkapasiti 3,000 mAh.

Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa kesemua laporan ini hanya la khabar angina dan setakan ini tiada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Samsung. Kami akan memberikan anda kesemua laporan terkini apabila Samsung mula mengedarkan jemputan kepada majlis pelancaran ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan