Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2015

Isteri penentu kejayaan wakil rakyat BN - Datuk Seri Najib Tun Razak



IPOH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isteri wakil rakyat mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kejayaan seseorang pemimpin.

Perdana Menteri berkata mereka berperanan sebagai pengukuh semangat ketika senang dan susah selain bertindak sebagai pemberi semangat, sokongan dan dorongan.

"Dengan semangat kekitaan kita, kebersamaan kita, tidak ada sebab kita tidak boleh menghadapi segala cabaran yang ada di hadapan, dan inilah yang saya 'stress'kan sebagai semangat kerja berpasukan antara wakil rakyat dan isteri.

"Ini amat penting bagi kita sebab kalau isteri kita mainkan peranan seperti ini, maknanya kepala kita tak berserabut dan tenang.

"Kalau isteri kita buat perangai, kepala kita berserabut dan kita tak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat yang baik," katanya.

Perdana Menteri berucap pada majlis makan malam 'Sehati Kita Sejiwa' dan penutupan Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia di sini malam ini.

"Sebagai isteri wakil rakyat, dia mesti jaga kita, jaga keluarga kita, jadi teman kita dan jadi segala-galanya supaya kita dapat menjadi wakil rakyat BN yang disenangi oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, wakil rakyat dan pemimpin perlu menghargai pengorbanan isteri masing-masing.
"Oleh itu berilah timbal balas yang sepatutnya kepada isteri kita, jaga hati isteri kita, apa-apapun permohonan isteri, kita beri pertimbangan yang sepatutnya," katanya

WANITA BAWA ANJING DALAM TESCO, AJK MASJID PLENTONG SERTU 500 BUAH TROLI TESCO !


JOHOR BAHRU - Susulan kejadian wanita membawa anjing dalam troli di pasar raya Tesco Plentong, AJK Masjid Plentong bergotong royong menyertu lebih kurang 500 buah troli. 

Tindakan wanita yang membawa anjing itu telah menimbulkan rasa tidak senang pengguna muslim yang sering berkunjung ke pasar raya berkenaan. Justeru, pihak AJK Masjid Plentong turun padang bagi 'membersihkan' troli tersebut agar tiada rasa was-was di kalangan pengguna muslim yang berbelanja di pasar raya tersebut. 

Netizen juga mengecam tindakan wanita terbabit yang dianggap tidak sensitif. Pihak Tesco juga dinasihatkan agar bertindak lebih tegas agar perkara seperti ini tidak berlaku di masa akan datang. 

Orang ramai, khususnya yang bukan beragama Islam dinasihatkan agar tidak membawa haiwan peliharaan ke dalam pasar raya. Umum tahu di bangunan seperti pasar raya, pusat beli belah dan yang sewaktu dengannya tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan. Jadi usahlah mempamerkan ketidakcerdikan anda sehingga dirakam dan diviralkan. -  sumber

Sabtu, 5 September 2015

Isu Tatu Kalimah Allah Di Peha Alvin Tan… Ini RESPON Pendakwah Tabligh Yang Mendapat Beribu AMIN !!!



__________________________________________________________________

DI SUATU SUDUT YANG LAIN.. BY ABANG ANGLE PAKAI GUCCI PULA…

Baru-baru ni viral pasal mamat Alvin Tan yang dok menghina Islam, mencaci Allah dan Rasulullah SAW. Kontroversi melibatkan Alvin Tan ni bukan baru. Dulu pernah kecoh pasal poster berbuka dengan Bak Kut Teh.

Mengapa Alvin Tan ni tak serik-serik ‘mengusik’ umat Islam? Walaupon macam-macam tindakan dan reaksi sudah dilontarkan terhadapnya? Tak takutkah dia pada umat Melayu Islam yang apabila marah, raksasa dalam Otromen pon boleh terkencing-kencing ketakutan?

That is exactly what he’s craving for. Reaksi umat Islam yang reaktif. Dia sukalah tengok kita ni, melompat menggelabah tak senang duduk. Dia ketawalah tengok kita bakar tayar dan atap rumah nak tunjukkan kemarahan kita.

Dia macam seorang abang mengusik adik perempuan dia lah. Abang tu takkan puas selagi adik dia tak menanges ke, meraung ke, menjerit panggil mak ke. Walaupon dia tahu yang dia bakal dirotan dan dipiat telinga. Cuba adik dia tu buak dek je, buat bodo je, konfem abang dia tu akan boring kan?

In other words, he’s (Alvin) craving for attention. Dalam psikologi kanak-kanak, kanak-kanak bertindak liar dan nakal kerana mahukan perhatian mak bapaknya. Sebab bila dia berkelakuan baik, mak bapaknya tak pula sibok nak tunjukkan penghargaan. Tapi bila dia nakal, pecahkan pasu, kencing merata, conteng dinding, cepat sahaja mak bapaknya melatah. Kerana itu bertindak menjadi nakal kadang-kadang menjadi pilihan kanak-kanak, kerana dengan demikian dia akan lebih mendapat perhatian.

Dengan kata lain, Alvin ni kurang kasih sayang sebenarnya. Eheh.

So my point is, PLEASE IGNORE HIS STUPIDITY. Lama-lama nanti dia akan boringlah. And he will eventually stop.

Ya, kita berhak menunjukkan rasa marah kita. Rasa nak pertahankan agama kita. Rasa nak pakai bendana dan keluarkan keris dan pencak silat kita. Eh. Tapi dulu masa dia buat kontroversi lain, kita dah pernah marah pon and it didn’t change a thing. In fact, our reactions at that time might have fueled his mischievousness even further.

So why not try ignoring him this time?

Seperti seorang abang yang bosan apabila adiknya yang diusik tidak menanges dan meraung, Alvin will also stop teasing us when we learn to stop being childish.

Isnin, 31 Ogos 2015

Pengurusan Zoo melaka teruk. ?




As salam. Mohon rakan2 fb viralkan. Jiran saya di timpa dahan pokok di Zoo Melaka. Pihak Zoo hanya membayar kos perubatan dan hospital sahaja setakat ni. Suami jiran saya patah jari kaki dan anak mereka yang berusia 3 tahun retak tempurung kepala dan ada sedikit udara masuk kedlm anak mata. Pihak zoo hanya mendiamkan diri. Pada tiket ada tertera masuk tanggungjawab sendiri. Saya pun baru tahu. So kalau kena baham harimau macamana.. tolong viralkan..kesian family ni.. isteri surirumah sahaja. Harap ada pembelaan buat mereka.






Ahad, 16 Ogos 2015

Hobi Aneh seorang lelaki yang Suka mencuri dan mencium pakaian dalam wanita terbongkar !haha



Shah Alam: Hobi aneh seorang lelaki yang gemar mencuri dan mencium pakaian dalam wanita terbongkar apabila dia ditahan polis Selasa lalu.
Suspek berusia 25 tahun itu mendakwa nafsunya cepat terangsang apabila melihat pakaian dalam wanita menyebabkan dia melakukan jenayah itu.
Bagaimanapun tindakan suspek yang mencuri pakaian dalam penghuni sebuah pangsapuri di Seksyen 17 di sini, memakan diri apabila ditahan penduduk kawasan itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, suspek yang bekerja kilang ditangkap penduduk sedang membawa satu beg galas yang digunakan untuk mengisi pakaian dalam dicuri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, penduduk kawasan itu terserempak suspek sedang mencuri pakaian dalam di tingkat bawah pangsapuri itu.
Beliau berkata, penduduk kemudian mengejar suspek dan berjaya menangkap lelaki itu.

“Pemeriksaan kemudian menemui tujuh helai baju dalam, enam helai seluar dalam, stoking, tudung dan baju sejuk milik penduduk.
“Sebelum ini penduduk kawasan itu kerap mengadu kehilangan pakaian dalam mereka,” katanya.

Shafien berkata, siasatan mendapati suspek mengaku dia cepat terangsang apabila melihat pakaian dalam wanita malah akan menciumnya untuk menaikkan nafsu.

Beliau berkata, suspek turut mengaku suka menonton filem lucah.
“Siasatan lanjut mendapati suspek tiada rekod jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Guru silat ditikam perut terburai , berlumuran darah




KUCHING: Seorang guru silat ditemui berlumuran darah dengan keadaan perut terburai dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam di Travilion Mall, Padungan di sini semalam.
Mangsa berusia 54 tahun berasal dari Kampung Siol Kandis di sini dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat hiburan dan baharu selesai bekerja semasa kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi.
Menurut sumber, mangsa difahamkan dalam perjalanan menuju ke keretanya didatangi sekumpulan lelaki dipercayai lebih daripada tiga orang kemudiannya terus menyerang mangsa.
“Mangsa cedera parah dan terdapat banyak kesan tikaman di badannya dan keadaan perutnya juga terburai semasa ditemui menyebabkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan dengan kadar segera.
“Difahamkan, mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri,” kata sumber memberitahu mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan ambulans.
Beberapa anggota dari balai polis berhampiran tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan motif serangan masih belum diketahui.
Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HUS.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ahad, 2 Ogos 2015

Fikir sebelum bercakap, Utusan beritahu Ahmad Maslan




Akhbar Utusan Malaysia hari ini menasihati Datuk Ahmad Maslan supaya menjadi pemimpin yang bijak susulan pelantikan beliau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang berkuat kuasa Rabu lalu.
Melalui ruangan pojok Awang Selamat, akhbar edisi mingguan milik Umno itu menyarankan Ahmad menggunakan peluang kedua yang diberi untuk memperbaiki kelemahan dirinya yang sering mengeluarkan kata-kata kontroversi tanpa mengendahkan kesan terhadap kerajaan dan masyarakat.
"Harap-harap Ahmad akan ambil iktibar pengalaman sebelum ini yang kerap mencetuskan kontroversi melalui kenyataannya.
"Beliau perlu lebih berhati-hati sebelum bercakap dengan mengambil kira implikasi kepada kerajaan dan masyarakat awam," katanya.
Kata Awang, walaupun Ahmad disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi, rajin dan komited dalam menjalankan tugasnya, namun apa yang rakyat perlukan adalah pemimpin yang bijak dan kemas dalam mengurus persepsi.
"Kerja kuat sahaja tidak memadai. Lebih-lebih lagi pada era yang mencabar ini.
"Ini zaman yang menuntut pemimpin bijak dan kemas dalam mengurus persepsi. Lagipun, pemimpin bukan sahaja dinilai dengan kata-kata, yang lebih penting tindakan dan hasilnya," katanya.
Ahmad sebelum ini kerap dikritik kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap kurang bijak dan mengundang kontroversi terutamanya apabila menerangkan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam kapasitinya sebagai timbalan menteri kewangan.
Selasa lalu, dalam satu rombakan Kabinet, Najib mengumumkan pelantikan Ahmad, yang juga ahli Parlimen Pontian yang kini dalam penggal keduanya, sebagai timbalan menteri di kementerian yang baru pula. – 2 Ogos, 2015.

Ahad, 19 Julai 2015

Pelatih Perubatan Tersilap Potong zakar bayi disangka Tali pusat



Seorang pelajar perubatan didakwa pelatih perubatan tersilap memotong alat sulit bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam satu kejadian di Mexico semalam.
Pelajar tersebut difahamkan telah melakukan perbuatan itu gara-gara secara tersilap menganggap ia sebagai tali pusat bayi tersebut.
Walaupun mempunyai pengalaman bertahun lama dalam program perubatan, pelajar ijazah pertama itu mengejutkan semua pihak ekoran insiden dalam bilik bersalin itu.
Selepas menyedari kesilapannya , pelajar itu didakwa cuba menyembunyikan perkara itu daripada ibu bapa bayi tersebut dengan membawa bayi ke bilik pembedahan untuk memperbaiki kesilapannya.
Bapa mangsa bayi itu, Diego Rangel Izaguirre mula mengesyaki sesuatu yang tidak betul berlaku selepas lebih dua jam telah dinafikan kebenaran untuk melawat anaknya yang baru dilahirkan itu.
Kakitangan hospital berkenaan di Saltillo, Mexico, memberi jaminan kepada Diago bahawa bayinya telah mengalami kecederaan ringan dan menemui kesan lebam setelah mengetahui perkara sebenar.
Sekumpulan doktor pakar bedah ketika cuba menyambung semula alat sulit bayi itu didakwa melakukan kecederaan lanjut.
Rangel berkata, selepas anaknya dilahirkan, pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi dan mencederakan alat sulitnya.
“Malangnya, pakar bedah ketika cuba menjahit semula alat sulit bai kami, dua lagi kecederaan baru berlaku sedalam dua sentimeter," dakwanya lagi.
Akhirnya pelatih perubatan yang tidak cekap itu menjahir semula sebagai usaha mencantumkan semula zakar bayi itu tetapi ibunya Zulem Contreras masih marah dengan kakitangan tersebut dengan mendakwa anaknya sepatutnya dibedah pakar profesional.
"Insiden ini tidak sepatutnya berlaku mereka sepatutnya menugaskan pakar genekologi untuk menjaga anak saya bukan pelajar atau pelatih perubatan," keluhnya.
Hospital yang bertanggungjawab telah melancarkan siastaan dalaman dan disokong oleh pegawai Mexico.
Institut Keselamatan Sosial Mexico berkata mengikut maklumat yang ada pada masa ini, semasa bersalin, apabila memotong tali pusat, kebetulan kulit atas akar telah cedera dan diperbetulkan dengan prosedur biasa berkhatan untuk bayi itu. - Agensi
sumber - http://www.malaysiagazette.com/

Isnin, 13 Julai 2015

Sabtu, 11 Julai 2015

VIDEO VIRAL ZAHRA - INI KOMEN MANTAP DARI SAIFUL NANG

Ekoran video viral anak muda bernama ZAHRA yang tersebar meluas menceritakan mengenai luahan generasi masa kini yang bergelut dengan kehidupan di Malaysia. Ramai yang menyokong dan memuji sikap berani dan berterus terang Zahra berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin dalam Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015 pada 1 Jun lalu. 

Saya Zahra

Namun, seperti biasa sudah pasti ada yang akan membalasnya dengan kritikan dan pertikaian. 

Kritikan itu dibuat dalam satu coretan oleh seorang pengguna Facebook bernamaMizan Hashri di laman Facebooknya, terhadap ucapan Zahra itu.

Beliau yang bekerja di Petronas (rujukan dari Facebook) mempertikaikan umur Zahra di mana sekurang-kurangnya untuk habis belajar dari SPM untuk ijazah adalah 4 hingga 5 tahun.

Berikut adalah coretan 'Lelaki Si Pengkritik tersebut :


BAGAIMANAPUN, kritikan dan pertikaian lelaki yang menuduh Zahra sebagai Penipu Dan 'Kaki Mengadu' itu DIBALAS oleh Saiful Nang , pengasas, Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Hujah-hujah yang disampaikan oleh Saiful Nang itu, cukup mantap dengan fakta-fakta yang menyakinkan dan lebih bermutu daripada fakta yang diberikan oleh Mizan.

Baca pandangan dari Saiful Nang dibawah:


Datin Seri Rosmah Mansor mengakui akaun bank yang didedahkan lamanSarawak Report adalah miliknya




Datin Seri Rosmah Mansor mengakui akaun bank yang didedahkan lamanSarawak Report adalah miliknya yang dibuka pada 1984.

Bagaimanapun menerusi kenyataan melalui peguamnya, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kesimpulan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap anak guam kami adalah serius, berniat jahat dan tidak berasas.

"Akaun bank yang dirujuk dalam laporan itu adalah akaun peribadi anak guam kami. Ianya dibuka pada 1984 ketika anak guam kami bekerja di Island & Penisular Sdn Bhd (sekarang ini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd),” kata kenyataan itu pada Jumaat malam.

Selain itu menerusi kenyataan melalui firma guaman Messrs Norhairan Mohd Noor, Rosmah turut mengakui akaun peribadinya kini disiasat oleh Pasukan Petugas Khas berhubung dana 1MDB.

"Pelanggan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dana dan menafikan dengan keras mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

"Laporan itu dianggap tidak patut, mengancam , palsu dan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mengganggu pelanggan saya," kata kenyataan itu.

Pada Khamis Sarawak Report membuat dakwaan terhadap Rosmah berasaskan maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Laman itu mendakwa RM2,000,000 dimasukkan ke dua akaun secara berperingkat-peringkat.

Menerusi kenyataan itu lagi, Rosmah berharap Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan serta merta berhubung kebocoran maklumat akaun peribadinya.

"Adalah diharapkan Bank Negara dengan serta-merta atau dalam masa 72 jam menjalankan siasatan berhubung pendedahan tanpa kebenaran maklumat bank tersebut.

"Anak guam saya berpandangan bahawa kegagalan oleh Bank Negara untuk segera menjalankan siasatan tersebut akan menghakis kepercayaan pelabur dan pengguna dan institusi kewangan," kata kenyataan itu.

Sadis!!! Lagi kes bunuh diri dengan cara terjun bangunan






Lebih menyedihkan apabila kes bunuh diri ini melibatkan rakyat Malaysia beragama Islam... Islam mengharamkan umatnya dari menamatkan riwayat dengan cara ini... ia merupakan dosa besar yang dimurkai oleh Allah...






Jom kita tonton video yang sempat dirakam oleh salah seorang kakitangan hospital... sebagai peringatan, video di bawah mengandungi unsur2 yang agak ngeri... jadi, kepada yang tak mampu bertahan, faham-fahamlah sendiri...


Kita jadikanlah kes2 seperti ini sebagai satu pengajaran kepada kita... sekali kita pilih untuk jadi begini maka sudah tidak ada ruang dan peluang untuk bertaubat...

Setiap manusia takkan terlepas dari masalah... besar atau kecil masalah yang dihadapi, ia tetap satu ujian dari Allah dan Allah itu turunkan ujian mengikut tahap keupayaan hambanya untuk bertahan... maka hadapilah ujian itu dengan redha... kerana satu hari kelak, kita pasti mengingati ujian lampau sebagai satu pengalaman hidup yang amat berharga...

sumber - sebuah laman forum tempatan

Ahad, 5 Julai 2015

Contoh Lengkap Jawapan Tugasan PT3 Sejarah 2015!

sejarah


BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA LINK YANG DAPAT MEMBANTU ANDA DALAM MENYIAPKAN TUGASAN SEJARAH PT3 BAGI TAHUN 2015. SEMOGA INI DAPAT MEMBANTU ANDA!

LINK 1 : PERJANJIAN PERSETIAN PERSEKUTUAN (CONTOH LENGKAP)
LINK 2: FAKTOR DAN KRONOLOGI PEMETERAIAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN
LINK 3 :LATAR BELAKANG DAN SYARAT PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1895
LINK 4 : RUMUSAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN 1895
LINK 5 : CARA MENULIS SUMBER RUJUKAN SEJARAH PT3

sumber - http://www.musadun.com/

Jumaat, 19 Jun 2015

Semua kru kapal MT Orkim Harmony dibebaskan




Semua kru kapal tangki MT #OrkimHarmony sudah dibebaskan kumpulan perampas jam 2.30 pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM). Berikutan pembebasan itu, semua perampas meninggalkan kapal dan melarikan diri menaiki bot penyelamat MT Orkim Harmony. 

Kapal Orkim Harmony kini diiring ke pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal jam 6 petang ini, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri AbdulAziz Jaafar seperti dilaporkan BERNAMA. Hanya seorang kru kapal MT Orkim Harmony dilaporkan mengalami cedera ringan.

Kapal tangki itu bersama 22 kru terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, dilaporkan terputus hubungan jam 8.57 malam Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. 

Kapal tangki itu dirampas oleh sekurang-kurangnya lapan lanun bersenjatakan pistol dan parang dipercayai warga Indonesia. 

Lanun dikatakan mahu menjual 6,000 tan petrol yang dianggarkan bernilai RM21 juta dalam kapal itu kepada sindiket asing. MT Orkim Harmony disahkan ditemui semalam oleh pihak berkuasa di perairan Kemboja, telah dicat semula dan ditukar nama kepada 'Kim Harmon'.

Isnin, 15 Jun 2015

[ Berita Palsu ] Bunyi Suara Trompet Di Langit Sabah Jun 2015

Berita palsu rakaman video suara misteri atau bunyi trompet dari langit di Kota Kinabalu Sabah pada Jun 2015. Insiden dipercayai berlaku susulan gempa bumi kedua terkuat melanda Ranau Sabah pada 13 Jun 2015. Difahamkan, rakaman didakwa dirakamankan di perumahan sekitar Tuaran, Kota Kinabalu Sabah. Sehingga kini tiada saksi yang dapat mengesahkan rakaman suara misteri dari langit melainkan hanya rakaman video yang meragukan. Dapat rakaman tersebut, dipercayai audio rakaman bunyi langit “misteri” dari luar negara telah disunting dan diserap masuk ke dalam video tersebut. Dimana individu dalam rakaman terbabit hanya melakonkan semula menggunakan audio bunyi misteri walhal sebenarnya tiada bunyi datang dari langit di Kota Kinabalu Sabah.
misteri-langi
Video Rakaman Bunyi Suara Trompet Di Langit Sabah Jun 2015
Berita Palsu Bunyi Suara Trompet Di Langit Sabah Jun 2015
Audio bunyi misteri dari langit yang didakwa berlaku di Sabah sebenarnya di ambil daripada insiden bunya misteri di Luar Negara. Sila rujuk video dibawah, dan cuba forward video dari minit 1:11 hingga 2:04. Anda boleh membandingkannya sendiri.


Sumber: Berita Palsu Bunyi Suara Trompet Di Langit Sabah Jun 2015 | melvister.com 

Ahad, 14 Jun 2015

Serangan Dr Mahathir Punca Ringgit Jatuh - Ahmad Maslan



Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir sewajarnya berhenti menyerang Najib kerana segala persoalan yang diajukan sudah dijawab presiden Umno itu.

“Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang de¬ngan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.




“Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,” katanya seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.



Ahmad berkata, Najib tidak akan tunduk kepada desakan bekas perdana menteri itu untuk meletak jawatan kerana desakan sedemikian tidak membawa keuntungan kepada negara.

“Rakyat akhirnya akan tahu apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya menjatuhkan imej dan maruah negara di mata dunia,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ketua penerangan Umno itu berkata jika berlaku penyusutan nilai ringgit, maka barangan import akan mengalami kenaikan harga disebabkan urus niaga menggunakan dolar Amerika.

“Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan,” katanya kepada akhbar itu.

Semalam, Bernama melaporkan ringgit dijangka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pengukuhan mata wang asing itu serta ketidaktentuan dalam pasaran tempatan.

Bagi tempoh sepanjang minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras terendahnya dalam tempoh 9 tahun pada Isnin lepas berbanding dolar AS berikutan pengukuhannya yang turut mengekang minat terhadap mata wang lain, termasuk ringgit.

Pengukuhan dolar itu turut disebabkan data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan serta data jualan yang hanya mencetuskan lagi spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Bagi perbandingan mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.7580/7610 daripada 3.7170/7200 pada Jumaat lepas.

Ringgit turut rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.7806/7843 daripada 2.7568/7601 Jumaat lepas dan lemah berbanding yen kepada 3.0368/0399 daripada 2.9793/9822, minggu lepas.

Unit tempatan itu turut merosot berbanding pound British kepada 5.8166/8235 daripada 5.6885/6946 dan susut berbanding euro kepada 4.1962/1007 daripada 4.1842/1887, pada Jumaat lepas. – 14 Jun, 2015.

Selasa, 2 Jun 2015

gempar! Surah Yasin Ditemui Dalam Kuil Hindu

Surah Yasin Dalam Kuil

KUALA KURAU – Perjalanan pulang  seorang petani ke rumah terganggu dengan penemuan menggemparkan senaskhah Yasin dalam sebuah kuil di Kampung Parit Haji Napis, di sini, kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.

Petani, Syed Izzan Syed Alwi, 34, berkata, dia yang baru selesai menjalankan kerja pembersihan sawah dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dipanggil seorang pemilik kuil.

“Dia beritahu ada jumpa Yasin masa membersihkan kuilnya. Dia juga tunjukkan beberapa peralatan aneh yang dipercayai digunakan untuk pemujaan nombor ekor.

“Tapi, dia tidak mahu pegang Yasin itu sebaliknya hanya tunjuk pada saya kerana menghormati ajaran Islam,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan Yasin itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari lalu.

“Saya minta pemilik kuil membuang segala peralatan aneh seakan-akan dacing, selain limau dan beberapa helai kertas bertulis nombor.

“Saya juga ada maklumkan pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Amin, Mohd Nor Dan untuk tindakan susulan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Nor berkata, dia kesal dengan tindakan individu yang mempersendakan Yasin berkenaan.

“Tindakan menggunakan ayat al-Quran untuk pemujaan bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, malah dalam kes ini ia menjejaskan tanggapan penganut agama lain terhadap ajaran Islam,” katanya.

Menurutnya, jika sebelum ini terdapat kes sebuah kuil di kampung itu dijadikan tempat pemujaan kaki nombor ekor, bagaimanapun aktiviti itu tidak aktif lagi selepas dipantau serius Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk).

“Sekarang, sekali lagi kami digusarkan dengan penemuan ini dan berharap Jaipk dapat ambil tindakan untuk mengelakkan aktiviti tidak bermoral ini berleluasa,” katanya. – sinar

Isnin, 1 Jun 2015

Berang ditipu peniaga online, pengguna Facebook muat naik gambar perbualan messenger


Berang ditipu peniaga online, seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar perbualan messenger dengan peniaga online terbabit.

Amisha, berasal dari Sabah, memuat naik gambar-gambar itu dengan caption,

"Hati-hati dengan perempuan ini. Dia dah banyak tipu duit orang. Konon jual baju, handphone dan macam-macam lagi, itu semua poyo. Dia tipu RM220. Konon minta nombor akaun nak bagi balik duit saya. Sampai sekarang tak ada. Polis pun dah cari dia. Jadi, hati-hati, dia suka tukar-tukar nama," 

Apabila didakwa cuba menipu pelanggan, peniaga terbabit memberikan alasan banyak berhutang dan terpaksa menggunakan wang bayaran pelanggannya dahulu.

"Ini bukan alasan sis, tapi kenyataan. Memang saya terlalu susah. Andaikata saya tak dapat pulangkan duit sis, beritahulah abang sis carilah saya di Persiaran Taman Meru, Ipoh, Perak.

"Saya banyak sangat hutang kena langsai. Macam-macam orang dah mesej saya. Saya tak tahu nak buat macam mana dah. Saya minta maaf sis. Sis bagi nombor akaun sis, saya akan refund duit sis semula. Saya betul-betul minta maaf.

"Saya buntu dah sis, saya cakap macam mana sekali pun sis memang takkan percaya sebab saya pesalah. Mungkin ini pengajaran bagi saya," katanya.

Menurut gambar yang dimuat naik oleh sumber, peniaga bernama Fazlina itu merupakan ibu tunggal yang telah diceraikan oleh suaminya kerana perkahwinannya dengan suami tidak direstui oleh keluarga.

Sungguhpun mempunyai anak seorang, Fazlida tetap dipulaukan oleh keluarganya menyebabkan dia terpaksa menempuhi hidup bersendirian. 

"Aku nak balik pun adik beradik pulaukan aku. Itu yang aku susah kat sini. Anak aku baru 2 tahun, tengah banyak pakai duit. Itu yang aku macam orang gila cari duit.

"Aku pernah call nak cakap dengan mak aku. Diorang tak bagi. Hari raya aku telefon pun diorang tak angkat,"  katanya.

Bagaimanapun, menurut seorang individu, nama sebenar wanita itu adalah Norhafizah Abd Razak yang merupakan rakan sekolahnya yang juga orang sekampung.

"Memang dari kecil lagi dia memang kuat mencuri. Dia memang asal Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah duduk Kuantan pun. Tipu je semua itu. Bapa dia dah lama tak ada. Adik beradik dia memang tak ambil port pun pasal dia. Pasal kad bank kena pegang dengan along ke ape ke, jangan percaya apa-apa pun dia cakap. Buat report je terus,"

Difahamkan, sudah ramai yang terkena dengan peniaga online penipu ini dan telah banyak laporan polis dibuat. Namun masih tiada tangkapan yang dibuat. 

Orang ramai disarankan berhati-hati membeli barangan secara online. Pastikan anda menyemak latar belakang peniaga online dan maklumbalas pelanggan terdahulu sebelum bersetuju membayar peniaga online terbabit. - THEHYPEMEDIA.COM









sumber - http://www.thehypemedia.com/2015/05/memang-sial-perempuan-ni.html?m=1