Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan

Isnin, 31 Ogos 2015

Pengurusan Zoo melaka teruk. ?




As salam. Mohon rakan2 fb viralkan. Jiran saya di timpa dahan pokok di Zoo Melaka. Pihak Zoo hanya membayar kos perubatan dan hospital sahaja setakat ni. Suami jiran saya patah jari kaki dan anak mereka yang berusia 3 tahun retak tempurung kepala dan ada sedikit udara masuk kedlm anak mata. Pihak zoo hanya mendiamkan diri. Pada tiket ada tertera masuk tanggungjawab sendiri. Saya pun baru tahu. So kalau kena baham harimau macamana.. tolong viralkan..kesian family ni.. isteri surirumah sahaja. Harap ada pembelaan buat mereka.






Ahad, 16 Ogos 2015

Brother ni tegur seorang pemuda yang belajar agama sebab dia hisap 'vappe'. Ini respon dia

g h


Pernah tegur seorang pemuda yang belajar agama sebab dia hisap 'vappe'. Saya hanya kata pada dia, fatwa terbaru dah haramkan vappe. Ini respon dia,

"Ala Abang, baru fatwa. Mazhab ada berapa? 4 kan? Ce sebut satu-satu mazhab tu cakap apa"

Kemudian saya diam saja sebab tak sangka jawapan sebegitu keluar daripadanya. Takut lagi cakap lagi teruk kefahamannya.

Fatwa adalah satu bentuk ijtihad untuk menetapkan sesuatu hukum. Fatwa disidangkan oleh pelbagai jenis kepakaran yang akhir sekali akan diputuskan oleh pihak tertinggi agama, alim ulama.

Dulu saya ada dengar ceramah. Ustaz tu cakap fatwa pengharaman rokok disidangkan oleh alim ulama, pakar kesihatan, pakar kimia dan lain-lain kepakaran yang berkait. Bermakna fatwa jauh sekali dikeluarkan oleh ijtihad sendiri.

Takkanlah ulama yang bersidang untuk menetapkan sesuatu fatwa itu tak faham langsung fiqh 4 mazhab. Sedangkan ulama ini fakih apatah lagi untuk mencapai sesuatu persetujuan semestinya perlu mengambil kira pelbagai pendapat ulama lain.

Kepada yang masih lagi menggunakan aqal bagi mempertahankan nafsu dan ego, jom sama-sama berubah dan berdoa. Walaupun kita sukar untuk membuat tabiat buruk jangan sampai kita sukar untuk akur dengan ijtihad alim ulama.

Siapa kita...

#SesungguhnyaAkuSudahTegur
#KauSaksikanlahYaAllah

sumber

Sabtu, 8 Ogos 2015

Pandangan Dr Khairul Hafidz Mengenai isu DNA Susu Lembu. Benar atau Salah Ayuh baca !



Saya merujuk kepada satu rancangan tv semalam yang membincangkan mengenai kebaikan susu ibu, dan satu pernyataan daripada penyampai telahpun menjadi viral di laman social (saya tidak ingin menyiarkan semula gambar dan memberitahu nama penyampai tersebut, kerana tujuan artikel ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa). Di sini saya fikir, ada beberapa perkara yang dapat kita pelajari bersama.
DNA ataupun deoxyribonucleic acid adalah asid nucleik yang terdiri daripada dua rantaian nucleotides yang panjang menyimpul di antara satu sama lain membentuk helix berganda. Asas pembentukan DNA ini adalah terdiri daripada 4 asid amino iaitu adenine (A), thymine (T), cytosine (C) dan guanine (C). DNA inilah yang membawa maklumat genetik untuk manusia. Kita boleh bayangkan DNA ini adalah seperti komputer yang menyimpan segala maklumat seseorang, seperti jantina, tinggi badan, warna kulit, warna mata, penyakit bawaan genetik dan sebagainya [1][2].
Susu ibu sememangnya mempunyai khasiat yang sangat banyak. Susu ibu boleh dipecahkan kepada dua, makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien terdiri daripada zat-zat untuk pertumbuhan anak, perkembangan otak, lemak tak tepu (polyunsaturated fatty acid) manakala mikronutriennya terdiri daripada Vitamins A, B1, B2, B6, B12, D, K dan iodine. Terdapat juga garam galian seperti sodium, potassium, kalsium, magnesium, fosfat dan chloride [3][4]. Susu ibu juga mempunyai kolostrum yang kaya dengan antibody untuk melawan penyakit.
Komposisi susu lembu secara umum lebih kurang sama seperti susu ibu tetapi konsentrasinya berbeza sesuai untuk perkembangan anak lembu [5].
Banyak kelebihan susu ibu berbanding susu lembu, susu ibu adalah steril, mudah diberikan dan selalu ada, suhu yang tepat untuk bayi, tidak terlalu pekat atau terlalu cair, murah, bayi jarang mengalami allergi kepada susu, mudah dihadam bayi, pemberian susu ibu menguatkan ikatan ibu dan anak, stimulasi pengeluaran oxytocin untuk pengecutan rahim apabila anak menghisap puting, boleh mempunyai kesan kontrasepsi kepada ibu kerana menyusu menghalang ovulasi dan datangnya haid [6].
Kerana itu dalam perubatan moden kami menggalakkan pemberian susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan.
Kesimpulannya,
Pertama, pemberian susu ibu adalah yang terbaik.
Saya memahami penyampai ingin memberitahu bahawa susu ibu adalah yang terbaik, dan kami juga sependapat, cuma dalam kita berkongsi maklumat mengenai susu ibu, kita wajar memberikan MAKLUMAT yang TEPAT kepada pendengar.
Memberi susu lembu, yang masuk ke badan (perut) bayi adalah NUTRIEN bukannya DNA. Kedua itu mempunyai beza yang amat besar. Bayi dapat khasiat daripada susu lembu bukannya DNA lembu.
Kedua, takutnya berlaku kekeliruan.
Saya banyak baca dan dengar kekeliruan daripada apa yang diberitahu, mungkin penyampai ada maksudnya yang tersendiri, tapi ramai yang memahami minum susu lembu DNA bayi bergabung dengan DNA lembu, akhirnya anak mungkin jadi pemarah kerana lembu cepat marah.
Tidak mungkin DNA manusia boleh bergabung dengan DNA haiwan kerana pemakanan, jika begitu segala apa yang kita makan juga punya DNA mereka, takkan lah semua DNA ini juga bergabung? Jika kita mengkaji mengenai DNA secara mendalam kita akan tahu bahawa ia tak mungkin akan berlaku, apa lagi DNA lembu yang masuk ke badan mampu MENGUBAH tingkah laku manusia menjadi pemarah.
Ini yang bahaya, kerana pernyataan seperti ini akan mengelirukan pendengar dan akhirnya menimbulkan kemarahan, dan ini akan menyebabkan maksud sebenar rancangan untuk menyebarkan susu ibu yang terbaik tidak sampai.
Ketiga, ini juga menjadi PENGAJARAN kepada diri saya dan juga para professional, ahli akademik, ahli agama dan selebriti yang lain. Dalam kita memberi maklumat, masyarakat MUDAH PERCAYA kepada kita kerana KREDIBILITI yang kita ada. Jadi kita punya TANGGUNGJAWAB untuk MENYAMPAIKAN PERKARA YANG BETUL.
Jadi saran saya, bercakaplah mengikut kapasiti dan kepakaran kita. Buat kajian, jika boleh quote rujukan yang kita ambil supaya hujah dan fakta yang kita sampaikan itu adalah tepat dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.
Wallahualam.
Sumber rujukan:
[1] Essential Genetics: A Genomic Perspective, Daniel L. Hartl, 6th Edition (2014)
[2] Looking At How Genetic Traits Are Inherited With Graphic Organizers, Chris Hayhurst, 1st Edition (2005)
[3] Human Milk Compositions: Nutrients and Bioactive Factors, HHS, Olivia Ballard (2014)
[4] The Composition of Human Milk, PubMed, Jennes R. (1979)
[5] Bovine Milk In Human Nutrition – A review, BioMed, Anna Haug et al (2007)
[6] Understanding Medical Physiology, Nutrition During Infancy and Childhood, RL Bijlani, 3rd Edition (2004) 

kredit fb beliau - 
https://www.facebook.com/khairulhafidz.alkhair/posts/10153739890905769

Ahad, 26 Julai 2015

Dengar macam gila haha..Perempuan ini cerita kenapa dia hanya suka suami orang


Sekadar gambar hiasan


INI mungkin kedengaran gila dan merepek. Tapi inilah luahan sebenar seorang perempuan yang sudah berkali-kali telah jatuh cinta dengan suami orang.

Bukan sikit-sikit pengalamannya bercinta dengan lelaki yang sudah berkahwin. Kali ini sahaja dia sudah merasa cinta suami orang masuk kali keempat.

Peliknya, cintanya terhadap suami orang bukan berdasarkan keikhlasan tapi hanya kerana berasa bangga apabila menjadi pemenang dalam hubungan cinta tiga segi atau dengan kata mudah menjadi perampas.

Menurutnya, bercinta dengan lelaki bujang tidak mampu mengukur tahap cinta sebenar seperti bersama suami orang yang sanggup meninggalkan isteri dan ahli-ahli keluarganya.

Tak percaya, jom anda baca sendiri luahan wanita ini menerusi screencap di bawah….



“Aku memang suka suami orang. Aku tak suka lelaki bujang.

“Macam mana kau yakin lelaki bujang betul-betul cintakan kau? Macam mana dia cintakan kau out of loneliness? Macam mana kalau dia layan kau sebab kau seorang je yang layan dia, so dia takde choice, dia ambil jelah kau.

“Tapi bila kau cinta dengan suami orang, even he has a choice.. he still chooses you.

“Paling seronok dia sanggup tinggalkan isteri dia untuk kau,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pengorbanan cinta suami orang sangat berbeza berbanding lelaki bujang kerana mereka perlu menjalani bermacam-macam proses penceraian, turun naik mahkamah dan bermacam-macam lagi semata-mata untuk dapatkan dirinya.

Mungkin ada yang rasa tidak masuk dek akal, tapi bagi wanita ini bercinta bersama suami orang merupakan kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Senang kata, wanita ini sudah seperti gila dan pentingkan diri tanpa memikirkan hati dan perasaan isteri dan anak-anak kekasihnya.

Bagaimanapun, wanita ini mempunyai modus operandi yang pelik dalam menjalani hubungan cinta bersama suami orang.

Mana tidaknya, dia mengaku akan meninggalkan kekasihnya setelah selesai urusan penceraian kerana percaya lelaki begitu boleh mengulangi perkara yang sama terhadap dirinya.

Jelasnya, dia bukan jenis wanita yang boleh ‘tunduk’ dengan cinta.

Apabila mendengar pengakuan wanita, rasa menyampah dan marah pun ada, apatah lagi memikirkan tentang tujuan wanita ini yang seolah-olah hanya ingin menghancurkan masjid yang telah lama dibina.

Kita doakan semoga wanita ‘spesies aneh’ ini segera bertaubat agar tiada lagi yang menjadi mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Selasa, 21 Julai 2015

Cerita Suami muda 5thun dari isteri





 dari Fb - Nanie Nanie
"
Mcm2 ragam dlm wad ni...
Rase sayu tgk pasangan dpn katil ni..
Isteri mengandung ank ke 7...di ulang ye ank ke 7 uolls...
Suami muda 5thun dr isteri..
Isteri mngandung 3bln..kuar drh..
Si suami smpi brgaduh ngan nurse n mak guard nak teman istri nye..nurse x bg sbb ini wad pompuan..
Akhir nurse n mak guard benarkn die tngu di luar tapi aku tengok setiap 10min die msuk tgk isteri...
Last..nurse n mak guard biar je..
Terdetik dlm ati..bgaimana ank2 yg lain kat uma..x kje ke suami die ni...
Nanie kan..xmau jd tnda tnye trus direct minta jwpan dr sisuami ni..
"kak (walau sebaya) istri sye bkn ari2 msuk wad...sye kne teman die..die ngndungkn ank sye..kdaan n emosi die sgt x stabil..sye kne teman die..ank2 sye yg lain sye minta tlg atuk n mkcik diorg tengokkn..saye kerja sendiri kak..masa sye bley adjust..yg penting isteri saye ni..."
Alololo...sweet nye...

"


Pss : Tu lh pegorbanan suami pada isteri..ikatan kasih & syg tu tak kan boleh d pisah kn,kalau terlalu syg...dalam 10000 org dkt dunia ni,blum tntu lgi 10 org suami yg snggup wat cmtu kat istri...tersangt2 lh bersyukur kalau dpt suami yg sanggup berkorban mcm ni untuk istri

DOKTOR BIADAB DI POLIKLINIK ****** “ Klinik aku keno ikot caro aku "



DOKTOR BIADAB DI POLIKLINIK P******
(KOTA BHARU, KELANTAN)
* Nama doktor dan klinik telah dipadamkan kerana kes ini akan diadukan secara rasmi kepada pihak berwajib
* Penulis seorang doktor yang terkilan dengan sikap doktor terbabit
20/7/2015 (Isnin) jam 15:00– Saya membawa ibu dan bapa mertua ke sebuah klinik swasta (POLIKLINIK P******) untuk mendapat rawatan suntikan vaksin sebelum menunaikan haji. Setiba disana staf klinik meminta Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji kedua-dua ibu bapa mertua saya dan juga bayaran RM130 seorang untuk suntikan vaksin. Mengikut maklumat staf klinik itu, suntikan vaksin itu merangkumi Meningococcal, H1N1 dan MERsCOV vaksin.
Setelah menunggu hampir selama 1 jam 30 minit, nama ibu dan bapa mertua saya masih tidak dipanggil oleh staf klinik. Kami hairan kerana sudah 3-4 orang pesakit yang baru sahaja datang tetapi tidak perlu menunggu lama, nama mereka sudah dipanggil dan mendapat rawatan doktor serta ubat-ubatan. Kebanyakan mereka kelihatan muda usia 20-40an yang datang untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Yang paling menghairankan apabila ada seorang pemuda yang hanya baru mendaftar pada jam 16:30 hanya menunggu tidak sampai lima minit, namanya sudah dipanggil dan mendapat rawatan suntikan vitamin daripada doktor itu.
Kami bertanya kepada staf klinik bilakah nama ibu bapa mertua saya akan dipanggil, tetapi jawab mereka “tunggu sebentar, doktor akan panggil nanti”. Beberapa kali kami bertanya kerana nama ibu bapa mertua saya masih tidak dipanggil sehinggkan jam 17:00. Kami meminta untuk dipulangkan buku-buku rekod rawatan jemaah haji ibu bapa mertua saya dan juga bayaran RM130 seorang, tetapi mereka enggan memulangkan, alasannya buku-buku rekod rawatan jemaah haji itu telah diisi lengkap dan ditandatangani serta dicop oleh doktor tersebut walaupun ibu bapa mertua saya belum berjumpa dengan doktor itu. Sungguh menghairankan.
Tiba-tiba nama kedua-dua ibu bapa mertua saya dipanggil oleh staf klinik untuk berjumpa doktor itu. Setibanya di bilik doktor itu, doktor itu memanggil kami “Gedebe” (membawa maksud dalam dialek Kelantan adalah “berlagak”) dengan nada yang tinggi dan keras, dan mula mengoyak-ngoyakkan buku rekod rawatan jemaah haji ibu bapa mertua saya. Saya cuba menjelaskan situsasi sebenar apa yang berlaku tadi tetapi tidak diendahkan oleh doktor itu. Doktor itu sebaliknya menyalahkan kami kerana tidak sabar menunggu giliran dipanggil. Doktor itu juga berkata “Mu tok kenal lagi sapo aku” (membawa maksud dalam dialek Kelantan adalah “kamu belum kenal lagi siapa aku”). Doktor itu berkata lagi “Klinik aku keno ikot caro aku, ikot aku nok panggil sapo dulu, rama lagi hok tunggu lamo ” (membawa maksud dalam dialek Kelantan adalah “di klinik aku kena ikut cara aku, suka hati akulah nak panggil pesakit mana dahulu, ramai lagi pesakit yang tunggu lebih lama”). Doktor itu dengan suara yang kuat menghalau kami keluar dan memanggil nama pesakit yang lain. Kami terkejut dan tergamam. Buku-buku rekod rawatan jemaah haji ibu bapa mertua saya yang telah dikoyakkan dipulangkan dan meminta kami mendapatkan buku-buku yang baru dari Tabung Haji.
Kami meminta balik bayaran RM130 seorang dari staf klinik dan dipulangkan kepada kami. Kami berlalu keluar dari klinik itu dan terus menuju ke Tabung Haji Kota Bharu untuk melaporkan kejadian. Setibanya di situ, kami berjumpa dengan staf tabung Haji dan menceritakan apa yang terjadi dan memohon untuk mendapatkan buku-buku rekod rawatan baru. Staf Tabung Haji itu agak terkejut dan faham apa yang telah terjadi. Beliau meminta ibu bapa mertua saya datang ke Tabung Haji semula pada esok pagi dan memohon semula buku rekod rawatan baru.
Persoalannya:
Pertama, wajarkah seorang yang bergelar doktor atau pegawai perubatan kerajaan mahupun swasta bertindak sedemikian rupa kepada pesakit yang datang kepada mereka untuk mendapatkan rawatan? Wajarkah doktor itu menggunakan kata-kata kesat dan meninggikan suara kepada pesakit walhal mereka mendapat bayaran? Dimanakah letaknya etika seorang doktor jika pesakit dilayan seperti ini?
Kedua, wajarkah seorang yang bergelar doktor atau pegawai perubatan kerajaan mahupun swasta mengoyak-ngoyakkan buku rekod rawatan jemaah haji? Dimanakah hak doktor itu untuk mengoyak-ngoyakkan buku tersebut walhal kita sedia tahu buku-buku rekod rawatan jemaah haji itu milik Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan Malaysia? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan ke atas buku-buku yang rosak ini?
Ketiga, wajarkah seorang yang bergelar doktor atau pegawai perubatan kerajaan mahupun swasta pilih kasih pesakit mana yang ingin dirawat terlebih dahulu? Wajarkah pesakit warga emas dianaktirikan tetapi pesakit muda remaja dilayan seperti raja? Dimanakah letaknya keadilan dan dimanakah letaknya hak pesakit untuk bersuara?
*disertakan bukti buku-buku rekod rawatan jemaah haji yang telah dikoyakkan






SUMBER - https://www.facebook.com/danial.fakhri.5/posts/10205421145582714


Sabtu, 18 Julai 2015

Inilah Koleksi gambar Selfie Hari Raya Paling Rare 2015 malaysia -gambar 19 tu jangan pelik

eberita
Koleksi gambar Selfie Hari Raya Paling Rare 2015 malaysia| Seperti yang kita tahu semalam adalah merupakan hari kemenangan seluruh ummad islam di dunia yang sudah tentu di nantikan setiap insan yang beragama islam.
Setiap orang sudah tentu ada persedian masing-masing untuk menyambut hari yang berbahagia ini,selain dari pada itu bergambar dan berselfie bersama keluarga adalah salah satu acara yang tidak akan di lewatkan oleh sesiapapun.
Gambar yang di ambil bersama keluarga dijadikan kenangan bagi setiap insan itulah indahnya hari raya,tak kalah dengan gelagat anak-anak,anak  buah,cucu bagi orang tua kita, mereka lah yang memeriahkan hari raya sehingga terlukis senyuman indah di bibir masing masing.
Disini kami ingin mengongsikan beberapa gambar paling rare,lawak dan menarik di hari raya 2015 yang kami intai sejak petang tadi,kepada  pelik gambar ini kami,disini kami dari pada pihak eberita.org,meminta izin dan mengucapkan selamat hari raya mohon maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat malaysia.

raya 11

raya 7

raya 12

raya 10

raya 9

raya 6

raya 8

raya 5

raya 4

raya 3

raya 1

11695939_1025416760815930_1862753386510276572_n

150721_995512293816820_9148771326486736631_n
raya 2
eberita

Jumaat, 24 April 2015

Gadis Bertudung 'Kafan' Yang Viral Ini Tampil Diri beri penjelasan



Bermacam - macam jenis tudung ada di pasaran sekarang, dari tudung kampung hinggalah ke tudung fereeda, dalam banyak - banyak rekaan tudung.

Terdapat satu tudung yang menjadi viral di laman social kerana rekabentuk tudung itu nampak pelik. Ramai comment dilaman social ada yang takut ada yang minat.'

Anda bagaimana pula...adakah berminat denga tudung jenis ini...hahaha


Sabtu, 18 April 2015

VIRAL | Perbuatan seorang wanita tua mencerca wanita Islam bertudung dalam sebuah tren dikutuk.






Kejadian berlaku di Sydney ketika mangsa menaiki tren yang dalam perjalanan dari Town Hall ke lapangan terbang.

Sebaik menyaksikan kejadian, Stacey Eden mengeluarkan telefon pintarnya dan kemudian berhujah dengan perempuan berkenaan.

Ketika itu, seorang perempuan tua berbaju merah dan berambut perang mempersoalkan tudung yang dipakai mangsa.

“Mengapa kamu memakai tudung untuk lelaki yang mengahwini kanak-kanak yang berusia enam tahun?, kata wanita berkenaan dengan nada suara yang tinggi.

Ia kemudian berlarutan dengan pelbagai isu lain dan mangsa yang bersama anaknya hanya berdiam diri.

Tindakan biadap itu kemudian mendapat respon daripada penumpang lain.

Menurut laporan yang dipetik The Sydney Morning Herald berakhir selepas Eden menegur wanita berkenaan.

“Kalau tiada apa yang baik hendak dicakap, jangan cakap, mudah aja,” katanya.

Rakaman yang kemudian menjadi viral dan banyak pihak memuji tindakan Eden.

Khamis, 16 April 2015

VIRAL | Tangan Kanan Remaja Ajal Pulang Dari Sekolah Jadi Viral Di Facebook







Tangan Kanan Remaja Ajal Pulang Dari Sekolah Jadi Viral Di Facebook | Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun telah disahkan meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya telah merempuh kereta di depan Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan kira-kira jam 5.40 petang semalam.



Pelajar Sekolah Menengah (Arab) Amir Indra Putra yang dikenali Muhamad Luqman Hakim Zakaria dipercayai dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Kampung Wakaf Zin.




Sebaik sahaja tiba di hadapan sekolah itu, motosikal ditunggang gagal mengelak kereta di hadapannya yang mahu membelok ke kanan jalan. Akibat rempuhan itu, mangsa melambung dan meninggal dunia di tempat kejadian.



http://katakcomel.my