Rabu, 26 Mac 2014

Ini sebab KENAPA Kedah tidak kibar bendera separuh tiang.



Kerajaan negeri Kedah membuat keputusan untuk tidak mengibarkan bendera negeri itu secara separuh tiang ekoran tragedi MH370 kerana mahu menghormati harapan keluarga anak kapal dan penumpang pesawat tersebut.


[GEMPAR] PROTON menawar rebat hebat sehingga RM5,000 untuk 7 model kereta ini.[klik untuk info selanjutnya]

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat exco yang mana sebulat suara mahu harapan keluarga agar anak kapal dan penumpang pesawat berkenaan pulang dengan selamat dihormati.

"Dalam mesyuarat exco, kami membuat keputusan, buat masa ini untuk tunggu dulu walaupun daripada segi kebarangkalian pesawat telah hilang bersama semua penumpang dan anak kapal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pembangunan Taman Tunku Intan Safinaz dan Pembinaan Apartmen Kos Rendah di tapak projek di Bandar Darul Aman di sini hari ini. kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan