Ahad, 9 Mac 2014

Juruterbang berpatah balik atas sebab tak boleh teruskan penerbangan - CEO MAS


SEPANG - Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, tindakan berpatah balik biasanya dilakukan jika juruterbang mendapati dia tidak boleh untuk meneruskan perjalanan atas sebab-sebab tertentu.

Katanya, juruterbang kebiasaannya akan memaklumkan kepada menara kawalan sebelum membuat tindakan sedemikian."Namun dalam kes ini, tiada sebarang komunikasi atau isyarat dari MH370 kepada menara kawalan," katanya pada sidang akhbar sebentar tadi. - sumber

1 ulasan:

  1. Semua tumpuan mencari hanya di laut. Jika pesawat berpatah balik, tentu ada kemungkinan ia boleh jatuh di rimba banjaran. Tiadakah usaha dibuat untuk meninjau di kawasan rimba banjaran?

    BalasPadam