ALOR SETAR - Seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an didakwa diculik di depan sebuah pasar raya dekat Kuala Ketil, Baling, enam hari lalu.
Dalam kejadian Selasa lalu, wanita berkenaan dikatakan diculik oleh beberapa lelaki dengan menggunakan dua kereta.
Menurut sumber, keluarga wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Tawar pada hari kejadian.
Susulan kejadian itu, seorang pengguna laman Facebook turut menghebohkan kejadian itu berserta nombor pendaftaran kereta yang didakwa digunakan suspek.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai orang hilang dan bukan penculikan selepas siasatan lanjut dilakukan.
“Siasatan mendapati wanita terbabit melangsungkan perkahwinan pada 21 Mac (kelmarin) sebelum dilaporkan hilang. Dia juga dipercayai mempunyai teman lelaki lain sebelum bertunang.
“Jadi setakat ini kita klasifikasi kes sebagai orang hilang yang berpunca masalah dalaman keluarga dan wanita terbabit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Wanita didakwa kena culik 3 hari sebelum nikah
Related Posts:
LAGI ..Ahli politik ditangkap ketika cuba minta rasuahKL- Seorang ahli politik telah ditahan oleh pegawai SPRM dalam sebuah operasi di Selangor, semalam. Menurut sumber dari News Straits Times, suspek ber… Read More
Fasha Sandha bakal timang anak kedua (6 Gambar)Pada bulan Mac lepas, kami telah membongkarkan berita Fasha Sandha hamil anak kedua walaupun ketika itu tiada kenyataan rasmi dari Fasha Sandha mahupu… Read More
PAGI TADI - "Saya minta maaf bagi pihak RTM keranaPAGI TADI - "Saya minta maaf bagi pihak RTM kerana ramai pihak bersungut kerana tiada siaran langsung."RTM tak siar Piala Thomas Malaysia mln Indonesi… Read More
Yang pelik bagaimana coklat tu dapat sijil HALAL ?Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa khas menyiasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terlibat dengan pensijilan halal supaya ins… Read More
Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja - ZahidTidak ada gunanya mengundi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarn… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan