Sejak beberapa minggu yang lalu, Twitter kini dilihat telah mula memperkenalkan rekabentuk halaman profil yang baru ini dengan lebih meluas setelah sedia mengujinya.
Melalui antaramuka baru yang akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna ini, dilihat gambar header bersaiz besar berserta paparan gambar profil yang besar. Selain itu, paparan tweet yang diketengahkan memudahkan lagi pengguna untuk melihat gambar dan sebagainnya dengan mudah.
Pada bahagian atas profil mereka, Twitter memperlihatkan pilihan untuk pengguna pin sesuatu Tweet serta memberikan kawalan yang lebih terhadap apakah yang akan dilihat para pengguna secara tidak langsung.
Berkemungkinan kemaskini ini dijangka akan diterima oleh pengguna sedia ada dalam beberapa minggu akan datang. Kepada pengguna yang baharu, mereka akan terus menerima kemaskini paparan baru ini sebaik sahaja mendaftarkan diri untuk perkhidmatan tersebut | Gilerhackers
0 ulasan:
Catat Ulasan