Menurut sumber dari News Straits Times, suspek berusia 32 tahun itu dikatakan sedang meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 dari seorang wakil syarikat swasta.
Tidak pasti apa yang nak dihadiahkan kepada BAPA,untuk hari BAPA nanti ? [lihat silap mata ini ]
"Suspek didakwa meminta sejumlah wang daripada syarikat itu jika mereka mahu melanjutkan kontrak yang telah tamat."
"Selepas menerima laporan itu, sepasukan pegawai SPRM dan wakil syarikat merancang operasi tersebut serta suspek ditahan selepas mereka mengadakan mesyuarat di sebuah premis makanan di AU5 Hulu Klang pada pukul 5 petang semalam," katanya.
Difahamkan, suspek yang merupakan seorang tokoh terkemuka dari sebuah parti politik daerah Gombak itu kini berada di bawah pengawasan pihak SPRM bagi siasatan lanjut.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad ketika dihubungi semalam telah mengesahkan penangkapan itu walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai insiden terbabit | SH
0 ulasan:
Catat Ulasan