Rabu, 25 Jun 2014

Lagi isu wanita bertudung mangsa diskriminasi didedahkan


Lagi isu wanita bertudung mangsa diskriminasi didedahkanBaru-baru ini seorang kakitangan yang bekerja di bahagian pentadbiran sumber manusia di salah sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru mendedahkan bahawa amalan diskriminasi terhadap wanita bertudung masih wujud dan berlaku di negara ini.




apa rahsia awek ni  nak beritahu dengan anda  semua ? klik sini

Beliau yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa telah menerima arahan daripada pihak atasan pentadbiran supaya menolak resume calon siswazah atau wanita bertudung yang memohon jawatan pembantu khidmat pelanggan (Front Desk Assistant) meskipun di dalam hati membantah serta tidak boleh menerima keputusan tersebut.

"Saya tidak bersetuju langsung dan tidak boleh berbuat apa-apa. tiada peraturan serta garis panduan yang dikemukakan oleh pihak atasan berkenaan larangan wanita bertudung, cuma mereka memberikan sebab "bos besar" tak benarkan.

"Alasan mereka, pekerja wanita berhadapan dengan tetamu atau pelanggan tak perlu bertudung. Sepanjang pengetahuan saya belum ada peraturan, etika serta garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib yang dikenakan kepada wanita bertudung," katanya kepada penulis.

Menceritakan pengalamannya semasa menghadiri sesi temuduga baru-baru ini, wanita berusia 26 tahun itu berkata, ahli panel penemuduga secara lisan memberitahu bahawa mereka boleh mengambil beliau bekerja tetapi dengan satu syarat, beliau perlu akur dan mengikut arahan supaya tidak bertudung.

Berang dengan kenyataan diskriminasi tersebut, beliau mempersoalkan kewajarannya, kerana skop kerja beliau di bahagian pentadbiran dan bukannya berhadapan dengan tetamu dan pelanggan hotel.

"Sepatutnya pengusaha syarikat perhotelan antarabangsa yang beroperasi di negara ini perlu cermin diri mereka terlebih dahulu, Tidakkah mereka mengetahui Islam adalah agama rasmi negara ini. Kenapa mereka hendak mencedok terus budaya diskriminasi diamalkan syarikat perhotelan di luar negara mengharamkan pengambilan pekerja wanita bertudung," soalnya.

Terdahulu, terdapat beberapa pemimpin NGO lantang menyuarakan pandangan isu diskriminasi terhadap wanita bertudung di negara ini.



Antaranya Pengarah Hak Asasi Manusia Manusia, Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna-pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia), Muhammad Sha'ani Abdullah turut mengakui amalan diskriminasi pekerja kaum Melayu sememangnya wujud di sesetengah syarikat bukan Bumiputera.

"Misalnya, syarikat bukan Melayu tidak membenarkan pekerja Muslim memakai tudung. Lebih malang, ada syarikat bukan Melayu yang dianggotai ahli lembaga pengarah berbangsa Melayu. Tetapi, mereka langsung tidak memainkan peranan untuk mencegah penindasan sebegini," katanya lapor portal berita Sinar Harian pada 12 Disember 2013.

Muhammad Sha'ni berkata, laporan sebegitu pernah diterimanya ketika memegang jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

"Memang ada laporan yang kita terima daripada pekerja. Malah, saya pernah hantar surat aduan ke hotel yang tidak membenarkan pekerja Muslimnya bertudung. Kita juga ada hantar surat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Tetapi, baru-baru ini kita semak, masih tiada perubahan," katanya.



Dalam perkembangan sama, Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Maznah Daud berkata, apa yang berlaku menunjukkan kepada masyarakat, betapa besarnya cabaran untuk masyarakat dunia melaksanakan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa*-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Disember 1979 dan berkuat kuasa mulai 3 September 1981.

"Konvensyen ini memberi penekanan kepada usaha menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita, termasuk dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya. Malaysia meratifikasi CEDAW pada 5 Julai 1995, ujarnya dalam satu kenyataan media pada 14 September 2013.

Timbul persoalan ke manakah pergi atau hilangnya suara lantang dan ketegasan pak menteri Pelancongan serta kumpulan NGO Melayu seperti Perkasa dan Isma?.

Mungkin kumpulan NGO Melayu seperti Perkasa dan Isma terlepas pandangan mengenai isu diskriminasi wanita bertudung di negara ini. Sekarang isu ini telah dibangkitkan semula.

Cukup-cukuplah jangan terlalu fokus kepada isu politik semata-mata.

Bila lagi nak berdemo di luar pekarangan hotel antarabangsa 5 bintang atau di bangunan Kementerian Pelancongan?.


apa rahsia awek ni  nak beritahu dengan anda  semua ? klik sini

0 ulasan:

Catat Ulasan