Akibatnya, ada pihak yang menjadi mangsa fitnah gara-gara perbuatan sebegini.
Terbaru, seorang pemilik kereta telah dikutuk dan dimaki oleh pengguna Facebook hanya kerana dua keping gambar yang tidak diketahui maklumatnya.
Gambar itu menunjukkan lelaki yang memandu kereta tersebut menyeret seekor kucing di atas jalan.
Justeru, ramai menyangka pemiliknya melakukan penderaan ke atas haiwan tersebut.
Rupa-rupanya, kereta itu dipandu oleh mekanik yang sedang membaiki kenderaan itu dan ia dijelaskan sendiri oleh pemiliknya menerusi akaun Facebook.
Alkisahnya, seekor kucing telah mati di hadapan bengkelnya dan dia mengambil keputusan untuk mengalihkan bangkai kucing tersebut.
Memandangkan kepala kucing tersebut pecah dan berbau busuk, mekanik tersebut memandu sambil memegang kucing tersebut di luar keretanya.
Kesimpulannya, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan dengan hanya melihat gambar, sebaliknya cuba cari maklumat terlebih dahulu sebelum berkongsi di akaun sosial ya! | BLOG TOGEH SEGAR
Biasa la tu, semua pun nak lapor berita hangat, sekali terfitnah insan yang sebenarnya baik hati..
BalasPadam