Apa pendapat rakyat Malaysia tentang video Petronas ini [ klik sini ]
Bagi yang ingin memberi sedekah kepada pengemis di ibu kota, anda mungkin perlu berfikir dua kali. Ini kerana menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibunegara diperketat akan dikenakan kepada pemberi dan peminta sedekah. Oleh kerana untuk membersihkan imej ibukota supaya tidak tercemar dengan pengemis, tindakan itu terpaksa dilaksanakan.
Selain itu juga, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran. Ini termasuklah NGO Soup Kitchen yang telah beroperasi bertahun-tahun lamanya yang mengendalikan pemberian makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota khususnya. Mereka dikatakan tidak lagi akan dibenarkan untuk beroperasi di dalam radius 2km dari pusat beli-belah Lot 10, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuatkuasa serta-merta.
Ramai gelandangan kekal mengganggur
Selain itu juga alasan lain beliau adalah aktiviti ini hanya menggalakkan orang ramai untuk kekal tiada tempat tinggal dan menganggur. Menurutnya lagi, terdapar ramai gelandangan yang mempunyai kerja sebelum ini tetapi kembali kepada kehidupan asal mereka dan menganggur kerana bagi mereka itu lebih senang. Sesi pengagihan makanan juga menyebabkan kawasan di Kuala Lumpur kotor dan membawa penyakit.
Ramai yang memberi komen negatif mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Adnan dengan berkata cara itu bukan menyelesaikan masalah ekonomi yang memberi impak kepada golongan gelandangan dan miskin. Kenyataannya lagi telah memperlihatkan kegagalan menteri mengenalpasti punca sebenar gejala itu, apatah lagi untuk (mencadangkan penyelesaian) bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pemberi Dan Peminta Sedekah Di Kuala Lumpur Akan Didenda
Related Posts:
Tasha harap kontroversi selesaiBagaimanapun, ia memberi impak positif dan negatif. Kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari perkara yang dikongsikan seperti sekeping gambar mahupu… Read More
Pasangan dicekup , ketika sedang tidur pada jam 9.30SUNGAI PETANI - “Dia baru sahaja sampai rumah saya pagi tadi,” demikian helah seorang remaja lelaki yang memberikan alasan bagi ‘menyelamatkan’ kekasi… Read More
Astro mohon maaf cuai siar mesej berunsur Iucah dalam Oh My EnglishPETALING JAYA: Stesen penyiaran Astro memohon maaf atas kecuaian pihaknya sehingga mesej Twitter berunsur Iucah terlepas untuk tontonan umum dalam ran… Read More
Tiz Zaqyah Dedah Ada Menerima Komen Berbaur Lucah Di Iaman SosialHari ini, boleh dikatakan laman Instagram sangat popular atau senang kata menjadi trend ramai untuk berkongsikan apa saja aktiviti tak kurang ada yang… Read More
SENSASI !! Gambar Percutian Fouziah Gous Di Istambul , TurkiPelakon cantik tanahair Fouziah Gous atau nama penuhnya Nor Fouziah Mohd Gous baru-baru ini telah memuatnaik gambar percutiannya ke Istambul , Turki.F… Read More
Adakah yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin semakin miskin?
BalasPadam