Isnin, 29 September 2014

[ 4 Gambar ] wajah anak lelaki Noryn Aziz yang comel







Sejak bersalin pada 26 Ogos lalu, pelakon yang kini menyertai parti PAS, Noryn Aziz, 38, akhirnya terbuka hati untuk berkongsi beberapa keping gambar wajah anak lelakinya, Raja Bariq Umar Shah.

Suaminya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, 59, semestinya orang paling gembira dan teruja kerana tidak menyangka pada usia lanjut masih diberi rezeki untuk menimang cahayamata di Hospital Prince Court, Jalan Kia Peng.

Tahniah buat pasangan sensasi ini. Raja Bariq memang amat-amat comel dan ramai tidak sabar mencubit pipinya. Semoga ia membesar dengan penuh sihat dan menjadi anak yang bertaqwa kepada Allah SWT.


0 ulasan:

Catat Ulasan