Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2015

Berpakaian Seksi, Peminat Minta Tasha Shilla Segera Kembali Ke Pangkal Jalan







Kami pun tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh Tasha Shilla apabila sekali lagi berani tampil dengan pakaian yang cukup mencolok mata ketika menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari Perancis, di ibu kota tempoh hari.




Melalui beberapa keping gambar yang dimuatnaik di Instagram (sebelum dipadam semuanya), tindakan Tasha yang berani itu sememangnya mendapat maklumbalas daripada ratusan peminatnya yang rata-ratanya terkejut dengan perkara tersebut.

Malah ada juga yang memohon supaya pelakon ini bertaubat dan tidak kurang juga yang mencemuhnya kerana berani berpakaian sebegitu selain menasihatinya agar tidak melampaui batas sebagai seorang yang beragama Islam.

Kami yakin Tasha berpegang teguh pada quote yang pernah dinyatakannya sebelum ini – yang penting hati, bukannya pakaian seseorang itu. Apa pun, Tasha juga pasti ada jawapannya sendiri atau menurut Tasha lagi sebelum ini – biar tidak tutup aurat dikepala tapi masih menjaga aurat hati lidah mulut. (rtky/s)

sumber

Jumaat, 22 Mei 2015

Ahad, 17 Mei 2015

Rabu, 13 Mei 2015

Khamis, 23 April 2015

Status Sebenar “Anak Angkat” Stacy Terbongkar !







Status Sebenar “Anak Angkat” Stacy Terbongkar | Penyanyi terkenal, Stacy telah mengambil seorang anak angkat iaitu Bella Valentina yang kini sudah pun berusia tiga tahun.


Pemilik nama Stracie Angie Anam ini mengakui dirinya terlalu menyayangi anaknya, walaupun Bella bukan darah dagingnya sendiri.

“Bella ibarat nyawa Stacy sendiri. Bella juga telah menukar diri Stacy menjadi seorang yang lebih matang. Sebelum kehadiran Bella, Stacy ni macam budak-budak sikit tetapi sekarang dah berubah.

“Sejak ada Bella, Stacy lebih bahagia dan seronok. Sampaikan sekarang ini, ke mana sahaja Stacy pergi, Stacy pasti tak sabar hendak cepat pulang ke rumah sebab hendak habiskan masa bersama Bella,” katanya.

Bella kini tinggal bersama Stacy di Kuala Lumpur dan sudah pun dihantar ke kelas pra-sekolah di sebuah tadika di ibu kota.

http://katakcomel.my/

SABHI SADDI PULA BERBADAN 'SADO' Serius sado!

"Still in progress 'I am not PERFECT'," demikian kata penyanyi dan pelakon Sabhi Saddi yang mula kelihatan bertubuh 'sado' sebagaimana rakan artis lain seperti Norman Hakim.

Berbanding penampilannya sebelum ini, dia memang nampak berbeza daripada awal kemunculannya dalam bidang seni.

"Orang melihat kemunculan saya dalam industri seni ini sebagai biasa dan tiada yang istimewa mengenai saya. Penampilan berbadan 'sado' ini menampilkan sisi yang lain bagi diri saya.






"Selain untuk menjayakan watak bagi projek terbaharu, saya memang sudah lama ingin berbadan sasa sebegini. Kali ini, memang saya penuh bersemangat dari segi pemakanan dan juga senaman lima kali seminggu di gimnasium.

"Saya tetap mencuri masa ke gimnasium walaupun sibuk dengan penggambaran. Malah, saya tidak mengambil nasi serta gula kerana begitu berdisiplin dengan menu harian," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Waahhh... cayalah bro!










sumber : http://www.myartis.com

Selasa, 10 Mac 2015

ini WAJAH BAKAL ISTERI TAUFIK BATISAH?

Berita mengenai pemenang program siri pertandingan realiti Singapore Idol musim pertama terbitan stesen Channel 5 Mediacorp pada 2004 lalu, Taufik Batisah, yang bakal mendirikan rumah tangga pada April depan memang diterima baik oleh peminatnya.

Terkini, seorang peminat yang mahu namanya dirahsiakan telah berkongsi menerusi emel sekeping foto yang dikatakannya sebagai bakal isteri Taufik.

Menurut pengirim, Wanita yang berjaya mencuri hati penyanyi yang popular dengan lagu 'Awak Kat Mana' ini berasal dari Singapura dan dikenali sebagai 'Sheena Akbal'.






Bagaimanapun, hingga kini, Taufik masih belum mendedahkan wajah atau nama bakal isterinya itu pada media.

Tetapi jika benarlah wanita tersebut merupakan bakal isteri Taufik, nampaknya memang padanlah pasangan ini bak pinang dibelah dua. Tahniah diucapkan!

Rabu, 18 Februari 2015

[GAMBAR ] AZWAN ALI dedah wajah artis popular yang hantar sihir kepadanya



Baru-baru ini, Azwan Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya di sihir oleh salah seorang rakan artis..

BACA JUGA >> 
Elly Mazlein sahkan hamil anak pertama


kami di Melastik Bintang Media cuba menyiasat siapakah artis yang di dakwah oleh Azwan ali itu.. ter nyata sangat mengejut kan..

Terdiam seketika kami bila mendapat tahu Gambar ini dari azwan ali. Lihat dibawah.. anda pasti mengenali siapakah artis ini.




sumber- http://thepena.com/azwan-ali-dedah-wajah-artis-popular-yang-hantar-sihir-ke-atasnya/#sthash.RnWDj9l6.dpuf

Selasa, 17 Februari 2015

Rita Rudaini Cetus Sensasi,’Siapa Hantar Mesej Rindu Tu?’



AKTRES cantik yang juga ibu kepada dua cahaya mata lelaki, Rita Rudaini jarang dihimpit kontroversi berkaitan teman istimewa.
Kalau ada pun itu dahulu, berkisar kisahnya dan bekas suami Aidil Zafuan yang pernah mengambil keputusan bernikah di negara jiran.
Namun kini menerusi laman Instagram, Rita telah mencetuskan teka-teki di kalangan peminat apabila memuatnaik sekeping foto yang penuh misteri lagi tanda tanya.

Biasalah, andai satu persoalan itu ditinggalkan tanpa jawapan, maka netizen pun mulalah membuat andaian nakal tentang individu yang menghantar pesanan ‘rindu’ tersebut kepada Rita.
Semestinya nama bekas suami, Aidil tetap dikaitkan dengan ‘watak misteri’ itu namun kebenarannya hanya Rita sahaja yang tahu.

Menyingkap laman Instagram milik kembar kepada Aidil iaitu Zaquan Adha pula, bekas suami Rita itu didapati terlantar di hospital namun sakitnya tidak pula dimaklumkan Zaquan.
Ya, atmosfera minda segelintir peminat kini mencaturkan pelbagai kesimpulan tersendiri terhadap perbualan Rita bersama individu misteri tersebut dan motif Rita berkongsikannya di Instagram.
Namun bagi kami, ada baiknya tidak membuat sebarang spekulasi melibatkan Aidil memandangkan pemain bola sepak itu sudahpun mendirikan rumahtangga dan baru sahaja menimang cahaya mata.
Senang cakap hormatilah perasaan isterinya, Zarema Zainal. – MYNEWSHUB.CC
 Rita Rudaini – Hanya Tuntut Hak, Bukan Menganggu

Isnin, 16 Februari 2015

AKIBAT DI SIHIR! AZWAN ALI MENGAMUK DI MELODI !



Personaliti ini memang tidak sunyi dari kontroversi, tetapi ada kalanya apa yang diperkatakan oleh Diva Azwan Ali memang terlalu sensasi sekali. Terbaru azwan mendakwa dirinya di sihir dan melenting di Melodi.






Azwan Ali telah muncul di program Melodi TV3 dan menyindir seorang peserta program realiti lawak kerana menghantar ular sihir ke rumahnya kerana mendakwa Azwan menjadi ‘batu api’ yang mempengaruhi seorang juri mengeluarkan peserta itu.

Azwan juga turut menyambung sindirannya di Twitter:


Khamis, 12 Februari 2015

Syatilla Melvin Bengang Dengan Fazura ?



KL, 12 FEBRUARI 2015: Hujung minggu lalu Murai Batu ada la menonton Melodi bagi mendapatkan update tentang apa yang terbaru dan sensasi di dalam dunia hiburan kita ini kan. Tup tup terkeluarlah cerita mengenai Shaheizy Sam kononnya seakan tidak mahu mengesahkan bahawa dia pernah bercinta dengan Fazura.

Tetapi seingat Murai Batu masa tayangan perdana Manisnya Cinta di Cappadocia tempoh hari ada juga hint yang mengiyakan cerita cinta mereka berdua tetapi mengapa Sam seperti mahu berdolak-dalik seakan terpaksa atau mahu menyembunyikan sesuatu.



Tak baik Sam mainkan perasaan orang perempuan tau. Oops! Walaubagaimanapun yang bestnya, Murai Batu terima beberapa link dan komen daripada pembaca di sebuah blog hiburan yang famous juga setelah mereka menaikkan kisah ini di blog mereka tentang tweet daripada aktres baru yang khabarnya kekasih hati Shaheizy kini iaitu Syatilla Melvin.



Rupa-rupanya luahan hati pelakon berdarah kacukan ini terlihat cemburu atau pun tak senang duduk dengan kisah yang diceritakan setelah Fazura mengimbau kenangan ketika bersama Shaheizy Sam dalam siri realiti televisyen Facing Up To Fazura hujung tahun lalu.



Murai Batu mohon maaf kalau tersalah andaian tetapi siapa lagi yang dimaksudkan dalam tweet oleh Syatilla Melvin yang dibuat sebaik habis episod ketiga realiti tersebut yang disiarkan setiap hari Ahad di saluran E! tempoh hari.



Murai Batu rasa dalam hal ini yang lelaki sepatutnya memainkan peranan. Murai Batu dapat rasa yang kedua mereka terbawa oleh emosi sebagai wanita yang memang ingin dicintai dan mencintai lelaki kan? Cerita dah lama dah terbuka balik, tak gitu.



Apa pun Murai Batu ada cuba menyuruh teman di Murai meminta komen daripada Fazura tetapi pengurus pelakon ini mengatakan Fazura kini sedang bercuti dan berada diluar negara. Entahlah, nanti kita cuba dapatkan respon daripada Fazura mahupun Syatilla sendiri. Nak tengok siapa mengaku siapa yang tidak.Oops! murai.com

Selasa, 10 Februari 2015

Subhahanallah ! Penampilan Baru Ina Naim Bekas Tunang Mawi


Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33...

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.....

 “Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.....

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.....

 “Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih “Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil,” tuturnya....

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.....

“Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit,” katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.....




Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang.....

Isnin, 9 Februari 2015

Jumaat, 6 Februari 2015

Dalang Sebenar yang Cuba Lagakan Fazura Dengan Zizan

Fazura semalam telah keluar bersama Zizan untuk menyelesaikan masalah setelah mereka berdua dikatakan bergaduh dan bermasam muka.

Setelah melihat beberapa faktor, sikap peminat terutamanya mereka yang fanatik antara penyumbang utama kepada cerita pergaduhan diantara dirinya dan Zizan yang menjadi isu besar di media sosial.

Fazura mengatakan ada keyboard warrior yang menjadi punca utama pergaduhan mereka walhal mereka sebenarnya tiada masalahpun.

Ini penjelasan Fazura: (Murai)

“Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis mereka bermasam muka.

“Semalam tiba-tiba saya terfikir mengenai isu saya dan Zizan sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan segala perkara yang menyumbang kepada pelbagai andaian dan dakwaan umum terhadap saya mahupun Zizan.

“Tetapi saya tak dapat cari apa punca kami berdua berada didalam situasi ini kerana sebagai rakan artis yang saya kenali sebelum ini, tidak pernah pun saya dan dia(Zizan) bermasam muka. Saya terpanggil untuk menghubunginya dan bertanyakan tentang hal ini.

“Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus,”

“Sejujurnya saya akui memang ada diantara satu dua tweet yang saya naikkan di Twitter menjurus kepada isu diantara kami berdua. Tetapi ia bukannya ditujukan khas kepada individu tertentu. Secara logiknya sebagai juri di MLM 2014, saya mengadili bukan Zizan seorang tetapi kumpulan Virus.

“Tidak adil jika tuduhan mengatakan saya mempunyai masalah dengan Zizan dan sebagainya. Tetapi sejujurnya sebelum ini saya telah ‘terperangkap’ dalam permainan para peminat fanatik serta mereka yang tidak senang dengan saya mahupun Zizan.

“Alhamdulillah, mungkin Allah SWT telah berikan saya petunjuk dan menggerakkan hati saya untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tidak pernah keruh tetapi dek kerana anasir yang berniat jahat ini, saya dan Zizan termasuk dalam ‘game’ mereka.

“Tetapi syukur dengan kuasa Allah SWT semuanya selesai dan saya harap tiada lagi orang cuba menaikkan semula isu ini,”

Itulah penjelasan panjang lebar dari Fazura. Sebenarnya peminat kedua-dua selebriti ini hanya ingin mempertahankan artis kesayangan mereka. Namun mungkin kerana emosi, perkara ini menjadi besar.

Rabu, 4 Februari 2015

Taufik Bijak.. Saya Sukakan Lelaki Bijak kata Fazura


BAGI yang mengikuti perkembangan Nur Fazura di Instagram pasti perasan dia telah memuatnaik gambar-gambar ‘manis’ bersama penyanyi Singapura, Taufik Batisah.

Ia sekaligus mengundang usikan nakal di kalangan peminat yang mengatakan kedua-dua juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) itu mungkin sedang bercinta.

Bagaimanapun menerusi Malaysian Digest, Nur Fazura memberitahu dia dan Taufik sebenarnya rakan lama dan tidak lebih daripada itu.

“Memang sejak dulu lagi kami berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual perkembangan masing-masing.

“Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu jadi juri MLM.

“Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak,” jelasnya.

Oh, begitu ya rupanya…

Sebelum ini, Nur Fazura pernah dikaitkan dengan deejay warga Amerika, Randy Seidman, namun turut dinafikannya.

Hmm, agak-agaknya siapalah jejaka yang akan berjaya menambat hati pelakon jelita itu nanti?

Sama-samalah kita nantikan…

Ahad, 18 Januari 2015

3 gambar Fauziah Latiff yang semanis !



Jarang melihat kelibat penyanyi popular sekitar tahun 90an Fauziah Latiff, pun begitu ramai yang rindu akan suaranya yang merdu yang menjadi kegilaan peminat-peminatnya.

Perkhabaran yang kami terima, Fauziah Latiff di jangka menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihannya pada tahun ini. Dia hanya tersenyum dan mohon doa kepada semua peminat semoga ditemukan jodoh sekali lagi dan memberi sinar baru kepada kehidupannya.

“Inshaa Allah… itu yang saya mampu ucapkan mengenai desas-desus yang mengatakan saya ingin bernikah sekali lagi.

“Saya tak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana ia hanya andaian dan tafsiran orang ramai, saya tidak boleh beri kata putus kerana saya sendiri pun belum ada jawapannya,” kata Fauziah kepada.
Fauziah Latiff yang ditemui oleh para wartawan di Majlis Media Pelancaran Aplikasi Telefon Pintar ‘WeAreGorgeous’ (WAG) di Khadijah’s Kitchen Setapak, enggan mengulas lanjut mengenai tarikh perkahwinannya.
“Saya tak cakap tahun ini, tahun depan atau tahun yang seterusnya apatah lagi calon suami, kalau ada jodoh… Inshaa Allah adalah rezeki untuk saya,” ujarnya sambil tersenyum.


Mengenai perkembangan kariernya, Fauziah masih lagi giat aktif menyanyi dan menerima undangan terutama di majlis-majlis korporat mahupun jemputan VVIP di seluruh negara.

Apapun kami siarkan beberapa keping gambar Fauziah Latiff yang sempat di ambil untuk tatapan semua peminat beliau di luar sana. Pasti ramai peminat Fauziah Latiff yang mengikuti perkembangan beliau.


sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/

Sabtu, 17 Januari 2015

2 GAMBAR Elfira Loy bertudung sangat mengancam



Elfira Loy merupakan salah seorang selebriti wanita kegemaran Abang Nara. Wajahnya yang comel, keningnya yang tebal dan perwatakannya yang sangat ‘cute’ menyebabkan Abang Nara jatuh hati dengannya. Lakonannya pun not bad. Orang kata, ‘beauty with a brain’.



Apabila Baim Wong mengaku bercinta dengan Elfira Loy, Abang Nara adalah antara salah seorang daripada jutaan peminat si comel ini yang kecewa. Melayani rasa sedih dalam diri, Abang Nara menatap satu demi satu gambar-gambar Eflira Loy di Internet. Pedih jiwa ini membayangkan hati Elfira yang kini menjadi milik Baim Wong. Tengah syok-syok layan, tup-tup terperasan satu gambar yang amat menarik perhatian Abang Nara.


Comelnya Elfira Loy bertudung hijau. Cute sangat-sangat. Makin jatuh cinta dibuatnya. Dengan pantas Abang Nara terus membuat ‘research’ mengenai gambar bertudung Elfira Loy ini. Rupa-rupanya ini adalah salah satu babak lakonan Elfira sebagai Siti dalam Gadis Bertudung Hijau musim pertama yang dibawakan khas oleh Rejoice. Siti merupakan seorang gadis kampung yang mempunyai cita-cita tinggi mahu berjaya mengejar impiannya di kota.


Pelbagai cabaran dan halangan yang harus ditempuh oleh Siti dalam usaha menjadikan cita-citanya satu kenyataan. Berjayakah Siti mencapai impiannya? Dengan Rejoice yang sentiasa berada di sisi untuk menjadikan Siti lebih yakin dan bersemangat, Abang Nara tak sabar nak tunggu pengakhiran drama Gadis Bertudung Hijau ini. Lakonan Elfira pun sangat mantap dalam drama ini sehingga Abang Nara turu sama dapat merasai kepayahan dan kesukaran yang dialaminya.


Artikel adalah hasil nukilan Blog Beautifulnara.


Berikut ialah dua keping gambar Elfira Loy bertudung yang tentu mengejutkan teman rapatnya Baim Wong kerana kejelitaan dan kecantikan Elfira jelas amat terserlah dan memukau pandangan mata.



Rabu, 14 Januari 2015

Biodata Pelakon Cantik Faye Kusairi Pelakon Drama Istikharah Cinta | 6 GAMBAR



Faye Kusairi, pelakon baru dalam drama bersiri Istikharah Cinta di slot Akasia TV3. Faye Kusairi memegang watak utama wanita dalam drama Istikharah Cinta. Dia digandingkan bersama pelakon kacak popular iaitu, Zul Ariffin. Namanya kini semakin disebut-sebut dan pastinya anda tertanya-tertanya siapakah pelakon wanita ini.


Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat mengenai pelakon baru Faye Kusairi ini, di bawah adalah biodata profil Faye Kusairi, Pelakon drama Istikharah Cinta.

Biodata Faye Kusairi Pelakon Drama Istikharah Cinta

Nama Penuh : Dayangku Faratiwan Adnil Bt Awg Kusairi
Nama Panggilan : Faye Kusairi
Tarikh Lahir : 19 June 1987
Umur : 27 Tahun (2014)
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Asal : Miri, Sarawak
Kerjaya : Pengacara/ Pelakon
Akaun Instagram : http://instagram.com/fayekusairi
Akaun Twitter : https://twitter.com/FayeKusairi
Akaun Facebook : https://www.facebook.com/FayeFayumieKusairi
Drama : Ammara Batrissya, Misiku Kuza 2, Aku Isterinya, Istikarah Cinta
Filem : Cinderella
Gambar Faye Kusairi Pelakon Drama Istikharah Cinta







Isnin, 12 Januari 2015

Ziha AF14 seksi, dikecam peminat, tampil mohon maaf



BARU mahu membina nama dalam industri hiburan tanah air, Ziha yang juga bintang Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) sudah terpalit dengan cerita sensasi.

Semuanya kerana pemilik nama sebenar Nor Aziha Md Salleh, 20, ini ditegur peminat selepas tampil dengan pakaian jarang ketika muncul meraikan hari ulang tahunnya, baru-baru ini.

Bersua Ziha dalam satu majlis hiburan, gadis yang wajahnya seiras pelakon Yana Samsudin ini berkata, dia sama sekali tidak berniat untuk mencipta kisah sensasi.

Katanya, dia memohon maaf kepada peminat dan berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran itu kepadanya.

“Saya akui ia kesilapan sendiri kerana kadang-kadang memang terlepas pandang kehidupan masa kini yang sudah berubah.
“Jika sebelum menyertai AF 2014 dulu, saya hanya gadis biasa yang langsung tidak dikenali masyarakat. Jadi, apa yang saya pakai atau lakukan tidak menjadi perhatian.
“Namun, sekarang saya perlu akur dengan perubahan kehidupan dilalui apabila masyarakat akan ambil tahu setiap gerak geri saya,” katanya.

Ahad, 11 Januari 2015

8 GAMBAR Nora Danish Kelihatan Cukup Menawan Di Majlis Sambutan Hari Lahir Rayqal !! -BP


Pastinya semua mengenali artis comel Nora Danish yang sering menghiasi laman sosial pada ketika ini dengan wajahnya yang comel dan menawan .Ibu muda ini dikhabarkan baru sahaja selesai menyambut hari lahir anak kesayangannya Rayqal dengan cukup meriah sekali . 

Jom layan gambar Nora Danish menyambut hari lahir anaknya Rayqal ...









credit - blog braderpanas