Fazura semalam telah keluar bersama Zizan untuk menyelesaikan masalah setelah mereka berdua dikatakan bergaduh dan bermasam muka.
Setelah melihat beberapa faktor, sikap peminat terutamanya mereka yang fanatik antara penyumbang utama kepada cerita pergaduhan diantara dirinya dan Zizan yang menjadi isu besar di media sosial.
Fazura mengatakan ada keyboard warrior yang menjadi punca utama pergaduhan mereka walhal mereka sebenarnya tiada masalahpun.
Ini penjelasan Fazura: (Murai)
“Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis mereka bermasam muka.
“Semalam tiba-tiba saya terfikir mengenai isu saya dan Zizan sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan segala perkara yang menyumbang kepada pelbagai andaian dan dakwaan umum terhadap saya mahupun Zizan.
“Tetapi saya tak dapat cari apa punca kami berdua berada didalam situasi ini kerana sebagai rakan artis yang saya kenali sebelum ini, tidak pernah pun saya dan dia(Zizan) bermasam muka. Saya terpanggil untuk menghubunginya dan bertanyakan tentang hal ini.
“Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus,”
“Sejujurnya saya akui memang ada diantara satu dua tweet yang saya naikkan di Twitter menjurus kepada isu diantara kami berdua. Tetapi ia bukannya ditujukan khas kepada individu tertentu. Secara logiknya sebagai juri di MLM 2014, saya mengadili bukan Zizan seorang tetapi kumpulan Virus.
“Tidak adil jika tuduhan mengatakan saya mempunyai masalah dengan Zizan dan sebagainya. Tetapi sejujurnya sebelum ini saya telah ‘terperangkap’ dalam permainan para peminat fanatik serta mereka yang tidak senang dengan saya mahupun Zizan.
“Alhamdulillah, mungkin Allah SWT telah berikan saya petunjuk dan menggerakkan hati saya untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tidak pernah keruh tetapi dek kerana anasir yang berniat jahat ini, saya dan Zizan termasuk dalam ‘game’ mereka.
“Tetapi syukur dengan kuasa Allah SWT semuanya selesai dan saya harap tiada lagi orang cuba menaikkan semula isu ini,”
Itulah penjelasan panjang lebar dari Fazura. Sebenarnya peminat kedua-dua selebriti ini hanya ingin mempertahankan artis kesayangan mereka. Namun mungkin kerana emosi, perkara ini menjadi besar.
Dalang Sebenar yang Cuba Lagakan Fazura Dengan Zizan
Related Posts:
Selera saya memang mat saleh - Siti Saleha KISAH hubungan mesra pelakon Siti Saleha dengan seorang lelaki kacak persis mat saleh sememangnya sudah lama diperhatikan.Malah, hubungan yang terjali… Read More
Tiz Zaqyah Dedah Ada Menerima Komen Berbaur Lucah Di Iaman SosialHari ini, boleh dikatakan laman Instagram sangat popular atau senang kata menjadi trend ramai untuk berkongsikan apa saja aktiviti tak kurang ada yang… Read More
Tasha harap kontroversi selesaiBagaimanapun, ia memberi impak positif dan negatif. Kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari perkara yang dikongsikan seperti sekeping gambar mahupu… Read More
SENSASI !! Gambar Percutian Fouziah Gous Di Istambul , TurkiPelakon cantik tanahair Fouziah Gous atau nama penuhnya Nor Fouziah Mohd Gous baru-baru ini telah memuatnaik gambar percutiannya ke Istambul , Turki.F… Read More
SENSASI !! Fesyen Terkini Faezah Elai Yang Cantik Dan ..Pastinya ramai yang mengenali pelakon cantik yang sering menghiburkan dengan lakonannya yang bertenaga . Faezah Elai atau nama sebenarnya No… Read More
Artis sepatutnya sdh matang menangani masalah begini..
BalasPadam