Rabu, 4 Februari 2015

Taufik Bijak.. Saya Sukakan Lelaki Bijak kata Fazura


BAGI yang mengikuti perkembangan Nur Fazura di Instagram pasti perasan dia telah memuatnaik gambar-gambar ‘manis’ bersama penyanyi Singapura, Taufik Batisah.

Ia sekaligus mengundang usikan nakal di kalangan peminat yang mengatakan kedua-dua juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) itu mungkin sedang bercinta.

Bagaimanapun menerusi Malaysian Digest, Nur Fazura memberitahu dia dan Taufik sebenarnya rakan lama dan tidak lebih daripada itu.

“Memang sejak dulu lagi kami berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual perkembangan masing-masing.

“Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu jadi juri MLM.

“Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak,” jelasnya.

Oh, begitu ya rupanya…

Sebelum ini, Nur Fazura pernah dikaitkan dengan deejay warga Amerika, Randy Seidman, namun turut dinafikannya.

Hmm, agak-agaknya siapalah jejaka yang akan berjaya menambat hati pelakon jelita itu nanti?

Sama-samalah kita nantikan…

1 ulasan: