Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2015

Akhirnya Eina Azman Menjawab Isu Ditangkap Khalwat Dalam Hotel Murah





Pertama sekali, apabila melihatkan perkara yang dikongsikan oleh pelakon Eina Azman ini, kami hanya mampu geleng kepala kerana ia perkara yang sama namun watak mangsa khalwat tersebut diubah-ubah bagi meraih perhatian pembaca.



“Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar. Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH. Bertaubat la. Tiada yang sempurna,” jelas Eina sendiri di Instagram menafikan khabar angin tersebut.

Menurut Eina lagi, dia dan juga suami tergelak apabila mengetahui perkara tersebut malah tambahnya, dia sudah pun mewarnakan kembali warnanya kepada warna hitam selain menyifatkan dakwaan tersebut sebagai melampau. (rtky/s)

Sabtu, 5 September 2015

Dituduh Abaikan Rayqal & Mengharapkan Keluarga Mentua, Ini Jawapan Panjang Lebar Nora Danish

Anak adalah satu anugerah yang paling berharga buat mereka yang sudah berkahwin. Alhamdulillah Abang Nara sekarang pun dah ada 3 orang anak. Memang penat nak menjaga mereka, tetapi keletah mereka sentiasa mencuit hati ini. Seperti yang kita semua tahu, Nora Danish mempunyai seorang anak lelaki bernama Rayqal hasil perkahwinannya dengan Jejai satu ketika dahulu. Dah besar panjang pun dah si Rayqal nie. Comel macam mak dia!!!
nora danish
Selaku seorang selebriti, sudah tentu Nora Danish seorang yang amat sibuk. Namun itu tidak bermaksud yang Nora mengabaikan dan tidak menjaga anaknya, Rayqal. Apabila dirinya dituduh lebih suka berfoya-foya dan menghabiskan masa bersama bekas kekasih (Nedim) berbanding anaknya, kesabaran dalam diri Nora Danish hilang. Malah ada juga tuduhan yang Nora lebih senang membiarkan Rayqal tinggal bersama bekas ibu dan bapa mentuanya. Fuh!!! Macam-macam tuduhan yang tak masuk akal diterima oleh Nora Danish.
nora danish
Enggan dirinya dipandang sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab, Nora Danish tampil memberi penerangan yang panjang lebar. Kata Nora Danish:-
Siapa tidak sayang anak? Sebagai ibu, kalau boleh setiap masa asaya mahu berada di sisi Rayqal dan tidak mahu berkongsi kasih sayang ini dengan sesiapa pun. Tapi saya terpaksa akur kerana dia juga masih ada bapa dan datuk serta nenek yang amat menyayangi Rayqal.
Jadi saya harus bergilir-gilir dengan mereka. Tiga hari Rayqal bersama saya, lima hari di rumah datuk dan neneknya manakala tigak hari lagi bersama Jejai. Sebagai cucu sulung, Rayqal menjadi kesayangan ibu dan bapa mentua saya, mereka terlalu sayang kepadanya.
Pada waktu sama, Rayqal juga seronok bersama mereka kerana rumah datuk dan neneknya lebih luas serta ada sepupu yang hampir sebaya tinggal bersamanya. Jadi Rayqal tidak sunyi di sana.
Ibu mentua saya seorag yang sangat baik jadi saya perlu balas budinya. Saya bukan menggunakan Rayqal untuk memancing mereka, Rayqal adalah cucu mereka. Jadi mentua turut mempunyai hak ke atas Rayqal.
Mungkin orang tidak perasan, sebenarnya sudah lama saya cuba menjauhkan diri daripada keluarga mentua. Saya mengelak daripada terlalu kerap menghadiri acara yang dianjurkan mereka kerana tidak mahu dituduh masih mengharapkan keluarga mentua.
Orang tidak perasan semua itu, tetapi mereka terus menerus menghentam saya sehingga ibu saya turut diheret sama. Itu yang menyebabkan saya bertambah sedih. Disebabkan itu, pada sambutan Hari Kebangsaan saya nekad menjawap setiap cemuhan yang dilemparkan kepada saya di laman sosial.
Bukan ingin mengeruhkan lagi keadaan, tetapi saya akan cuba menjawab dan menegur secara baik. Mungkin orang akan berhenti bercakap apabila saya berkahwin kelak. Siapa yang tidak mahu mempunyai keluarga yang bahagia? Saya masih muda dan mahu menambah zuriat lagi.
Tetapi saya masih belum dipertemukan jodoh lagi. Jika sudah bertemu yang sesuai, saya tidak mahu lagi terlalu terbuka seperti dulu. Tahu-tahu saja gambar kahwin saya dah tersebar.
nora danish
Ada perasan juga komen-komen daripada Nora Danish di laman Instagram yang membalas kutukan dan cacian orang ramai terhadapnya. Malah bekas kekasihnya Nedim Nazri turut sama mem’back up’ Nora danish. Secara jujur, apa yang dikatakan oleh Nora Danish ini memang benar.
Anak bukanlah hak milik kita seorang lebih-lebih lagi kalau cucu pertama. Memang akan dapat perhatian lebih daripada atuk dan neneknya. Itu perkara biasa. Diharap dengan penerangan ini, tak ada lagi kata-kata nista dilemparkan kepada Nora Danish. Lagi beberapa gambar Nora Danish dan Rayqal dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish

Jumaat, 22 Mei 2015

Reaksi Rita Rudaini Selepas Aidil Zafan buat laporan polis amat mengejutkan




Semalam, industri hiburan dipanaskan dengan cerita Rita Rudaini diganggu oleh isteri bekas suaminya, Zarema Zainal.

Artikel Berkaitan:





Dek kerana itu, Aidil Zafan telahpun membuat laporan polis sekitar petang semalam. Katanya kepada mStar Online, sebenarnya, dia yang menggunakan nombor Zarema untuk menghubungi Rita.

Nak bercakap dengan anak-anak katanya. Hmm. Eh, korang nak tahu tak apa reaksi Rita apabila Aidil buat laporan polis?



Terima Kasih Kerana Buat Report & Mengsahihkan Empunya Nombor








Kalau nak tahu, menerusi laman Instagram Rita, dia ada memuat naik pesanan ikhlas tau! Lagi best, Rita turut berterima kasih kepada bekas suaminya kerana membuat report polis.

Sekaligus membuktikan dan mensahihkan siapakah pemilik dan empunya nombor berkenaan. Fuh! Makin panas ni.

Rita Padam Nombor Zarema



sumber- http://www.ohbulan.com/ini-jawapan-sarcastic-rita-rudaini-apabila-aidil-zafuan-buat-laporan-polis/

Ahad, 17 Mei 2015

SEBAK & Tersentuh Kesungguhan Daud McKienzie melafazkan akad nikah dalam bahasa Melayu - LANA NORDIN


JIKA diselak kembali, saban tahun, pasti ada saja berita kurang enak mengenai kisah cintanya diperkatakan namun berjaya dihadapinya dengan hati yang sangat tabah.

Berkat ketabahannya itu, aktres kontroversi, Lana Nodin akhirnya menemui cinta sejatinya dan selamat dinikahkan dengan pasangannya, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei lalu.

Kelihatan sebak sejurus dinikahkan, pemilik nama penuh Mazlina Hasan Nodin ini mengakui hatinya cukup tersentuh dengan situasi yang berlaku ketika itu. - sinarharian
“Saya gementar tapi pada masa sama saya terharu melihat kesungguhannya melafazkan akad nikah dalam bahasa Melayu. Ya, dengan sekali lafaz, saya menjadi isterinya.
“Keduanya, saya tak dapat menahan sebak apabila melihat ayah mengalirkan air matanya. Dah pasti, itu membuatkan saya bertambah sedih.

Rabu, 13 Mei 2015

Wawa Zainal hamil anak kedua. Tahniah buat pasangan romantis!







Wawa Zainal hamil anak kedua. Tahniah buat pasangan romantis Wawa Zainal dan Aeril Zafril kerana bakal menimang cahaya mata kedia tidak lama lagi.

Menurut Wawa, kandungannya masih diperingkat awal dan kesihatannya juga sedikit terjejas.


"Kandungan saya masih diperngkat awal dan kesihatan juga tidak menentu. Doakan semuanya selamat hingga saya bersalin nanti," katanya.


Pelakon ini juga berhasrat untuk menimang anak perempuan setelah dikurniakan cahaya mata lelaki.


"Harap-harap dapat anak perempuan, seronok juga kalau dapat sepasang."


Wawa dan Aeril mendapat seorang cahaya mata yang dinamakan Ahmad Fakhruddin Attar yang berusia 10 bulan hasil dari perkahwinan mereka.

Semoga Wawa dapat melalui fasa kehamilan dengan lancar dan dipermudahkan semasa bersalin nanti.

Khamis, 30 April 2015

Almy Nadia Mengamuk Kene Kutuk Gemuk.






Almy yang dihubungi BH Online semalam mengakui sedang bekerja keras untuk menurunkan berat badan asal. Biarpun Fizz tidak kisah bagaimana keadaan fizikal isterinya, Almy nekad mahu kurus semula. "Saya mengandung dulu memang berat badan naik mendadak. Memang 'over weight'. Jadi nak turunkan ke berat asal itu memang sukar. "Tapi saya tetap nak kurus balik. 




Saya tak nak kena kutuk disebabkan badan besar. Ketika ini saya memang tak berlakon dan sibuk jaga anak selain nak kecilkan badan. "Saya lebih menjaga pemakanan dan senaman. Saya buat senaman yang asas sahaja seperti melakukan squat, plank dan lompatan bintang. Mengemas rumah pun saya kira sebagai ruang untuk kasi badan berpeluh," katanya. - BH

Rabu, 22 April 2015

SERIUS CANTIK ! 5 GAMBAR MANISNYA BAKAL ISTERI ZIZAN

Bak kata pepatah, bangkai gajah yang disorok di bawah karpet pasti akan ketahuan jua!

Begitu jugalah halnya dengan wajah kekasih baru Zizan Razak yang menjadi persoalan sebelum ini. Sejurus Zizan selesai menghantar rombongan merisik, wajah manis gadis yang bernama Nor Edura Diyana Hisyam itu terus tersebar luas di alam maya.

Difahamkan, Nor Edura, 24, adalah seorang pelajar di sebuah universiti tempatan di Terengganu dalam bidang perakaunan. Nampaknya, Nor Edura sama manis dengan Emma Maembong. Heh!

Tahniah kami ucapkan buat Zizan dan Nor Edura di atas ikatan yang terjalin baru-baru ini.













 sumber

Ahad, 12 April 2015

Respon Emma Maembong Setelah Zizan Umum Bakal Berkahwin




Mesti ramai sudah membaca artikel tentang pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak yang bakal bernikah denga selewat-lewatnya bulan Jun ini.

Gadis pilihannya yang bakal menjadi isteri adalah orang Terengganu yang berumur 24 tahun dan baru sahaja dikenalinya 2 bulan yang lalu.

Setelah pengumuman dibuat Zizan, Emma Maembong dilihat memunaik video yang ramai follower katakan mungkin respon kepada pengumuman tersebut.

Ramai juga peminatnya seperti memberi semangat kepada Emma Maembong agar terus move on.

Antara ayat-ayat yang dimuatnaik oleh Emma di laman instagramnya, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita hanya merancang hanya dia yang menentukan.
 
sumber : http://ohkisahnya.blogspot.com/

Rabu, 8 April 2015

Cium mulut | Ozlynn bangga dengan tindakan johan ?



"Itu rutin biasa kami," kata pelakon Ozlynn mengenai kontroversi aksi bercium mulut dengan Johan Raja Lawak pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada Ahad lalu.

Menjelaskan lebih lanjut perkara itu, Ozlynn yang ditemui pada sidang media Anugerah Tribute P Ramlee sebentar tadi menyatakan sebagai isteri dia bangga dengan tindakan suaminya itu kerana ia dilakukan secara spontan.

Malah bercium menjadi amalan mereka di rumah sebagai menunjukkan rasa kasih sayang bukan saja sesama mereka juga terhadap anak-anak mereka.

"Mungkin orang ramai menganggap aksi itu keterlaluan tapi bagi kami itu biasa sebab memang jadi amalan kami di rumah sebagai cara kami tunjukkan kasih sayang dan bermanja.

"Malah, amalan itu juga diamalkan terhadap anak-anak.

"Di rumah, misalnya kalau saya sedang lipat baju, Johan panggil saya dan dia nak saya cium dia.

"Malah anak saya yang sudah berusia 10 tahun, kalau dia mahu keluar rumah selepas dia minta izin dan dia akan cium papanya dulu," katanya.

Pada malam anugerah tersebut, Johan mencium mulut Ozlynn selepas namanya diumum sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Paling Popular.

Adegan itu menimbulkan isu panas kerana ramai pihak menyifatkan kelakuan itu terlalu mengikut budaya barat dan kurang manis dilakukan depan khalayak.

"Saya rasa pada malam itu ramai lagi artis lain yang tiada ikatan sah, berpelukan dan berlaga pipi, kenapa tidak menjadi isu? Itu semua terpulang pada mentaliti masing-masing.

"Apa yang kami buat itu bukannya menghairahkan pun. Ia sekejap saja hanya satu dua saat.

"Saya bangga sebab itu perkara pertama yang terlintas di fikiran suami saya dan saya dapat sama-sama merasai kemenangan dia," ujarnya.

Sementara itu, Ozlynn tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Popular menerusi lakonan dalam drama Apa Guna Berjanji.

Gembira dengan tersebut, Ozlynn menyatakan dia tidak melihat percalonan tersebut sebagai batu loncatan untuk kembali aktif dalam lakonan kerana mahu memberi tumpuan pada keluarga.

Akuinya, dia juga kini bersikap memilih tawaran berlakon.

"Saya tidak berhasrat untuk aktif berlakon sebab fokus saya pada suami dan keluarga.

"Sebab itu sekarang ni pun saya memilih untuk terima tawaran. Kalau dulu saya ambil saja apa-apa watak.

"Sekarang saya betul-betul pastikan dulu dari segi skrip dan watak yang ditawarkan. Jika sesuai, saya terima," katanya.









-mD

Kenyataan tersangat pelik Alyah di Instagram, timbul tanda tanya peminat

Alyah-Upload-Pelik-MEDIAMALAYA


Havoc seketika apabila Alyah telah memuat naik gambar berwarna hitam bercaption “It’s over”. Namun selepas beberapa ketika, gambar tersebut telah di padamkan.

Apakah motif gambar itu dimuat naik telah menjadi tanda tanya buat follower artis itu. Kami mengharapkan ia sekadar gimik lagu baru kerana tidak mahu melihat sebuah masjid runtuh lagi pada tahun ini. 


mediamalaya

Selasa, 7 April 2015

Dada Taufik Batisah rasa nak pecah ketika

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Singapura Taufik Batisah telah selamat bernikah dengan pasangannya Sheena Akbal pada 4 April lepas.

Menurut laporan sebuah akhbar Singapura, Taufik telah memberikan mas kahwin sebanyak SGD 500 (RM 1,250) berserta hantaran seperti sejadah, telekung dan senaskah Al-Quran kepada pengantin perempuan.

Walaupun sah bergelar suami kepada Sheena dengan sekali lafaz, Taufik memberitahu jantungnya berdegup kencang ketika bapa mertuanya menghulurkan tangan untuk menyempurnakan akad.

“Jantung saya berdegup kencang ketika itu, seolah-olah nak tercabut. Dada pula rasa seperti mahu pecah!

“Mujur saya berjaya juga lakukannya lafaz akad dalam satu nafas,” katanya ketawa.

Dalam pada itu Taufik turut berkongsi detik bahagia ketika dia melamar isterinya tahun lalu.

“Sewaktu itu kami berada dalam kereta kami. Ketika itu saya mainkan sebuah lagu Inggeris yang saya gubah sendiri khas untuk melamar Sheena.

“Di dalam lirik lagu tersebut saya selitkan namanya dan menyebut saya ingin mengahwininya. Ketika itu Sheena macam ‘blur’ dan ambil masa sedikit untuk memahami hasrat saya,” ceritanya teruja.

Tambah Taufik lagi, suara Sheena turut diabadikan dalam lagu nyanyiannya berjudul Awak Kat Mana dan telah menyunting sendiri suara isterinya untuk lagu tersebut. --Astro Gempak

Ahad, 5 April 2015

Sangat Bahagia!! Gambar Isteri Dan Anak-Anak Khairy Jamaluddin



Khairy Jamaluddin yang lebih mesra disapa KJ merupakan Menteri Belia & Sukan Malaysia dan boleh dikatakan menteri paling sempoi di Malaysia.

Memang amat sesuai KJ menjadi menteri belia & sukan dengan cara pendekatannya dan juga mesra remaja. Malah KJ juga pernah memenangi anugerah “Wired Celebrity Award” di Shout! Awards.

Untuk pengetahuan, Khairy Jamaluddin telah berkahwin dengan anak bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah (Pak Lah).

Khairy Jamaluddin berkahwin dengan Nori Abdullah atau Noi pada Oktober 2001 dan dikurniakan 3 orang anak lelaki iaitu Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar, Timor Abdullah Jamaluddin Abu Bakar and Raif Averroes Jamaluddin Abu Bakar.

Jom intai beberapa keping gambar Isteri Dan Anak-Anak Khairy Jamaluddin yang jarang dilihat oleh rakyat Malaysia.

Sabtu, 4 April 2015

7 GAMBAR - SELAMAT NIKAH: TAUFIK BATISAH KINI SUAMI SHEENA AKBAL

Penyanyi Singapura yang popular dengan lagu 'Awak Kat Mana', Taufik Batisah kini sah suami kepada Sheena Akbal apabila dijabkabul dengan sekali lafaz. Mereka berdua telah melangsungkan pernikahan pagi tadi.

"Alhamdulillah, Doakan kita ye," ujar Taufik ringkas.

Tahniah diucapkan!


















Siti Saleha Gementar Nyanyi Depan Tun M





Anda bukan salah baca tajuk. Memang Siti Saleha lebih dikenali sebagai seorang pelakon namun atas permintaan penganjur sebuah acara amal, beliau bakal tampil menyanyi di khalayak ramai dan salah seorang hadirin nanti adalah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.




“Ini pertama kali saya akan menyanyi depan orang ramai. Walaupun saya bukan penyanyi tapi saya yakin saya boleh berikan persembahan yang baik. Namun, saya akui rasa gementar juga lebih-lebih lagi saya akan menyanyi di depan Tun M nanti,” ujarnya kepada Malaysian Digest.

Siti Saleha yang akan menyanyi di atas pentas bersama abangnya, Sam Bunckface turut berkata yang beliau tidak membuat sebarang latihan vokal untuk majlis yang akan berlangsung pada 17 Mei itu namun banyak belajar dari pemerhatian.
“Seperti mana lakonan, saya tak pernah ada apa-apa persediaan dan tidak pernah mengikuti kelas lakonan. Sebaliknya, saya lebih banyak memerhati. Begitu juga, apabila dicabar untuk menyanyi, saya tidak banyak melakukan persediaan”

“Saya ada ingatkan penganjur yang saya ini bukan penyanyi tetapi mereka mahukan juga saya membuat persembahan. Saya harap semua okay. Namun, mujurlah saya tidak keseorangan kerana abang saya (Sam Bunkface) juga akan menyanyi bersama saya nanti,” tambahnya lagi.

Khamis, 2 April 2015

[EKSKLUSIF] Ini Bukti Erma Fatima sangat Mesra dengan Madunya





Gelagat Erma Fatima dan madunya, Aida Abdul memang patut dicontohi oleh mana-mana pasangan bermadu.
Mana taknya sebelum ini, Erma Fatima pernah membuat kejutan di hari lahir madunya.


Kini mereka sekeluarga pergi bercuti ke Bandung, Indonesia.

Jelas terpancar kemesraan antara mereka. Siap ada adegan suap menyuap lagi.




Untung Bade mempunyai isteri seperti Erma Fatima yang sporting habis!!!