Sabtu, 4 April 2015

Siti Saleha Gementar Nyanyi Depan Tun M





Anda bukan salah baca tajuk. Memang Siti Saleha lebih dikenali sebagai seorang pelakon namun atas permintaan penganjur sebuah acara amal, beliau bakal tampil menyanyi di khalayak ramai dan salah seorang hadirin nanti adalah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.




“Ini pertama kali saya akan menyanyi depan orang ramai. Walaupun saya bukan penyanyi tapi saya yakin saya boleh berikan persembahan yang baik. Namun, saya akui rasa gementar juga lebih-lebih lagi saya akan menyanyi di depan Tun M nanti,” ujarnya kepada Malaysian Digest.

Siti Saleha yang akan menyanyi di atas pentas bersama abangnya, Sam Bunckface turut berkata yang beliau tidak membuat sebarang latihan vokal untuk majlis yang akan berlangsung pada 17 Mei itu namun banyak belajar dari pemerhatian.
“Seperti mana lakonan, saya tak pernah ada apa-apa persediaan dan tidak pernah mengikuti kelas lakonan. Sebaliknya, saya lebih banyak memerhati. Begitu juga, apabila dicabar untuk menyanyi, saya tidak banyak melakukan persediaan”

“Saya ada ingatkan penganjur yang saya ini bukan penyanyi tetapi mereka mahukan juga saya membuat persembahan. Saya harap semua okay. Namun, mujurlah saya tidak keseorangan kerana abang saya (Sam Bunkface) juga akan menyanyi bersama saya nanti,” tambahnya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan