Sabtu, 4 April 2015

(CERITA SEBENAR ) PENGANTIN DIPROPA DI LAMAN SOSIAL

Semalam saya telah di tag oleh kawan kawan saya berkaitan kes seorang pengantin lelaki disaman oleh Polis Trafik di Rompin dibawah tajuk " PERSANDINGAN TERTANGGUH " yg telah disebarkan melalui page myMetro .. Dipage itu juga dipaparkan gambar pengantin yg sedang bersalam dgn seorang Pegawai Turus Trafik yg telah disamarkan wajahnya.. Dikatakan pengantin itu disaman lantaran lampu brek ketiga kenderaan yg dinaiki tidak bernyala.. Pengantin itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat utk menghadiri majlis persandingannya..

Saya mengaku gambar yg dipaparkan itu memang gambar suami saya Encik Hafiz Jamal .. Namun saya hairan bercampur keliru kerana jalan cerita yg ditulis dalam akhbar itu bukan cerita yg sebenar dan banyak yg ditokok tambahkan..

Walhal kami dalam perjalanan untuk shooting gambar outdoor kami di Bukit Ibam .. Bukanlah utk menghadiri majlis persandingan kami di segamat.. kami datang dari pasir mas kelantan dan menuju ke Muadzam Shah.. Saya jd pelik dengan berita yg disiarkan yg bercanggah dengan situasi sebenar..

memang benar lampu brek ketiga kenderaan yg kami naiki tidak berfungsi .. Jenis kenderaan yg dinyatakan di dalam akhbar adalah perodua myvi namun sebaliknya kami menaiki nissan navara.. Saya jd kesal bila baca komen komen yg negatif berkaitan dengan PDRM diluahka pd gambar kami.. sedangkan polis terbabit hanya memberikan amaran kepada kami bahkan menghulurkan salam dan mengucapkan " selamat pengantin baru kepada kami "

saya percaya wartawan mymetro dapatkan gambar kami di page Polis Pahang yg telah memuatnaik gambar kami pada 1 April 2015.. yg kemudiannya gambar yg sama disamarkan muka diletakkan pd page mymetro..

konklusinya saya dan suami xmarah gambar kami diviral kan namun kami jd sangsi dengan dengan kisah yg dipaparkan bukan dari kisah yg sebenar.. Terima kasih PDRM atas budi bicara yg baik buat kami..

nak baca akhbar sekarang jd takot sebab banyak kisah yg ternyata belum sahih.. Nauzubillah...





0 ulasan:

Catat Ulasan