KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Singapura Taufik Batisah telah selamat bernikah dengan pasangannya Sheena Akbal pada 4 April lepas.
Menurut laporan sebuah akhbar Singapura, Taufik telah memberikan mas kahwin sebanyak SGD 500 (RM 1,250) berserta hantaran seperti sejadah, telekung dan senaskah Al-Quran kepada pengantin perempuan.
Walaupun sah bergelar suami kepada Sheena dengan sekali lafaz, Taufik memberitahu jantungnya berdegup kencang ketika bapa mertuanya menghulurkan tangan untuk menyempurnakan akad.
“Jantung saya berdegup kencang ketika itu, seolah-olah nak tercabut. Dada pula rasa seperti mahu pecah!
“Mujur saya berjaya juga lakukannya lafaz akad dalam satu nafas,” katanya ketawa.
Dalam pada itu Taufik turut berkongsi detik bahagia ketika dia melamar isterinya tahun lalu.
“Sewaktu itu kami berada dalam kereta kami. Ketika itu saya mainkan sebuah lagu Inggeris yang saya gubah sendiri khas untuk melamar Sheena.
“Di dalam lirik lagu tersebut saya selitkan namanya dan menyebut saya ingin mengahwininya. Ketika itu Sheena macam ‘blur’ dan ambil masa sedikit untuk memahami hasrat saya,” ceritanya teruja.
Tambah Taufik lagi, suara Sheena turut diabadikan dalam lagu nyanyiannya berjudul Awak Kat Mana dan telah menyunting sendiri suara isterinya untuk lagu tersebut. --Astro Gempak
Dada Taufik Batisah rasa nak pecah ketika
Related Posts:
The Band Jelas Sebab Kenapa Tak Bayar Awal AshaariByar RM0 dapat HTC Desire smartphone?!Selepas pengacara The Band, Awal Ashaari melahirkan kekesalannya terhadap pihak produksi program realiti tersebu… Read More
[GAMBAR ]PELIK ABBY ABADI DAN KEKASIH, KHAIRUL AZLI PALING SENSASIDua selebriti Malaysia dirakam memecah masuk sebuah...Apapun, jodoh itu ketentuan Allah dan kita hanya mampu berdoa untuk kebahagian pasangan ini. Ten… Read More
Gaji Bulanan Aidil Zafuan Yang Lumayan Didedahkan Adegan Mendebarkan Yana Samsudin Dan Izzue Islam Yang Anda Tak Patut LepaskanRita Rudaini akhirnya mendedahkan gaji dan pendapatan Aidil Zafuan sebula… Read More
Terpikat dengan Luna MayaAC Mizal dan Luna Maya seia sekata dalam mengembangkan kerjaya.IMEJ seorang penyanyi rap yang melekat dalam identiti Datuk AC Mizal, 42 atau AC ketika… Read More
Abby Abadi | Tak mahu cerita ustaz Ustaz Khairul, mahu cari FarhanKalau korang tengok video ni betul-betul, Johan ni bukan seperti yang korang sangkakanKuala Lumpur: “Isu lebih penting sekarang misi saya menyelesaika… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan