Memaparkan catatan dengan label Nora Danish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nora Danish. Papar semua catatan

Ahad, 11 Januari 2015

8 GAMBAR Nora Danish Kelihatan Cukup Menawan Di Majlis Sambutan Hari Lahir Rayqal !! -BP


Pastinya semua mengenali artis comel Nora Danish yang sering menghiasi laman sosial pada ketika ini dengan wajahnya yang comel dan menawan .Ibu muda ini dikhabarkan baru sahaja selesai menyambut hari lahir anak kesayangannya Rayqal dengan cukup meriah sekali . 

Jom layan gambar Nora Danish menyambut hari lahir anaknya Rayqal ...









credit - blog braderpanas

Ahad, 7 September 2014

Nora Danish Terima Ancaman Rogol


Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai.

"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik  foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:

"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."
Nora menerima komen berbau lucah di Instagram miliknya.
Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis.

Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.

Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.

Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen  @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap  @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa.

mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi.

Khamis, 4 September 2014

GEMPAR Nora Danish Mekakai Short Pants Ketika Menziarahi Fasha Sandha !



Siapa tak kenal akan pelakon comel lagi jelita Nora Danish. Beliau merupakan artis pujaan ramai malahan akhir akhir ini followers twitter beliau telah mencecah lebih dari 1 juta. Tahniah untuk Nora Danish.


Tapi melalu instagram tersebut jugalah Nora telah memuat naik beberapa gambarnya ber-short pants. Ketika itu nora sedang bergambar bersama anaknya, melawat Fasha Sandha bersama anak yang baru dilahirkannya bersama Jejai yang bernama Rayfal | SUMBER




Rabu, 9 Julai 2014

Jerman ke Final! Tak Sia-Sia Usaha Maya Karin & Nora Danish





Jutaan rakyat Brazil langsung tidak menyangka bahawa pasukan bola sepak mereka terpaksa akur apabila dengan mudah ‘dilauk-laukkan’ oleh pasukan German dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 yang berlangsung pada awal pagi ini.

Bukan saja rakyat Brazil yang tak percaya, malah satu dunia! Mana mungkin pasukan bimbingan jurulatih Luiz Felipe Scolari yang dikenali dengan jolokan sebagai pasukan ‘kuasa besar bola sepak’ ini tewas 1-7 dengan pemain-pemain bimbingan jurulatih Joachim Low.

Ya, sehingga kini masih ramai yang susah nak percaya Brazil ‘diaibkan’ sedemikian rupa…

Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung pagi tadi, laman sosial Twitter dan Instagram juga ‘sesak’ dengan komen- komen peminat-peminat bola sepak seluruh dunia (yang mana masing-masing dengan komen ‘lucu’, berbaur sini dan ‘kejam’ ditujukan kepada pasukan Brazil. Tidak ketinggalan kalangan para selebriti baik tempatan mahupun luar negara juga turut sama rancak meninggalkan komen di laman sosial masing-masing.

Apa yang menarik perhatian kami ialah selebriti pujaan ramai, Maya Karin dan Nora Danish juga tidak ketinggalan turut sama gigih menyokong pasukan pilihan mereka iaitu Jerman. Dua aktres jelita ini, masing-masing punya cara tersendiri mempamerkan usaha sokongan mereka. Epik, so sweet! Heh.

Sebagai penyokong tegar pasukan negara kelahirannya, beberapa jam sebelum itu, Maya Karin telah memasak menu istimewa ketam bersambal. Heroin filem ‘Lagenda Budak Setan 3′ ini telah memuat naik sekeping gambar menu masakannya itu di Twitter-nya. Lebih menarik, Maya menunjukkan hidangan ketam sambalnya itu sambil memakai jersi pasukan Jerman. Epik!





Sementara Nora pula, sungguh-sungguh bersorak di depan kaca TV. Boleh nampak. Menerusi laman Instagramnya, Nora turut berkongsi dua keping gambar aksinya bersorak menyokong Jerman. Kami kira aksi comel Nora itu juga, epik!





Apapun, pasukan Jerman sudah menempah tiket ke final. Cuma kini para peminat bola sepak seluruh dunia (termasuklah Maya Karin dan Nora Danish, heh) berdebar menantikan siapakah yang akan mencabar Jerman nanti. Pasukan Belanda atau Argentina?

La la la la la (6x) La….I dare you (nyanyi ala-ala Shakira). -suaratv


kenapa dengan mereka ini ? [ klik disini untuk selanjutnya ]