Terkini, seorang peminat yang mahu namanya dirahsiakan telah berkongsi menerusi emel sekeping foto yang dikatakannya sebagai bakal isteri Taufik.
Menurut pengirim, Wanita yang berjaya mencuri hati penyanyi yang popular dengan lagu 'Awak Kat Mana' ini berasal dari Singapura dan dikenali sebagai 'Sheena Akbal'.

Bagaimanapun, hingga kini, Taufik masih belum mendedahkan wajah atau nama bakal isterinya itu pada media.
Tetapi jika benarlah wanita tersebut merupakan bakal isteri Taufik, nampaknya memang padanlah pasangan ini bak pinang dibelah dua. Tahniah diucapkan!

0 ulasan:
Catat Ulasan