"Still in progress 'I am not PERFECT'," demikian kata penyanyi dan pelakon Sabhi Saddi yang mula kelihatan bertubuh 'sado' sebagaimana rakan artis lain seperti Norman Hakim.
Berbanding penampilannya sebelum ini, dia memang nampak berbeza daripada awal kemunculannya dalam bidang seni.
"Orang melihat kemunculan saya dalam industri seni ini sebagai biasa dan tiada yang istimewa mengenai saya. Penampilan berbadan 'sado' ini menampilkan sisi yang lain bagi diri saya.
"Selain untuk menjayakan watak bagi projek terbaharu, saya memang sudah lama ingin berbadan sasa sebegini. Kali ini, memang saya penuh bersemangat dari segi pemakanan dan juga senaman lima kali seminggu di gimnasium.
"Saya tetap mencuri masa ke gimnasium walaupun sibuk dengan penggambaran. Malah, saya tidak mengambil nasi serta gula kerana begitu berdisiplin dengan menu harian," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Waahhh... cayalah bro!
sumber : http://www.myartis.com
Khamis, 23 April 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan