Ahad, 5 Oktober 2014

Anak Ke Kelab Malam | Che Ta suruh reporter Roti Kaya balik merempit



Anak saya memang akan mintak izin ke mana sahaja dia nak pergi. Termasuk kalau keluar malam.

Apapun, saya langsung tidak galakkan kalau dia nak bersosial ke Kelab Malam, klu sekadar lepak lepak minum dengan rakan rakan saya tak ada masalah.

Cuma selepas dia mintak izin, saya dah x boleh pantau kemana dia pegi.
Saya harap kebebasan yang saya beri pada Ammar tidak disalahgunakan. Dan sebagai Ibu saya pasti akan memastikan yang terbaik untuk dia.

Kenapa tak tanya benda tue dengan sy sendiri.. Kenapa tanya Zain.. Zain tak mengetahui ttg kemana ammar pergi.. Tp itu tak bermaksud dia tidak peduli kan anak sy.. Cuma dia tidak tahu sedetail mana sy mengetahui.. Media sosial sekarang tiada sekatan, tambah pulak anak Che Ta kan..... Selama saat dan tarikh ini Ammar
Effendy iaitu anak sulong saya tidak pernah mengunjungi kelab malam.. Apapun saya berterima kasih kepada yang menegur dan teguran itu baik tanpa menjatuh hukum kepada sesorang..... :)

To reporter #Roti kaya ,jgn terlalu biadap dan lantang menulis tanpa tahu kebenarannya! Dan jgn sampai sesuatu cerita tu jadi fitnah!!!P belajar etika kewartawanan dulu,kalau tak,balik kampung merempit lagi bagus drpd menyusahkan hdp org lain!!!

3 ulasan:

  1. Mmmm..ciri-ciri selebriti yang akan bermasalah..

    BalasPadam
  2. amboi.. dah la bagi anak p clubbing, suh orang p mermepit lagi.. zs dlm ome bawa watak cikgu BI yang superb tatasusilanya.. ramai idola dan pengikut.. tapi bila jadi bapa seorang Islam izinkan anak clubbing.. aduhai

    BalasPadam
  3. Sebagai umat Islam kita sepatutnya menerima dengan hati yang terbuka komen yang membawa kepada kebaikan. Selain itu sebagai orang Islam kita juga mesti menjaga tepi kain saudara2 sesama Islam demi menjaga nama baik Islam.Kita sebagai Islam bukanhanya pada nama atau pada kad pengenalan tetapi kenalah mengamalkan cara hidup sebagai orang Islam seperti mana yang digariskan didalam AlQuran dan Hadis...... so berlapang dadalah wahai Che Ta.....itupun kalau masih merasakan diri sebagai orang Islam....

    BalasPadam