Perasan tak semenjak drama ‘Rindu Awak 200%’ meletop tidak lama dahulu, nama Zul Ariffin semakin menjadi perhatian. Mana taknya, semua asyik teringat betapa romantisnya watak Zill Faezrul dalam drama tu kan.
Malah, selepas drama tu tamat, ramai peminat yang masih mahu Zul Ariffin bercinta heroinnya, Ayda Jebat. Amboi. Hal hati dan perasaan mana boleh dipaksa-paksa tau.
Namun, kami sekarang bukan nak cakap pasal kisah cintanya yang sudah terang lagi bersuluh bersama dengan Gayatri Su Pillai. Tapi, kami nak kongsi dengan anda semua foto Zul Ariffin dengan kereta mewah terbarunya, katanya kereta Maserati!
Cuba anda semua bayangkan Zul tengah drive kereta Maserati putihnya ini dengan gaya penuh macho! Mahu meleleh air mata gadis-gadis di luar sana kan.
Untunglah Zul ni kan. Baru satu drama meletop, dah mampu beli kereta Maserati. Tapi ada juga desas-desus mengatakan Gayatri yang hadiahkan Maserati ni. Biar betul?
Kami ni tidak lah begitu arif pasal harga kereta-kereta mewah ni, tapi rasanya kalau kami kumpul gaji seumur hidup pun tak mampu nak beli kereta semewah ni.
Difahamkan harga model terbaru Maserati Ghibli 2014 adalah sekitar RM538,800 sehingga RM628,000. Okay, pitam! Ha.. tapi ada tak pembaca OHBULAN! yang arif mengenai rate harga kereta ni di pasaran sekarang? Kalau tahu, jangan segan-segan untuk dropkan komen di bawah.
Murah je, kalau second hand baru RM 212,000. Kalau berani tunjuk no plat baru kereta tu!
BalasPadam