Selasa, 14 Oktober 2014

Erin Malek Dan Suami Difitnah Ke Kelab Malam Selepas Resepsi Kahwin



Beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan Erin Malek dan pilihan hatinya, Farriz Fauzy kami ada menerima set gambar menunjukkan pelakon itu berada di kelab hiburan namun menganggap ianya gambar lama, kami biarkan sahaja. #alasan

Ianya menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari ini dan masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Erin Malek sendiri tentang gambar yang tersebar luas itu.

Belum pun isu itu reda, ada pula gambar yang menunjukkan Erin Malek dan suami berkunjung ke kelab malam sejurus selepas tamat resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, Sabtu lalu.



Dalam gambar nan sekeping yang kami terima seperti di atas suami Erin Malek masih mengenakan persalinan yang sama ketika majlis resepsi berlangsung.

Namun kami rasa ianya sekadar parti kecil untuk ahli keluarga & juga rakan terapat selepas resepsi perkahwinan yang melibatkan pihak media dan jumlah hadirin yang besar. Tidak salah kami rasa untuk meraikan secara lebih intimate namun jika ianya benar diadakan di kelab hiburan, seperti tidak kena dengan nilai perkahwinan itu sendiri. kan? (rtky/m)

0 ulasan:

Catat Ulasan