DAHULU lelaki ini bercita-cita ingin menjadi paderi lalu dia menjadi Altar Boy iaitu pembantu paderi semasa muda. Namun beliau didera menyebabkan beliau membatalkan niatnya menjadi paderi dan mula menjualkan dirinya kepada dunia.
Namun, hidayah itu milik Allah. Setelah melalui perjalanan yang beronak liku, beliau, Adam Warren Fernandez, 33, memeluk Islam pada 18 Julai lalu.
“Sejak kecil impian saya ialah untuk jadi PADERI, lalu saya jadi ALTAR BOY(pembantu paderi) semasa muda.. Akan tetapi impian ku musnah apabila saya didera dgn seorg lagi budak pembantu oleh yg atasan..Sejak itu saya tak kenali cinta & keperikemanusiaan, saya jual jiwa saya pada Syaitan.
“Akan tetapi Allah masih mencintai ku lalu menurunkan 2 Hidayah (satu semasa ajal kemalangan bertemu dengan lembaga tinggi berjubah putih & satu semasa insiden puting beliung di Texas) & pertemuan beberapa insan istimewa yg mengajar saya erti Cinta sambil merealisasikan impian ku utk syahadah, satu acara anjuran Karangkraf Media,” katanya di laman Facebook yang meminta siapa yang ingin mengetahui kisahnya menonton kisah penghijrahannya oleh Bernama TV di saluran Astro 502 pada jam 7.30 petang ini.
Adam Warren Fernandez adalah bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM. Memetik kisahnya di Harian Metro Adam berkata cabaran utama bukan bagaimana menyesuaikan diri dengan dunia saudara baru seperti berpuasa tetapi penerimaan keluarga dan pandangan rakan-rakannya.
Akuinya, bukan mudah bagi keluarganua untuk mereka menerima berita penghijrahannya itu kerana keluarganya memang kuat berpegang pada agama Kristian, malah ada yang menjadi paderi.
Ibunya pula seolah-olah dalam dilema untuk merestui jalan dipilih anaknya kerana mendengar kata-kata orang sekelilingnya.
Namun, Adam sentiasa berdoa semoga dilembutkan hati ibunya, begitu juga keluarganya yang lain.
“Biar mereka membuang saya, tetapi hubungan kekeluargaan yang terjalin tetap dipertahankan supaya tidak putus. Berbeza kepercayaan bukan bermakna harus memutuskan hubungan kekeluargaan,” katanya dipetik Harian Metro.
Menurut Adam, ibunya yang menetap di Texas, Amerika Syarikat, berada di Kuala Lumpur ketika dia melafazkan syahadah kerana bercuti dua bulan.
“Ada pihak menghubungi dan terus bertanya apakah saya benar-benar yakin dengan jalan dipilihnya.Mereka bimbang saya melakukan kerana terpaksa atau didesak pihak tertentu malah mengajaknya kembali kepada agama asal,”katanya.
Menurut Adam, itu yang ditakutinya kerana sebelum ini ada dua ahli keluarganya memilih Islam tetapi tidak lama selepas itu kembali kepada agama asal.
Adam berharap keluarga dan rakan menghormati jalan dipilihnya dan tidak cuba memperlekehkan dirinya dengan memancingnya melakukan sesuatu yang melanggar agamanya.
Kini, dia bersyukur kerana penghijrahannya dipermudahkan Allah dan kini gembira melalui hari barunya. Dia mahu menimba ilmu agama dengan menyertai kelas agama. Azamnya, setahun dari sekarang mahu menghafaz al-Quran.
Malah, dia turut berminat menyertai Usrah Fitrah yang mengumpulkan ramai selebriti dan artis yang ingin menimba ilmu dan mendalami agama Islam.
Semoga Adam tabah melalui segala ujian dan cabaran dilaluinya. Jangan lupa menonton kisahnya petang nanti. :-MYNEWSHUB.CC
0 ulasan:
Catat Ulasan