Jumaat, 17 Oktober 2014

Ira Era Akui Silap Besar TakBertudung


Ira Era Akui Silap Besar Tak Bertudung | Ira Mohd Amin, penyampai radio Era mengakui insiden dia tidak bertudung ketika keluar bersama Nana Mahzan semalam menerusi sebuah foto yang dimuat naik ke Instagram oleh rakannya itu adalah satu kesilapan besar yang pernah dilakukannya.



Ira Era Akui Silap Besar Tak Bertudung


Ira berkata dia mengalami tekanan yang hebat semalam selepas ramai peminat yang mengecam akan tindakannya itu di dalam laman sosial tersebut.

“Saya amat kesal dan saya rasa ia memang tak patut berlaku dalam hidup dan saya tak mahu salahkan atau libatkan sesiapa dalam hal ini. Memang silap saya dan saya minta maaf.

“Malah saya tak sangka ramai yang perihatian dan mengecam saya semalam, terus-terang saya amat tertekan hingga tidak berhenti menangis. Namun saya terima semua teguran itu.

“Saya tidak sangka perkara ini boleh jadi besar begini tetapi saya belajar dari kesilapan supaya selepas ini berfikir dua kali sebelum hendak melakukan sesuatu,” tambahnya lagi.




Ira diminta mengulas selepas foto dia kelihatan tidak bertudung itu telah mendapat tentangan serta kurang senang oleh peminat serta pengikutnya di Instagram semalam.

Bercakap mengenai status imejnya sekarang, Ira memberitahu dia masih dalam proses pembelajaran dan masih mahu kekal dengan bertudung.

“Saya akui memang sekarang ini saya masih dalam proses menyesuaikan diri untuk bertudung dan menjadi muslimah yang baik. Cuma dalam perjalanan itu saya akui telah melakukan kesilapan.

“Namun saya memang akan terus bertudung dan masih bertudung kini,” luahnya.

1 ulasan:

  1. jangan menutup aurat kerana takut pada manusia, tutuplah kerana Allah SWT

    BalasPadam