Selasa, 21 Oktober 2014

Kemaluan Pasangan Warga Itali Melekat Akibat Seks Dalam Air !


Lihat bagaimana anda dan teman wanita anda boleh mendapatkan ini!

Kisah malang ini memberi definisi baru kepada istilah ‘berkepit macam belangkas’.

Sepasang kekasih warga Itali dikejarkan ke hospital apabila kedua-duanya ‘melekat’ selepas melakukan seks di dalam lautan di wilayah Marche.


Akhbar Il Mattino melaporkan, pasangan tersebut membuat keputusan ‘gila’ untuk bersetubuh di lautan Porto San Giorgio bagi mengenang saat indah percutian mereka.

Namun, aksi akuatik bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kemaluan mereka melekat disebabkan tekanan udara dalam vagina.

Kaget dengan situasi yang menimpa, pasangan ini bertindak untuk teruskan ‘berendam’ di dalam laut sehingga masalah mereka disedari oleh seorang pengunjung lain.

Terima kasih kepada pengunjung itu, pasangan ini diberikan sehelai tuala untuk menutup kemaluan mereka, sebelum digegaskan ke hospital berdekatan.

Wanita tersebut telah diberikan suntikan yang lazimnya diberikan kepada ibu mengandung bagi mengembangkan uterusnya, supaya ‘masalah’ mereka selesai.

Ish, kalau ya pun nak penuhkan fantasi seksual, fikirkan juga akibatnya. Kan dah dapat malu! – MYNEWSHUB.CC

2 ulasan:

  1. Di dalam air, vagina menjadi seperti vakum apabila udara yang ada di dalamnya terkeluar apabila penis/zakar dimasukkan semasa hubungan seks. Akibatnya zakar akan tersedut kuat dan tidak boleh ditarik keluar! So, jangan cuba buat aksi bodoh ini apabila anda berada dalam air.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha pakar sudah komen hehe lawak ja bro :) #pakar tu

      Padam