Ahad, 16 November 2014

MB Datuk Ahmad Razif umum penemuan fosil dinosaur


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini mengumumkan penemuan fosil dinosaur di sekitar Gunung Gagau, Hulu Terengganu.
Beliau berkata, penemuan itu merupakan hasil Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 yang dilaksanakan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Kumpulan Warisan Geologi (KWGM) pada 13 hingga 23 Oktober baru-baru ini.
"Ekspedisi ini berjaya membuat penemuan fosil iaitu gigi dan tulang dinosaur serta kesan tapak kaki dinosaur," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan