Remaja Di Tahan Buang Janin Dekat Kubur | Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan penemuan satu janin di tepi perhentian bas berhampiran tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh di Johor Baharu, semalam.
Remaja berusia 16 tahun itu ditahan selepas disyaki membuang janin berkenaan yang diletakkan dalam sebuah kotak di bawah rimbunan pohon buluh di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, janin yang cukup sifat itu dianggarkan berusia 18 minggu.
Beliau berkata, suspek terbabit dipercayai membuat pengguguran haram di sebuah hospital swasta hasil persetubuhan yang tidak sah.
"Polis menjalankan siasatan rapi dan dalam tempoh empat jam, kami berjaya mengesan suspek yang dipercayai ibu kepada janin terbabit," katanya.
ISTERI sarat mengandung,Suami HilangSeorang isteri sarat mengandung tujuh bulan gusar menantikan detik kelahiran anak keduanya selepas suaminya menghilangkan diri sejak lima bulan lalu.N…Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan