Bayi dihanyutkan arus banjir
Banjir besar melanda wilayah Pattani mengorbankan seorang bayi lelaki, kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Ismaae Kaelae berusia 12 bulan.
Menurut saksi, mangsa dihanyutkan arus deras di sebatang jalan berhampiran rumahnya.
Situasi banjir di wilayah itu dilaporkan antara yang terburuk di Selatan Thailand dengan bacaan paras air mencecah 50 meter.
Media tempatan melaporkan, lebih 1,000 keluarga di Pattani terpaksa dipindahkan manakala 11 daerah di Phattalung diisytiharkan sebagai zon bencana.
Sementara itu, situasi banjir di Yala beransur pulih selepas paras air menurun.
Sebelum ini, dua daerah iaitu Muang Yala dan Raman terputus hubungan akibat banjir yang mengorbankan tiga nyawa.
Banjir yang melanda kawasan itu sejak 17 Disember lalu menyebabkan lebih 97,000 penduduk terjejas, manakala 40 buah sekolah terpaksa ditutup. - Bangkok Post
0 ulasan:
Catat Ulasan