Jumaat, 16 Januari 2015

ALYAH MENGAKU LANGGAR KERETA RAMLI MS

Lepas satu... timbul pula satu lagi kontroversi yang melibatkan penyanyi Alyah apabila dia dikatakan merempuh kereta suaminya hingga remuk.

Semuanya gara-gara gambar kontroversi suaminya dengan seorang wanita yang pernah dimuatnaik oleh Alyah baru-baru ini. Akibatnya, Alyah mengaku dengan sengaja melanggar kereta milik suaminya, Datuk Ramli MS ketika perbalahan berlaku.

"Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu," ujar Alyah dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Keratan akhbar - klik gambar untuk size besar

 



Akibat ikutkan rasa itu, penyanyi tersebut mengakui kerugian sebanyak RM11,000 bagi kos membaiki semula bahagian depan keretanya yang remuk.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Ramli MS berkata kekecohan di media sosial yang dimulakan oleh Alyah merupakan satu langkah tidak bijak.


 

Gambar yang menjadi kontroversi


sumber: http://www.myartis.com/2015/01/rugi-rm11000-kerana-marah-alyah-langgar.html#ixzz3Oxvzsmsh

0 ulasan:

Catat Ulasan