Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.
Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.
Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.
Mangsa mengambil upah mengecat masjid itu bagi mencari duit poket sempena musim cuti persekolahan. - pahangtoday
0 ulasan:
Catat Ulasan