Ahad, 15 Februari 2015

SEMAKIN BULAT PENGARAH TEGUR AYDA JEBAT !



Pelakon terkenal, Ayda Jebat kini dilihat sudah semakin bulat ketika muncul di rancangan drama baru berjudul Diva.

Disebabkan hal itu, dia telah diberi amaran oleh pengarah terkenal, Michael Ang supaya menurunkan berat badannya.

“Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.

“Naik dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris.

“Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya.


Pengarah ada tegur perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh.



“Ada juga rakan-rakan yang menyuruh saya buat rawatan muka untuk bagi nampak lebih cantik tetapi saya menolak.

“Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan.

“Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet,” katanya.

- See more at: http://katakcomel.my/michael-ang-beri-amaran-pada-ayda-jebat/#sthash.lTmWt1Gx.dpuf

0 ulasan:

Catat Ulasan