Jumaat, 6 Mac 2015

Pelakon Lelaki 37 Tahun Ditangkap Kali Ketiga Disyaki Miliki Dadah





Pada jam 9.30 malam semalam, seorang pelakon berusia 37 tahun yang popular pada tahun 90 an telah ditangkap buat kali ketiga kerana disyaki memiliki dadah.

Pelakon itu telah ditahan bersama seorang wanita dan seorang lagi rakan lelaki dalam bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.





Malah, menerusi pemeriksaan turut menemui sepucuk pistol angin yang mengandungi peluru bebola besi. Untuk rekod, pelakon ini pernah ditahan atas kesalahan sama selain turut pernah ditahan kerana memiliki makmal pemprosesan dadah di kediamannya di Kepong, Sentul, beberapa tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan