kl..Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, dipercayai menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai pelaris, diserbu sepasukan anggota dari Unit Maksiat Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, awal pagi semalam.
Ketua Operasi, Superintendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya mendapati taktik itu digunakan bagi menarik pengunjung ke premis terbabit.
“Kita memberkas 28 wanita warga Thailand dipercayai GRO ketika mereka sedang asyik melayan pelanggan di premis tersebut,” katanya.
Menurutnya, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dipercayai sebagai pengurus pusat hiburan itu.
“Siasatan mendapati pelanggan hanya perlu membayar RM150 hingga RM200 untuk khidmat seks, mereka boleh membawa GRO tersebut ke hotel bajet berhampiran untuk tujuan maksiat,” katanya.
Kesemua wanita warga asing yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 31 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Taktik pusat hiburan tawar khidmat GRO terbongkar!
Related Posts:
Pencuri duit tabung masjid kantoi dirakam cctvGeorgetown: Masjid menjadi tempat beribadat, tetapi seorang lelaki menjadikannya sebagai ‘lubuk’ mencari rezeki secara apabila cuba mencuri wang dalam… Read More
Fasha Sandha mengamuk dikomen isu berpantang ?Alahai, kesian pula insan-insan yang bergelar artis ini.Semua gerak-geri dan kelakuan sering menjadi perhatian hingga adakala semua kelakuan serba tak… Read More
Gadis Di Toreh Muka : Nur Shafiqa Sempat Berteriak Meminta TolongNur Shafiqa Binti Lah, 22 TahunPasir Puteh : Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh ke… Read More
Duda tiga anak, remaja dicekupMudah saja untuk sesiapa yang ingin menang cuba niALOR SETAR – Seorang duda tergamak membawa anak perempuannya berusia 11 tahun ke rumah tumpangan unt… Read More
ANAK INI GALI KUBUR UNTUK SELFIE DENGAN MAYAT IBUNYA Beirut – Seorang penjaga tanah perkuburan, Deab Saiqly menggali kubur ibunya dan mengambil gambar bersama mayat berkenaan, menurut laporan TV MB… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan