Khamis, 16 April 2015

Gambar - Benarkah wanita ini bakal Isteri Zizan Razak ?



Sejak tersebarnya berita serta pengakuan empunya diri iaitu Zizan Razak bakal berkahwin tidak lama lagi,


ramai yang tertanya-tanya identiti wanita yang bakal menjadi peneman hidup pelawak tersebut.

Spekulasi mula timbul apabila Zizan petang tadi telah memuatnaik foto beliau sedang menikmati minum petang sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 31 bersama ibu serta pengurus beliau Ashraf Rahman di kampung halaman beliau di Terengganu. Apa yang menarik perhatian semua adalah, siapakah wanita bertudung yang duduk di sebelah Zizan?

Zizan ketika dihubungi wartawan Berita Harian berkata, wanita dalam foto tersebut adalah kekasih abangnya.


Bukan, itu kekasih abang saya.

Nampaknya ramai yang tak sabar nak lihat wajah sebenar bakal isteri Zizan Razak. Sabarlah ya, kami pasti bila tiba waktu yang sesuai nanti pasti beliau akan memperkenalkan calon isterinya kepada umum.

Sumber Berita: Berita Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan