Rabu, 29 April 2015

Tun M: Ahmad Maslan dilihat seorang yang tidak tahu apa-apa




Di mata Tun Dr Mahathir, Datuk Ahmad Maslan bukanlah tokoh yang sesuai diberi tanggungjawab menjaga ekonomi negara.

Kata bekas perdana menteri itu, Ahmad dilihat seorang yang tidak tahu apa-apa mengenai kewangan.

Kenyataan itu dibuat beliau hari ini sebagai reaksi kepada komen Ahmad.

Ahmad yang juga TImbalan Menteri Kewangan sebelum ini mendakwa Dr Mahathir tidak memahami isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan di negara ini sejak 1 April lalu.

Dr Mahathir berkata, dia tidak mengatakan apa yang disebuat Ahmad itu sebagai salah.

"Tapi dia orang (Ahmad) cakap orang (saya) tak tahu apa," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan