Isnin, 18 Mei 2015

(Foto) Mayat Bayi Dipotong 15 Dijumpai Dalam Loji Kumbahan




Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru.

Mayat itu dijumpai sekumpulan pekerja syarikat kontraktor ketika menjalankan kerja pembersihan kira-kira 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Khamsani Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 1.30 petang daripada penyelia syarikat kontraktor berkenaan mengenai penemuan bahagian anggota badan bayi.

“Ketika sedang menjalankan kerja pembersihan, kontraktor menjumpai beberapa bahagian anggota badan di perangkap sampah.

“Setakat ini kita mempunyai 15 keratan badan dipercayai bayi, manakala kepalanya belum ditemui,” katanya.

sumber-hariammetro

0 ulasan:

Catat Ulasan