Ahad, 24 Mei 2015

Video Tarian Ala Lucah Majlis Kaamatan ker ?



Tarian yang dianggap Lucah Tidak sesuai untuk majlis ini – Aduan Masyarakat Sabah


Satu Video yang berdurasi 1 Minit 18 Saat yang dikongsi di laman Sosial terus menjadi Viral pengguna hari ini. Video yang menampilkan seorang penyanyi yang tidak dikenali menyanyi sambil menari dengan sedikit aksi lucah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana menganggap ia samasekali tidak sesuai dipersembahkan.

Tidak dapat dipastikan bila dan di mana lokasi acara yang berlangsung namun melihat kepada “backdrop” majlis ia seolah-olah dalam satu majlis yang berkait rapat dengan masyarakat Sabah iaitu Pesta Kaamatan (Kebetulan bulan Mei adalah Sambutan Pesta Kaamatan di Sabah).


SMS NEWS PORTAL menerima aduan ini melalui laman sosial hari ini, 24 Mei 2015 bertanya sama ada sesuai atau tidak persembahan sebegini untuk dijadikan hiburan dalam majlis seperti dalam video ini. SMS NEWS PORTAL

0 ulasan:

Catat Ulasan