Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Ogos 2015

LELAKI MESTI TENGOK NAUZUBILLAH MIN ZALIQ

1%2BMALAY%2BONLINE%2BDOT%2BCOM.jpg
Khas buat isteri isteri tersayang..
Wahai muslimat muslilmat yang dimuliakan Allah swt,jika kamu sayangkan suamimu,tutup lah aurat dgn sempurna.

Jangan disebabkan kerana kamu suami, kamu terpaksa menanggung azab siksa di NERAKA kelak.
Wahai para suami, AURAT isterimu merupakan tanggungjawab kamu,didik dan bimbinglah mereka dgn sempurna.
INGAT!!!!

Suami yg takut atau tidak mahu menegur kesilapan dan kesalahan isteri adalah lelaki DAYUS.

Dan tempat seorang lelaki dayus ada lah di NERAKA jahanam.
Nauzubillah min zaliq.
p/s : kalau bab Agama tak ramai yang like & share, kalau bab artis laju je tekan like & share. Tapi rakan2 dalam page ni tak camtu kan? Nauzubillah.
Jika tiap wanita itu sedar akan dirinya seorang isteri yang tidak mahu suaminya keneraka. Segala perintah Allah juga akan dilaksanakan.

Begitu juga pada tiap semua suami.

Begitu juga semua umat islam yg telah disyariatkan segala hukum Allah dan perintah-perintah yg perlu dilaksanakan.

Tanya diri sendiri utk buat segala perintahNYA atau laranganNYA.

Kebahagiaan DISANA Bermula Hari ni.

3.jpg


2_26.jpg


Sumber:
hystteric

Isnin, 18 Mei 2015

Rupanya Ramai Yang Tidak Tahu! Walaupun Bertaubat, 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah ... Semoga kita semua dijauhkan dari dosa-dosa ini ... Amin =(



Setiap manusia tidak lari dari dosa, tetapi ada dosa-dosa yang Allah tak ampunkan. Semoga kita jauh dari perkara-perkara dosa seperti ini. Sila baca .. Semoga menjadi tauladan kepada kita dalam kehidupan ini insyaAllah...

baca selanjutnya ---> disini

Rupanya Ramai Yang Tidak Tahu! Walaupun Bertaubat, 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah ... Semoga kita semua dijauhkan dari dosa-dosa ini ... Amin =(

Setiap manusia tidak lari dari dosa, tetapi ada dosa-dosa yang Allah tak ampunkan. Semoga kita jauh dari perkara-perkara dosa seperti ini. Sila baca .. Semoga menjadi tauladan kepada kita dalam kehidupan ini insyaAllah... 
1- Makan harta anak yatim secara haram.
Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

sumber - http://www.sportmusang.com/2015/05/rupanya-ramai-yang-tidak-tahu-walaupun.html?m=1

Sabtu, 9 Mei 2015

Jika Terlanjur Makan dari Harta Haram, Bagaimana Taubatnya?


Kita telah mengetahui bahawa makanan dari wang haram sangat berbahaya. Rasulullah menjelaskan, daging yang terbentuk dari makanan haram adalah hak neraka dan makanan haram membuat doa tertolak. Termasuk doa dari orang tua kepada anaknya yang semestinya mustajabah. (Baca: Akibat Makanan Ini, Doa untuk Anak Tertolak)

Lalu bagaimana jika pernah memakan makanan haram atau makan dari wang haram? Bagaimana cara taubatnya?

Abu Bakar Ash Shiddiq radhiyallahu 'anhu memberi contoh bagaimana bentuk' taubat 'daripada makanan syubhat yang sebelumnya tidak diketahui. Pada suatu hari seorang budak membawakan makanan untuk Abu Bakar. Tidak seperti biasanya, mungkin kerana lapar dan lupa, Abu Bakar terus memakannya. Setelah beberapa suap, barulah beliau ingat dan bertanya, "Dari mana makanan ini?"

"Dulu di zaman Jahiliyah," jawab budak tersebut, "aku pernah meruqyah seseorang, padahal sebenarnya aku tidak boleh melakukannya. Waktu itu aku hanya pura-pura. Kemudian tadi aku bertemu orang tersebut, lalu dia memberi makanan ini kepadaku ".

Mendengar keterangan budaknya ini, Abu Bakar segera memasukkan jari tangan beliau ke dalam mulut, lalu beliau memuntahkan semua makanan dalam perut beliau ".

Beginilah cara Abu Bakar. Padahal makanan itu belum tentu haram kerana tidak ada kepastian bahawa makanan tersebut adalah upah perdukunan. Namun Abu Bakar memuntahkan semua isi perutnya. Ia bimbang makanan syubhat masuk ke dalam perutnya.

Apa yang dicontohkan Abu Bakar adalah tingkatan tertinggi wara '(kehati-hatian) ketika seorang muslim bimbang bahawa apa yang dimakannya adalah syubhat. Dan begitulah idealnya, jika seseorang tahu bahawa makanan yang sedang dimakannya adalah makanan haram, hendaklah ia memuntahkannya dan beristighfar kepada Allah. Semoga yang ditinggalkan (tidak boleh dimuntahkan) diampuni oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Cara itu boleh dilakukan ketika seseorang sedang memakan makanan dan sebelum selesai atau ketika baru selesai makan ia tahu / menyedari bahawa makanan tersebut adalah haram. Baik kerana dzatnya -misalnya mengandung babi- atau kerana caranya -misalnya makanan hasil mencuri.

Bagaimana jika makanan haram itu telah lama dimakan? Misalnya dulu pernah mencuri, sebahagiannya dibelikan makanan dan dimakan.

Imam An Nawawi dalam Riyadhush Shalihin menjelaskan bahawa taubat yang berkaitan dengan hak manusia ada tiga syarat:
1. Meninggalkan perilaku dosa tersebut
2. Menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan
3. Berniat tidak akan mengulanginya
4. Membebaskan diri dari hak manusia yang dizalimi dengan cara mengembalikan harta tersebut (jika berkaitan harta) dan meminta maaf atau minta dhalalkan kepada orang yang dizalimi.

Dengan demikian cara bertaubat dari makanan haram yang telah digunakan di masa lampau adalah sebagai berikut:
1. Meninggalkan memakan makanan haram
2. Menyesali perbuatan tersebut seraya memperbanyak istighfar
3. Berniat tidak akan mengulanginya
4. Jika makanan itu haram kerana cara memperolehnya, maka perlu mengembalikannya. Misalnya mencuri dari si Fulan, maka harus dikembalikan kepada Fulan tersebut.

Wallahu a'lam bish shawab. 

*sumber www.bersamadakwah.com

sumber -http://detikislam.blogspot.com/2015/05/jika-terlanjur-makan-dari-harta-haram.html#

Rabu, 6 Mei 2015

MESTI BACA!!! Inilah Sebab Rasulullah saw Melarang Lelaki Bersentuhan Dengan Wanita Bukan Mahram ?

1.JPG


Bagi pasangan lelaki dan perempuan yang sedang pacaran atau bertunangan, inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan masing-masing di luar sana. Lihat TANDA MERAH dalam gambar di bawah. 

Kajian menunjukkan bagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi di kawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan, jantung seorang perempuan akan berdegup kencang karena cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata-mata.

Dari Maqil bin Yasar radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya. (HR. Thobroni dalam Mujam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya. (HR. Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 3259).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu , Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian. (HR. Muslim no. 6925)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, :

Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap kaum pria daripada fitnah para wanita.[HR Al-Bukhari no 5096]
Setelah kita mengetahui tentang larangan dan bahaya bersentuhan dengan lawan jenis yang bukan mahram berdasarkan hadits di atas
MASIHKAN ANDA BERPACARAN..???
Copas Akh Abdil Muhsin Hari Al-Kadiry -berita omg


SILAKAN SHARE semoga bermanfaat..

Ahad, 26 April 2015

Baca..Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir ?




Pasti ada segelintir umat Islam yang tertanya-tanya, kenapa hanya nama Nabi Ibrahim a.s. yang disebut bersama Nabi Muhammad SAW di dalam tahiyat akhir. Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Setelah Allah SWT menciptakan Adam a.s., kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam adalah 'Laa ilaaha illallaah, Muhammad Rasuulullah'.

Lalu Nabi Adam bertanya tentang siapakah Muhammad itu? Lantas Allah menjawab, Muhammad SAW adalah penutup segala nabi dan rasul, serta insan paling mulia diantara semua (rasul). Umatnya juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.

Diceritakan bahawa Nabi Adam a.s. berkata, "Sesungguhnya Allah memberi 4 kemuliaan kepada umat Muhammad SAW yang tidak diberikan kepaduku, iaitu:


1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat dimana-mana tempat.

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa. Kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, walaupun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang.

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam dikaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah). Sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya.

4. Aku berbuat kesalahan di syurga. Lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia. Sedangkan umat Muhammad berbuat dosa diluar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Umat Nabi Muhammad SAW

Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT, Nabi Adam a.s. memohon kepada Allah agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad SAW, namun permintaannya ditolak Allah SWT.

Begitu juga dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Musa a.s. Sehinggakan Allah SWT sendiri menegur sikap Nabi Musa a.s. agar reda dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.

Dalam banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah perkenankan permohonannya. Dia ialah Nabi Ibrahim a.s.

Secara dasarnya, Allah SWT tidak memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim a.s. untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, tetapi Allah menjanjikan kepada Nabi Ibrahim a.s. yang Rasulullah SAW akan lahir daripada salasilah keturunannya.

Nama Nabi Ibrahim a.s. juga akan meniti dibibir umat Nabi Muhammad SAW, iaitu akan selalu disebut-sebut oleh umat baginda Rasulullah SAW.

Maka, sebab itulah kita disunatkan untuk menyebut nama Nabi Ibrahim a.s. dalam solat lima waktu, semasa bacaan tahiyat akhir seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim a.s.

Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat.

Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhit adalah:

1. Mazhab Syafie. Imam syaraf An-Nawawi: Syarah Muslim (4/123): Kita hanya perlu membaca selawat atas nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat.

2. Mazhab Imam Maliki dan Imam Hanafi. Sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi SAw, keluarga dan ke atas Nabi Ibrahim a.s.

3. Mazhab Imam Hambali. Wajib selawat ke atas Nabi SAW, keluarga dan selawat Ibrahimiyah.

Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya di syiarkan dalam solat kita. Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s.

Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi SAW. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.

Ibnu Taimiyyah berkata, "Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah selawat Ibrahimiyah."

Jumaat, 5 September 2014

Teka Teki Orang Islam, Boleh Jawab Tak?


1. Ada seseorang menemukan bangkai di jalan, kemudian dia makan sampai kenyang dan sisanya dia bawa pulang. Padahal dia tidak gila, tidak kelaparan, juga tidak terpaksa. Mengapa blaku demikian?

2. Pada dasarnya, tanah boleh menggantikan air. Orang yang hadas kecil dan dia tidak memiliki air, boleh tayammum dengan tanah. Orang yang junub dan tidak mendapatkan air, boleh tayammum dengan tanah juga. Tapi ada satu keadaan,dimana air pula yg menggantikan tanah. Keadaan apakah itu?
 


3. Pada dasarnya, semua benda yang boleh diperjual belikan, boleh juga disedekahkan, atau dihadiahkan. Tapi ada benda yang boleh dihadiahkan, tapi tidak boleh diperjual belikan. Benda apakah itu?

4. Ada sesuatu yang tersusun lebih dari 100 bahagian, tetapi jika dibagi dua hasilnya kurang dari dua puluh? Apakah itu?

5. Ada Orang yang solat tanpa rukuk dan tanpa sujud, padahal dia sihat dan anggota badannya lengkap. dan solat statusnya sah. Bagaimana itu blh terjadi?

6. Ada org yg solat tp tahiyat nya 4 kali.. Solat apa ya?

7. Solat jahar adalah yang rakaat pertama dan keduanya di keraskan bacaannya. Dan solat sir rakaat selepasnya. APAKAH solat sirr berjamaah apa yang terletak antara dua solat jahar berjamaah?

8. Sebutkan ibadah sunat yang jika seseorang melakukannya, maka pada waktu yang sama, seluruh manusia dimuka bumi tidak ada yang melakukannya?

9.Islam menganjurkan untuk selalu melakukan ibadah wajib. Sebutkan ibadah wajib yang hanya boleh dilakukan sekali ;jika dilakukan lebih dari sekali akan ada penyesalan dalam hidupnya.

Dapat jawab tak? Nak jawapan?

JAWAPAN

1. Bangkai yang dihalalkan, yaitu bangkai laut (ikan) atau belalang.

2. Keadaan orang yag tinggal di atas kapal/laut dan sedang menyelenggarakan jenazah. Maka mayat dibuang di Laut dapat menggantikan dikuburkan di tanah.

3. Haiwan korban. Sebelum statusnya jadi korban boleh diperjualbelikan. Setelah jadi korban, tidak boleh diperjualbelikan apapun bagiannya, kecuali apabila dihadiahkan.

4. Al-Quran al-Karim terdiri dari 114 surat, tapi jika kita buka pertengahan mushaf, maka kita temukan tengah al-Quran ada di surat ke-18. Kurang dari 20.

5. Solat jenazah.

6. Orang yg masbuq ketika solat maghrib dan mendapati imam telah lewat ruku’ pada rakaat kedua dan belum bangun ke rakaat ketiga. Sehingga tahiyat nya menjadi 4x.

7. Solat asar pada hari Jumaat, kerana itu menjadi solat sir (perlahan) ditengah2 solat jumaat yang jahar (keras) dan maghrib yang jahar.

8. Mencium hajar aswad adalah sunnah

9. Berkhatan

Isnin, 1 September 2014

BARA'AH - KISAH SI GADIS PENGHAFAL AL QURAN Sila share




Kisah si gadis kecil berasal dari Mesir, berumur 10 tahun bernama Bara'ah. Orang tuanya bekerja sebagai doktor dan berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bara'ah menghafal seluruh Al Quran dengan tajwid, dia sangat cerdik dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah maju bagi kanak-kanak seusianya.

Keluarganya sederhana dan amat patuh pada ajaran Islam.. hingga suatu hari ibunya mula merasa sakit perut yang teruk dan setelah beberapa kali pemeriksaan dilakukan, didapati ibunya menghidap penyakit kanser, dan kanser ini sudah berada ditahap kronik. Ibu Bara'ah terfikir untuk memberitahu anaknya, terutama jika suatu hari nanti dia terjaga dari tidur, mendapati ibunya sudah tiada lagi disisinya.. dan ini kata-kata ibu Bara'ah kepadanya..

“Bara'ah, ibu akan pergi ke Syurga, tapi ibu mahu kamu selalu membaca Al Quran dan menghafalnya setiap hari kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak..”

Gadis kecil itu tidak terlalu mengerti apa yang dikatakan ibunya, tapi dia mula merasa perubahan pada ibunya, terutama ketika si ibu dipindahkan ke hospital dalam jangka masa yang lama. Setiap hari apabila tamat sesi persekolahan, Bara'ah akan menjenguk ibunya di hospital dan membaca Al Quran untuknya hingga larut malam sampailah ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari, pihak hospital menghubungi ayah Bara'ah dan mengatakan isterinya dalam keadaan tenat dan perlu datang cepat ke hospital. Ketika mereka tiba di hospital, ayah Bara'ah memintanya tinggal dahulu di kereta, ayahnya khuatiri Bara'ah akan terkejut seandainya ibunya meninggal dunia.

Si ayah keluar dari keretanya, dengan berjujuran air mata si ayah menyeberang jalan untuk masuk ke hospital menemui isterinya, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta meluru laju lalu terlanggar ayah Bara'ah dan ayahnya meninggal dunia serta merta didepannya. Tak terbayang tangisan gadis kecil ini pada saat itu. Tragedi Bara'ah belum berkesudahan, berita kematian ayahnya disembunyikan dari ibu Bara'ah, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya, akhirnya ibu Bara'ah pula meninggal dunia..

Dan kini, gadis itu bersendirian tanpa kedua orang tuanya. Dengan bantuan kawan-kawan ayahnya, mereka mencari sebuah keluarga untuk Bara'ah di Mesir. Tidak berapa lama tinggal di Mesir, Bara'ah mula mengalami sakit seperti yang pernah dialami ibunya. Beberapa ujian dilakukan, dan disahkan Bara'ah menghidap kanser. Tapi sungguh mengejutkan dikala dia diberitahu andai dia menghidap kanser.. inilah kata-kata Bara'ah ketika itu, “Alhamdulillah.. saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya..” Semua teman-teman dan keluarga barunya terkejut.

Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi namun dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya ! Tersebar kisah Bara'ah hingga menjadi buah mulut orang ramai dan salah seorang dermawan dari Saudi [yang tidak ingin disebutkan namanya] memutuskan untuk mengurus dan menghantar Bara'ah ke Barat untuk dirawat. Salah satu channel TV Islam 'Al Hafiz' sempat menelefon gadis kecil ini dan memintanya membaca Al Quran.... Dan video yang sedang kita lihat inilah suara merdu dan indah yang dilantunkan oleh Bara'ah..

Saban hari, kanser mula merebak di seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk membedah kakinya, namun Bara'ah tetap bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah untuk dirinya.. tapi beberapa hari setelah pembedahan kakinya, sekarang kanser merebak ke otak, lalu doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan otak dan sekarang Bara'ah masih berada di sebuah hospital di Barat bagi menjalani rawatan...

Ya Allah.. Tabahnya hati kamu wahai anak kecil..


sumber -

Khamis, 10 Julai 2014

Kisah Masjid Usang Dan Seluruh Penduduk Kampung Murtad


Kisah ini diceritakan oleh seorang pendakwah, Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Mereka telah menjejaki masjid yang sudah 20 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan, Sabah. Menurut apa yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew, penduduk kampung di Sandakan itu semuanya telah dimurtadkan.





 iklan 
Di Mata Seorang Wanita Malaysia tentang PIALA DUNIA [ klik untuk selanjutnya ]


Berikut adalah laporan dari seorang Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang mereka temui minggu lepas selepas solat jumaat di Masjid Kg Entilibon:

Kelmarin (6 Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod.

Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid.

Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 meter dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.






 iklan  - Di Mata Seorang Wanita Malaysia tentang PIALA DUNIA [ klik untuk selanjutnya ]

Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong-royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu.

Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian.Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.






Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim.

Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama Islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.

Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini. Di sekitar tahun 1979 hingga 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong.

Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 tahun.

Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong.

Selepas itu berlaku usaha gigih pendakwah Kristian yang bertubi-tubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.

Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat pendakwah Kristian di seluruh Sabah.

Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.”

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.

Katanya “‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akanku korbankan satu persatu untuk agama Allah”.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i, nsyaAllah. Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah. Gambar-gambar di atas adalah masjid yang usang yang telah ditinggalkan penduduknya lebih 20 tahun lalu. - sumber


 iklan  - Di Mata Seorang Wanita Malaysia tentang PIALA DUNIA [ klik untuk selanjutnya ]



Sabtu, 5 Julai 2014

Mengalir Air Mata Melihat Video ini.

Mengalir Air Mata Melihat Video ini..Hafiz 5 Tahun hafal 29 juzuk
Mengalir Air Mata Melihat Video ini..Hafiz 5 Tahun hafal 29 juzuk

Hafiz Indonesia 2014 - Musa yang berumur 5 Tahun Dari Bangka Hafal 29 Juz - Membuat Semua Juri menangis




Post by Islam Itu Indah.

Sabtu, 28 Jun 2014

70 Dosa Besar Menurut Imam Az-Zahabi




70 Dosa Besar Menurut Imam Az-Zahabi | Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau
menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara :

01 – Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 – Bersaksi palsu
03 – Berjudi
04 – Bersumpah palsu dan bohong
05 – Berbohong
06 – Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 – Perempuan pelacur
08 – Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 – Berdebat dan memusuhi
10 – Bersifat dayus
11 – Bercakap kasar dengan orang tua
12 – Dusta nama Allah dan rasulnya
13 – Derhaka pada suami
14 – Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 – Hakim derhaka
16 – Homosek (seagama/sejenis)
17 – Mengurangi timbangan
18 – Lari seorang hamba dari tuannya
19 – Lelaki menyerupai wanita
20 – Lari dari medan perang di jalan Allah
21 – Membunuh manusia
22 – Membunuh diri sendiri
23 – Mengamalkan sihir
24 – Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 – Meninggalkan sembahyang jumaat
26 – Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 – Memutuskan hubungan silaturrahim
28 – Melakukan zina
29 – Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 – Makan dari kekayaan haram
31 – Memberi dan menerima rasuah
32 – Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 – Makan riba
34 – Minum arak
35 – Mencuri
36 – Merompak
37 – Melalukan kezaliman
38 – Melakukan pengkhianatan
39 – Menyebut-nyebut pemberian
40 – Mengingkari janji
41 – Memfitnah
42 – Mengutuk orang islam
43 – Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 – Menipu harta rampasan
45 – Melampaui batas
46 – Menuduh zina terhadap orang baik
47 – Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
dan Tidak menutup aurat bagi wanita
48 – Mempercayai nujum dan sihir
49 – Menjadi bapa sanggup
50 – Mencari kesalahan orang lain
51 – Menganggu orang lain
52 – Menganggu tetangga
53 – Menyakiti dan memaki orang islam
54 – Mengintip dan membuka rahsia orang
55 – Mencaci sahabat Nabi
56 – Mengurangi wasiat
57 – Mengingkari takdir
58 – Putus asa dari rahmat Allah
59 – Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 – Riak dan mempamerkan diri
61 – Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 – Sombong serta angkuh
63 – Sembelih untuk selain Allah
64 – Tidak mengeluarkan zakat
65 – Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 – Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 – Tidak istinjak selepas kencing
68 – Tidak mendengar cakap ibu bapa,
tidak mendengar cakap dan tidak taat suami bagi wanita
69 – Tipu daya
70 – Wanita menyerupai lelaki


Renungkanlah adakah dosa-dosa ini masih lagi membelenggu kita senua atau kita telah bebas dari dosa-dosa tersebut…Ya Allah Jauhilah kami semua dari azab api neraka Ya Allah....

Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.
Semoga taubat kita diterima oleh Allah. Amin…

Rabu, 25 Jun 2014

Kuburnya bercahaya tetapi tidak tahu membaca Al-Quran - Detik Islam

gh


"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata.


Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.


Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.


Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.


Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.


Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.


Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.


Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.


Ia akan duduk dan membelek Al Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.


“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”


“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “


“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.


Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur'an buah hati kesayangannya.


Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur'an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.


Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur'an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua."


Subhanallah..Subhanallah


*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com melalui detik islam

Isnin, 12 Mei 2014

Eksklusif: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi



Ustaz Mohd Lotfi (gambar)

KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman.
Fikirkan anda mendapat potensi untuk ini.. [  info lanjut klik  ]



Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.

Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu.


Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu.


SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?

USTAZ MOHD LOTFI: Ternyata dakwaan itu tidak benar kerana sehingga saat ini, saya masih berada di Syria. Ketika itu, saya baru pulang dari Ribat, tiba tiba dikhabarkan rakan konon media Malaysia menuduh saya militan.
Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.


SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?
USTAZ MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,

(1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.
(2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.
(3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.
(4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.

Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak?
Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?

SINAR HARIAN: Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad? 
USTAZ MOHD LOTFI: Jihad sebenarnya merujuk kepada mengorbankan harta atau nyawa agar orang lain beroleh kesenangan atau tenang dalam kehidupan.
Maka ALLAH kurniakan kepada orang yang mati kerana jihad sebagai syuhada, dengan darjat tinggi itu mendapat syafaat 73 orang keluarga terdekat untuk dibawa ke syurga dan kepada sesiapa yang tidak dapat berjihad dengan nyawanya, maka bahagiakan orang-orang susah dengan kebajikan. Sebenarnya hidup pejuang untuk kebahagiaan manusia sejagat.


SINAR HARIAN: Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.
USTAZ MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.
Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan?

Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.

SINAR HARIAN: Anggaran berapa ramai rakyat Malaysia kini berada di Syria?
USTAZ MOHD LOTFI: Saya difahamkan terdapat puluhan rakyat Malaysia di merata tempat di bumi Syria.


SINAR HARIAN: Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad? 
USTAZ MOHD LOTFI: Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.
SINAR HARIAN: Adakah Ustaz tidak ingin kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia setelah membuat keputusan ini?
USTAZ MOHD LOTFI: Mengenai kepulangan saya ke Malaysia… belum pasti kerana kerajaan anggap orang seperti kami sebagai musuh mereka. Di Syria, kami tidak dipenjara, tetapi jika kembali ke Malaysia, belum pasti dapat bebas dan bertemu anak isteri. Mungkin nasib kami berakhir di penjara.

SINAR HARIAN: Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?
USTAZ MOHD LOTFI: Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam.
Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.


SINAR HARIAN: Pengorbanan yang Ustaz lakukan ini untuk siapa sebenarnya?
USTAZ MOHD LOTFI: Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan.

Bak kata pepatah Arab, ‘Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya’, bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang
ini.


SINAR HARIAN: Boleh Ustaz kongsi gambaran sebenar yang berlaku di sana?
USTAZ MOHD LOTFI: Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap?
Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaankami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT. 
Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami. Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.


SINAR HARIAN: Ustaz sanggup hilang nyawa demi pertahan bumi Syria dan adakah ini yang dikatakan jihad?
USTAZ MOHD LOTFI: Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawamelayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, ‘Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu’. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis.


SINAR HARIAN: Difahamkan semakin ramai ingin berjihad ke Syria dan mengikutjejak seperti yang Ustaz lakukan? Adakah berlaku proses merekrut ahli dari Malaysia?
USTAZ MOHD LOTFI: Kami hanya menegakkan dan memartabatkan Islam, sebagaimanayang disebut dalam al-Quran dan hadis.
Saya juga ingin menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap manamanapihak yang menyalahguna nama saya bagi mengutip dana untuk ke sini. Mereka datang secara sukarela, tiada paksaan atau janjijanji manis.

Semua memburu jihad dan syahid, itu sahaja. Sebenarnya jemaah jihad ada di setiap penjuru bumi Syam. Ada pelbagai kumpulan bergabung menentang tentera Assad.
Kami difitnah…

SINAR HARIAN: Nasihat Ustaz terhadap pihak yang memandang serong terhadap perjuangan yang didokong pejuang di Syria?
USTAZ MOHD LOTFI: Kita jangan salahkan mana-mana pihak (jemaah) yang berusaha menegakkan Islam dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai di tempat masing-masing. 

Bagi saya kalau mereka tidak sempurna kitalah orang yang berusahamenyempurnakan. Bukankah Nabi Muhammad melihat nabi-nabi terdahulu, bagaikan bangunan hebat cuma masih tertinggal seketul bata, maka Nabi Muhammad bersabda: akulah bata itu. | SUMBER