Memaparkan catatan dengan label mh17. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mh17. Papar semua catatan

Isnin, 12 Januari 2015

INILAH KAPTEN YANG MENEMBAK JATUH MH17 !



Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu.

Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut.

Menurut Bastrykin, Voloshin dipercayai mengemudi pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara jenis R-60 pada 17 Julai lalu, hari yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.

Jelas beliau, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine di Dnipropetrovsk tanpa peluru berpandu berkenaan, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.

“Berdasarkan maklumat saksi yang kami peroleh dari pangkalan tentera Ukraine, Voloshin kelihatan takut apabila memaklumkan dia tersalah tembak pesawat, dipercayai MH17 yang berada di lokasi kejadian pada waktu dan tempat yang salah.

“Saksi yang memberi maklumat itu kini berada di lokasi rahsia di Rusia dan segala laporan yang disalurkan boleh dipercayai kerana dia lulus dalam ujian pembohongan,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online.

Sementara itu jurucakap jawatankuasa terbabit, Vladimir Markin berkata, Voloshin perlu menjalani ujian pembohongan yang dengan pemantauan pasukan penyiasat Belanda atau Malaysia bagi mengetahui kebenaran tentang insiden tersebut.

Selain itu katanya, tentera Ukraine juga perlu mendedahkan semua data penerbangan pesawat tentera pada hari kejadian dan membenarkan pihak berkuasa Rusia menyiasat pusat kawalan trafik udara negara itu.

“Kami masih menunggu jawapan daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) berhubung perkara itu.

“Jika anggota penyiasat antarabangsa berminat untuk mengetahui kebenaran dan meminta maklumat daripada kami, saya sedia untuk berkongsi segala bukti yang telah dikumpulkan,” katanya.

Isnin, 29 September 2014

Isteri mangsa MH17 | Trauma memikirkan suami terbaring di bilik mayat



Biar betul Bayar RM0.00 dapat new HTC Desire smartphone?!


KUALA LUMPUR: Balu kepada Robert Ayley, 29 mangsa nahas tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, mengakui dirinya trauma memikirkan suaminya berada di bilik mayat di sebuah negara asing yang lokasi entah di mana.

Demikian cerita Sharlene Ayley, mengenai detik awal ketika dirinya menerima berita menimpa suaminya kepada laman portal antarabangsa, The New Zealand Herald.

Kata Sharlene, ketika kejadian Robert baru sahaja selesai berbual dengannya di Facebook sebelum pesawat tersebut berlepas.

Sedikit pun Sharlene tidak menyangka bahawa itu adalah perbualan terakhir dirinya dan suami.

12 jam kemudian, Sharlene menerima pengesahan bahawa suaminya adalah salah seorang mangsa yang terlibat di dalam pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER.

Temubual Sharlene dengan portal berita tersebut merupakan yang pertama sejak tragedi malang berlaku kepada keluarganya pada 17 Julai.

“Selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, saya mula tertunggu-tunggu maklumat mengenai Robert, kemudian pada tengah malam pintu rumah saya diketuk.

Saya turun ke bawah dan mendapati adik perempuan saya dan suaminya bersama seorang pegawai polis di hadapan pintu. Dari situ saya dah tahu. Saya mula meraung dan menangis semahu-mahunya. Dan di situ juga satu penantian bermula.... menanti jenazah tiba dan majlis pengebumian,” katanya.

Sharlene mengakui yang dirinya mengalami serangan emosi yang tidak menentu, lebih-lebih lagi apabila mendapat pengesahan mengenai kematian suaminya.

“Adalah sangat trauma apabila memikirkan bahawa mayat suami saya berada di satu tempat yang jauh entah di mana dan terbaring di rumah mayat. Susah untuk saya menerimanya” katanya.

Fasa yang paling sukar adalah saat mengucapkan selamat tinggal kepada Robert pada majlis pengebumian.

Temubual tersebut turut menyatakan bahawa bagaimana anak-anak mereka, Seth, 4 dan Taylor, 2 merupakan kekuatannya untuk meneruskan hidup tanpa Robert di sisi.

“Anak-anak saya banyak membantu ketika saya rasakan dunia seolah-olah telah musnah.

Namun saya sedar saya tidak boleh terus bersedih, anak-anak turut bergantung kepada saya untuk teruskan hidup. Apa yang saya lakukan ialah memberi mereka semangat dan dalam masa yang sama ia bagai motivasi kepada diri saya,” kata Sharlene.

Sharlene turut memberitahu bahawa dia akan terus mengenang pemergian Robert sebagai seorang bapa dan suami yang terbaik.
“Saya dan anak-anak akan terus melihat foto-foto Robert dan akan terus bercerita mengenai betapa ayah sayangkan mereka, bagaimana dia selalu menghabiskan masa bermain dengan mereka dan membaca bersama,”katanya.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh pada 17 Julai lepas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


Isnin, 25 Ogos 2014

Antara kisah-kisah yang sempat dikongsi oleh rakan-rakan anak kapal yang menjadi mangsa tragedi pesawat ‪#‎MH17‬ :(



Nahas MH17 yang berlaku pada 17 Julai lalu memberi impak yang amat besar kepada semua masyarakat dunia. Paling terkesan dengan insiden ini adalah anak-anak kapal Malaysia Airlines yang masih berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut.

Antara yang sempat kami temubual adalah dua orang anak kapal MAS yang begitu rapat dengan dua mangsa nahas yang ditugaskan di dalam pesawat malang itu.

Halim atau lebih dikenali dengan nama Ken Herai menceritakan pengalaman bertugas bersama sahabatnya, MendiangAngeline Premila Rajandaran, pramugari yang terlibat dalam nahas itu.

“Gambar yang anda lihat di sini adalah gambar terakhir yang kami ambil di Amsterdam bulan lalu. Angie yang ambil gambar tu. Saya yakin dia masih menyimpan gambar itu di telefon bimbitnya,” ketika menceritakan tentang gambar yang dikongsikan bersama kami.

“Gambar Angie dengan patung pramugari KLM itu saya ambil. Sedih rasa hati bila tengok semula gambar itu semula,” ujar Ken lagi.

Ketika berkongsi gambar Angeline sedang mengigit medal, Ken ada cerita mengenai gambar itu. “Ketika kami ambil gambar ini, dia ada bertanya kepada saya kenapa nak gigit medal itu? Saya cuma jawab, berlakon saja jadi juara dan dia dengan cukup sporting beraksi di depan kamera saya.”

“Angeline adalah ‘juara’ di hati kami semua. Dia merupakan seorang rakan sekerja yang saya rasa senang untuk kerja bersama. Lemah lembut, cakap pun sopan dan apa yang buat saya terkilan sedikit apabila Angie tak sempat memuatnaik gambar kami di akaun Instagram miliknya. Semoga dia tenang di alam sana,” kata Ken mengakhiri temubual ringkas bersama kami.

Sama seperti Ken Herai, Kar Mann juga ada cerita mengenai Allahyarham Nur Shazana binti Mohamed Salleh. Kar Mann merupakan insan terakhir yang diberi peluang menghantar Shazana ke lapangan terbang sebelum pesawat yang membawa pulang sahabat baiknya itu ditembak oleh pihak tidak berhati perut di ruang udara sempadan Rusia-Ukraine.

“Sebelum dia berlalu pergi, saya ada beritahu dia saya akan tunggu dia pulang kerana saya ada satu berita yang ingin saya beritahu padanya.” ujar Kar Mann mengenai detik-detik terakhir bersama Shazana.

Menurut Kar Mann lagi, mereka juga sempat berbual di aplikasi Whatsapp sebelum Shazana menaiki pesawat malang itu untuk pulang dari Amsterdam.

“Shazana seorang krew yang sangat rajin dan selalu buat orang gembira bila bersamanya. Saya yakin, penumpang-penumpang di dalam pesawat itu pastinya gembira dengan servis dan layanan yang diberikan oleh kawan baik saya ini,” cerita Kar Mann tentang Shazana.

“Kali terakhir kami makan bersama, Shazana dengan bermurah hati memberi tip kepada pelayan kedai makan itu. Kata Shaz, kita hidup tak lama, tak mengapalah asalkan orang lain boleh gembira.”

Kar Mann yang masih bersedih diatas pemergian sahabat baiknya turut menulis ucapan di akaun Facebook miliknya.

“Bestie, I know you're in a better place now. You are very kind and cool person. You do not judge. You always make people happy and laugh. You make me learn to be more contented in life. Because I always never contented. But when I'm with you I learn something from you. Being positive and contented always. You will always be remembered. We all love you a lot.”

Dan, apa yang paling menyentuh hati, apabila Kar Mann menulis, “That night…you told me not to leave. Why you leave me so sudden? Why?”

Semoga roh mangsa-mangsa nahas MH17 tenang di alam sana dan proses membawa pulang jenazah dapat dilaksanakan dengan mudah. #MengenangMH17

Sabtu, 23 Ogos 2014

#MH17 | PESANAN UNTUK MUHRIZ MARZAIDI, ANAK PRAMUGARI MASTURA MUSTAFA !

PESANAN UNTUK ANAK PRAMUGARI MH17 MASTURA MUSTAFA

#MH17: PESANAN UNTUK MUHRIZ MARZAIDI, ANAK PRAMUGARI MASTURA MUSTAFA | Saya tidak sengaja menatap gambar ini. Membaca captionnya terus menitiskan air mata. Anak ini kehilangan ibunda tercinta. Saya tidak mengenalinya. Kepada sesiapa yang mengenali anak ini, mohon sampaikan pesanan saya ini.




“Sewaktu pakcik seusia adik atau mungkin lebih kecil. Pakcik telah kehilangan ibu seperti adik juga. Andai adik membaca pesanan ini, ini adalah perkara yang adik akan hadapi dan perkara yang boleh dilakukan.


1. Adik terpaksa menguruskan diri sendiri. Mengurus pakaian, bangun pagi sendiri, menyusun urusan sendiri. Tiada lagi orang yang sudi menggaru belakang adik kecuali ayahanda yang masih ada.


2. Adik mesti berhati-hati dalam tuturkata supaya tidak dibenci orang. Fikir dahulu sebelum berkata-kata. Sebaiknya, diam sahaja dan jawab apabila ditanya.


3. Mesti selalu membantu orang lain dan kawan-kawan tanpa mengharapkan balasan. Dengan membantu orang lain, hati kita akan puas dan gembira.


4. Banyakkan membaca buku. Buku adalah teman paling setia, Buku tidak pernah meninggalkan kita. Buku akan sentiasa bersedia menghiburkan hati adik di kala kesedihan.


5. Apabila teringatkan ibu, terus berdoa. Mohon keampunan untuknya. Insya Allah, adik akan bertemu dengan ibu di syurga.


6. Solat 5 waktu mesti jaga walaupun tidak disuruh. Solat akan menjauhkan adik dari perkara buruk.


7. Jauhi kawan-kawan yang jahat dan tidak baik. Kuatkan semangat walaupun kawan-kawan mengajak melakukan perkara yang tidak baik. Walaupun kawan tidak ada, adik masih ada buku sebagai peneman setia dan kawan soleh yang setia menanti.


8. Apabila teringatkan ibu, adik akan menangis. Menangislah, ia tidak salah. Selepas menangis, hati adik akan bertambah kuat, Jiwa adik akan bertambah kental.


9. Jangan sesekali ‘menjawab mulut’ dengan ayahanda atau orang yang lebih tua. Walaupun mereka ada kesilapan, diam itu lebih baik dan kita berbaik sangka. Masalah orang tua tidak sama dengan kita yang masih kecil.


10. Belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara. Belajar tanpa henti dan terus berbakti. Tidak faham terus bertanya. Apabila bertanya, kita akan tahu sesuatu. Pakcik dulu pernah berkata di dalam kelas 5 Dahlia, “Cikgu, saya tidak faham semua.”


Andai adik membaca semua pesanan pakcik di atas. Mungkin kita boleh berkawan.


Yang benar,


Pakcik Ahmad Saifuddin Yusof
Perindu Ibunda 26 tahun.

Sabtu, 26 Julai 2014

MH17: Putin, Rusia 'Bersalah' -White House

Josh Earnest

WASHINGTON: White House pada Jumaat berkata Presiden Rusia Vladimir Putin 'bersalah' menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dalam zon perang di Ukraine dan mengulangi kerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan lebih sekatan ke atas Moscow.

Jurucakap White House, Josh Earnest membuat beberapa komen tegas sejak pesawat ditembak jatuh, mengaitkan kejadian itu dengan Rusia, di mana Amerika Syarikat turut membuat kritikan kerana menyediakan senjata untuk pemisah Ukraine.

"Apa yang kami tahu, pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dilancarkan dari permukaan tanah. Ia telah dilancarkan dari tanah di kawasan yang dikuasai oleh puak pemisah, dan di kawasan di mana Ukraine sendiri sebenarnya tidak mengendalikan senjata anti-pesawat pada masa itu," kata Earnest kepada pemberita di White House.

"Jadi itulah sebabnya kita telah membuat kesimpulan bahawa Vladimir Putin dan Rusia bersalah dalam tragedi ini," katanya.


Naib Presiden, Joe Biden telah bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko mengenai siasatan nahas dan juga dinamik politik negara pada Jumaat, menurut kenyataan berasingan White House.

"Presiden Poroshenko menekankan bahawa walaupun dengan pembubaran parti pemerintah di parlimen Ukraine, kerajaan akan meneruskan kerja-kerja bagi menangani pembaharuan ekonomi yang kritikal," katanya dalam satu kenyataan.

"Presiden Poroshenko juga memaklumkan naib presiden bahawa Rusia terus membekalkan senjata berat dan peralatan kepada puak pemisah, dan tentera Ukraine semakin berdepan risiko diserang secara terus dari kedudukan di sebelah sempadan Rusia," katanya.

Biden memberitahu Poroshenko bahawa Amerika Syarikat telah bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan sekatan lanjut terhadap Rusia yang melakukan "tindakan menyebabkan ketidakstabilan dan tidak bertanggungjawab di Ukraine."

Isnin, 21 Julai 2014

Ibu keluar bekerja dan pesawatnya meletup - Anak kecil Pramugari MH17




Gambar terkini Azrina Yakob, ketua pramugari MH17 yang amat cantik - Setiap kali ditanya tentang ketua pramugari Azrina Yakob, anak kecil beliau Aqil Rais Mohd Rafliz akan menjawab ibunya keluar bekerja dan pesawatnya meletup.

“Bila orang tanya dia selalu kata begitu. Tapi saya rasa dia tak faham apa dia cakap. Kemudian dia akan terus bermain dan kadangkala mengusik adiknya, Arissa Raisya, 3, tentang ibu mereka.”


IKLAN - Perkara aneh yang selalu berlaku di pejabat anda klik untuk lihat


Azrina, 41, merupakan salah seorang daripada dua ketua pramugari dalam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis lalu.

Penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal dan tiga bayi.




Zulkifli yang berkahwin dengan kakak Azrina berkata, Aqil Rais, 6, tak merasai kehilangan ibunya kerana mempunyai sepupu untuk bermain.


“Dia budak kecil. Walaupun ayahnya menjelaskan perkara sebenar, dia tidak banyak memberikan respons.

“Dia sudah biasa ditinggalkan apabila ibunya keluar bekerja. Mungkin dia akan mula terasa apabila semua orang tiada di rumah.”


Menurut Zulkifli, beliau hanya mengetahu pesawat dinaiki adik iparnya ditembak jatuh selepas dimaklumkan suami Azrina.

“Dua kali dia cuba menghubungi isteri saya tetapi kami waktu itu sudah tertidur. Kali ketiga dia berjaya menghubungi kami.”

Katanya, beliau sekeluarga seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi.

“Bagaimana mereka boleh tembak jatuh pesawat komersial? Ini tindakan tidak bertamadun. Perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi.”


Walaupun keluarganya mahu dalang di sebalik kejadian dihukum, baginya perkara paling penting sekarang memastikan tapak nahas dijadikan kawasan selamat untuk pasukan penyelamat menjalankan kerja mereka dan mayat dapat diambil.

“Dunia perlu memberi tekanan kepada Ukraine supaya memastikan pasukan kita selamat masuk dalam kawasan itu.”

Katanya, semua ahli keluarga termasuk suami, adik beradik dan ibu bapa Azrina redha dengan pemergian Azrina.

Namun mereka mempunyai satu hajat agar mayatnya dibawa pulang supaya dapat dikebumikan mengikut cara Islam.

“Satu hari bila anak-anak sudah besar mereka boleh ziarah kubur arwah. Itu hajat kami. (Tetapi) Kalau tak boleh disebabkan isu keselamatan, maka kami redha.”

Katanya, sejak insiden itu kediaman Azrina di Sungai Pelek, dekat Sepang, tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.

“Sahabat dan saudara datang memberikan sokongan moral. Azrina amat disenangi, seorang yang ceria dan komited dengan tugasnya. Beliau suka terbang.”

Bagaimanapun, suami Azrina dan anaknya ketika itu tidak kelihatan.

“Dia tidak mahu ditemuramah atau ditanya soalan. Fikirannya serabut. Dia putuskan untuk terima tawaran MAS tinggal di hotel di Putrajaya. Ibu bapa dan dua anak Azrina turut dibawa bersama.”





IKLAN - Perkara aneh yang selalu berlaku di pejabat anda klik untuk lihat

Kami Temui Kotak Hitam - Pemimpin Puak Pemisah

Seorang lelaki didakwa memegang kotak hitam pesawat MH17 yang ditemui tapak nahas pesawat Malaysia Airlines itu terhempas. - Foto NBC.


DONETSK, Ukraine: Puak pemisah Pro-Rusia di timur Ukraine menemui objek yang didakwa kotak hitam milik pesawat Malaysian Airline MH17 yang terhempas dan kumpulan tersebut bersedia untuk menyerahkannya kepada pasukan penyiasat antarabangsa.

"Serpihan daripada pesawat yang dilihat seperti kotak hitam ditemui di tapak nahas," kata Alexander Borodai, yang mendakwa dirinya sebagai perdana menteri Republik Donestk sambil menambah mereka akan memberikan barangan berkenaan kepada pakar antarabangsa yang dilantik sebaik sahaja mereka tiba.

Borodai berkata mayat yang dialihkan daripada tapak nahas akan disimpan di dalam peti sejuk dalam gerabak kereta api yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian sehinggalah pasukan yang terdiri daripada pakar tiba.



"Kami tidak boleh menunggu lebih lama, kerana cuaca panas dan terlalu banyak anjing dan binatang buas di kawasan tersebut," katanya.

Ahad, 20 Julai 2014

BERITA MH17 | Pemberontak Paksa petugas kecemasan serah 196 mayat !

GAMBAR HIASAN


HRABOVE, Ukraine: Pemantau antarabangsa dan pegawai Ukraine berkata pemberontak bersenjata memaksa petugas kecemasan menyerahkan 196 mayat yang ditemui di tempat pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas dan memasukkan semuanya ke dalam gerabak dingin.

Iryna Gudyma, jurucakap bagi pemantau dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), berkata sebilangan mayat dimasukkan ke dalam tren di Torez, 15 kilometer dari lokasi pesawat terhempas. 


IKLANinilah emas no1 yg paling mahal klik untuk lihat.***



Agensi berita Russia melaporkan semua mayat berkenaan sedang dibawa ke bandar dikuasai pemberontak, Donetsk.

Pegawai Ukraine berkata mayat berkenaan akan dihantar ke bandaray yang dikuasai kerajaan, Kharkiv tetapi tidak pasti sama ada pihak pemberontak bersetuju melakukan sedemikian.

Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami



Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas - "Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui ALLAH takkan kembali."



inilah emas no1 yg paling mahal klik untuk lihat.



Itulah antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.

Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.

"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."



Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya."















Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin.

Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.

"Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana."

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.



Jumaat, 18 Julai 2014

8 Senarai Sejarah Tragedi Pesawat Awam DitembakJatuh



Belum lagi reda kes misteri kehilangan pesawat MH 370, rakyat Malaysia sekali lagi mendapat tamparan hebat tengah malam tadi apabila pesawat MH17 didakwa terhempas kerana ditembak jatuh di Ukraine .Masih lagi belum ada kenyataan rasmi yang sah tentang punca tragedi ini, namun kes pesawat penumpang ditembak oleh pihak ketenteraan bukanlah pertama kali berlaku dalam sejarah dunia. Kami kongsikan 8 kes seumpamanya yang telah terjadi sebelum ini.

1. 23 Julai 1954- Cathay Pacific Airways Douglas DC- 4

Sebuah pesawat Hong Kong yang dibawah kawalan British yang sedang terbang dari Bangkok ke Hong Kong , Cathay Pacific Airways telah ditembak oleh Pejuang Tentera Pembebasan Rakyat China. Kerajaan China menyatakan bahawa mereka telah menyangka pesawat itu adalah sebuah pesawat tentera dari Republik China (Taiwan) dalam misi serangan terhadap Pulau Hainan. Kejadian tersebut telah membunuh 10 daripada 19 penumpang pesawat tersebut.
Cathay Pacific Airways
2. 27 Julai 1955-  El Al flight 402
Sebuah  penerbangan penumpang dari London ke Tel Aviv yang melalui Vienna dan Istanbul  telah  menyimpang ke ruang udara Bulgaria pada  Julai 1955. Pesawat ini  kemudiannya  terbang dalam blok Timur, dan ditemabk oleh dua pejuang Bulgaria. Pesawat tersebut akhirnya meletup di udara dan mengorbankan 58 nyawa di atas kapal.
el al
3. 21 Februari 1973 – Libyan Arab Airlines 114
Pada tahun 1973, sebuah pesawat penumpang menuju ke Kaherah dari ibu negara Libya Tripoli hilang kawalan akibat cuaca buruk  (ribut pasir)  akhirnya gagal berfungsi  dan hanyut ke dalam ruang udara Israel di semenanjung Senai. Ia kemudiannya ditembak oleh dua jet pejuang Phantom Israel yang menyangka pesawat tersebut adalah MIG Mesir. . Hanya lima daripada 113 orang di atas kapal terselamat.
4. 20 April 1978- Korean Airlines KAL902
Akibat mengalami kerosakan
4. 27 Jun, 1980-  Itavia Airlines flight 780
Pada 27 Jun, 1980, sebuah pesawat penumpang meninggalkan bandar Itali utara Bologna untuk  ke Palermo, di Sicily. Bangkai pesawat itu ditemui di Laut Tyrrhenian. Tiada yang terselamat di antara 81 yang menaiki peswat tersebut . Kemalangan kapal terbang masih menjadi  subjek kontroversi dan perdebatan. Teori-teori awal mencadangkan telah berlaku letupan bom pengganas di atas kapal dan juga dakwaan konspirasi oleh kerajaan Itali . tetapi siasatan seterusnya membuat kesimpulan pesawat itu mungkin terperangkap di tengah-tengah satu persengketaan antara jet pejuang NATO dan MIG Libya.
5. 1 September 1983  -  007 Korean Air Lines
Penerbangan 007 Korean Air Lines, dengan 269 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh oleh jet pejuang Russia di barat Pulau Sakhalin yang terletak  Laut Timur ketika ia terbang di ruang udara larangan Soviet.Pesawat itu sedang dalam penerbangan dari New York ke Seoul pada 1 September 1983, dengan mengikuti laluan Alaska sebelum menyeberangi Lautan Pasifik.
Semua dalam pesawat berkenaan telah terkorban. Soviet Union pada mulanya menafikan mengetahui tentang kejadian itu namun kemudian menegaskan bahawa pesawat itu sedang melakukan intipan.Pemimpin Soviet enggan mengumumkan data penerbangan pesawat itu sehingga beberapa tahun kemudian.
korean airlines
6. 3 Julai 1988 - Penerbangan 655 Iran Air
Penerbangan 655 Iran Air dengan 290 orang di dalam pesawat, ditembak jatuh di Teluk Parsi oleh peluru berpandu USS Vincennes ketika pesawat itu masih berada di ruang udara Iran. Pegawai Amerika Syarikat kemudian menyatakan Vincennes tersalah anggap pesawat Airbus A330 itu sebagai jet pejuang . Pesawat itu sedang dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai. Tiada mangsa terselamat. Kerajaan Amerika Syarikat  akhirnya membuat penyelesaian dengan memberi pampasan kepada anggota keluarga mangsa.
iran air
7. 29 September  1998 –  Penerbangan Lionair 602
Pada tahun 1998, penerbangan dari kawasan tengah utara Tamil yang bergolak di Sri Lanka ke ibu negara Colombo hilang bersama  48 penumpang. Bangkai pesawat itu ditemui hanya 14 tahun kemudian, pada tahun 2012, oleh sebuah kapal tentera laut Sri Lanka. Tidak dapat dipastikan bagaimana pesawat tersebut  terhempas, tetapi laporan awal mendakwa pesawat itu ditembak jatuh oleh bateri MANPAD yang kini mengalahkan pemberontak Tamil Tiger.
8. 4 Oktober 2001 – Siberia Airlines 1812 
Sebuah pesawat yang membawa penumpang dari Tel Aviv ke bandar Siberia Novosibirsk menjunam ke dalam Laut Hitam pada 4 Oktober , 2001 Seramai 78 orang di atas kapal meninggal dunia. Misteri masih mengelilingi kemalangan kapal terbang tersebut , namun kemungkinan besar pesawat tersebut relah ditembak oleh peluru berpandu yang tidak bertanggungjawab dari Ukraine. Walaubagaimanaoun pihak berkuasa di Kiev tegas menafikan sebarang penglibatan dari pihak mereka. | wanista

Kakak saya dalam pesawat #MH17 untuk pulang beraya - AdikPenumpang

Sepang: Seorang ahli keluarga penumpang MH17 mengesahkan kakaknya adalah antara penumpang dalam pesawat itu yang terhempas di Ukraine.

Noraini Md Noor, 50, dari Petaling Jaya, berkata kakaknya, Norrahimah, 67, berada dalam pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu.

"Kakak saya sudah tinggal di Geneva selama 30 tahun dan beliau pulang ke sini buat pertama kali selepas tempoh itu untuk menyambut Hari Raya bersama kami," katanya dalam tangisan.

Noraini berkata, kakaknya mengambil cuti enam minggu untuk berada di Malaysia dan beliau sepatutnya pulang bersama anaknya, namun anaknya tidak dapat pulang di saat-saat akhir.

Sementara itu, ahli keluarga penumpang lain enggan ditemuramah dan meminta diberikan ruang kepada mereka.anaknya, namun anaknya tidak dapat pulang di saat-saat akhir.

Sementara itu, ahli keluarga penumpang lain enggan ditemuramah dan meminta diberikan ruang kepada mereka.

Najib sahkan pesawat #MAS #MH17 terhempas



SEPANG 18 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat yang terhempas di Ukraine adalah milik Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Beliau berkata, sekiranya benar pesawat berkenaan didapati ditembak jatuh, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Katanya, beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah menghubunginya untuk menyatakan sokongan dalam hal tersebut.

"Malaysia dan AS juga telah bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan siasatan antarabangsa dan bersetuju untuk tidak menyembunyikan sebarang hasil siasatan.

"Sekiranya betul pesawat berkenaan di tembak jatuh, mana-mana pihak tidak dibenarkan mengalihkan bangkai pesawat termasuk kotak hitam," katanya dalam sidang akhbar pada pukul 4.30 pagi tadi di Hotel Sama-Sama di sini.