Sabtu, 21 Disember 2013

TAHUKAH ANDA 10 Negara Dengan Internet Paling Laju



Semua orang tahu apa yang boleh dilakukan melalui internet dari belajar, bekerja, berhibur dalam macam-macam tidak kisahlah sama ada anda menggunakan gajet mudah alih atau PC di rumah. Tapi tahukah anda 10 negara yang mempunyai internet yang laju di dunia ini?
Blog Daunpisang ini akan menyenaraikan 10 negara yang mempunyai internet terpantas hasil kajian oleh penyedia trafik yang popular di seluruh negara, Akamai Technologies.
10. Taiwan
Dengan kelajuan 39.5 megabit sesaat atau Mbps, Taiwan yang mempunyai populasi 23.3 juta orang itu mengalami peningkatan penggunaan internet sehingga 22 peratus. Negara itu juga kini aktif dalam industri teknologi maklumat dengan beberapa syarikat popular lahir di sini seperti HTC dan ASUS.
9. Belgium
Negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) yang menempatkan ibu pejabat seperti NATO ini mempunyai kelajuan internet 39.9 Mbps. Belgium mempunyai penduduk sebanyak 11.1 juta orang dengan ibu negaranya, Brussels.
8. Israel
Negara ini mempunyai beberapa syarikat teknologi seperti Waze. Ia juga mempunyai pelan jalur lebar jangka panjang walaupun berdepan konflik. Kapasiti kelajuan internet di negara ini adalah sepantas 40.1 Mbps.
7. Switzerland
Popular dengan hab sebagai pusat kewangan dunia, Switzerland mempunyai purata kelajuan internet 41.4 Mbps. Ia meningkat sebanyak 3.9 peratus berbanding tahun lepas. Negara ini mempunyai populasi sebanyak 8 juta orang.
6. Latvia
Latvia bukanlah negara yang popular di Eropah malah ia juga langsung tidak terkenal dalam penghasilan dan pengeluaran bakat-bakat teknologi tetapi negara itu mempunyai kelajuan internet sehingga 44.6 Mbps.
5. Singapura
Populasi Singapura hanya 5.4 juta tetapi ia telah menjadi hab serantau yang popular memiliki kepantasan internet 45.6 Mbps iaitu 59 peratus lebih tinggi berbanding purata kelajuan seluruh dunia iaitu 18.9 peratus.
4. Romania
Ibu negaranya ialah Bucharest dan Romania mempunyai kepantasan internet 47.5 Mbps dengan populasi seramai 20.1 juta orang. Ia mempunyai industri yang hebat seperti telekomunikasi, aeroangkasa dan persenjataan.
3. Jepun
Negara yang bukan saja terkenal dengan 'manga' atau komik ini tetapi juga mempunyai kepakaran dalam elektronik. Lihat sajalah nama-nama gah seperti Sony, Panasonic, Nikon, Canon dan banyak lagi. Menariknya, kerajaan negara itu amat mementingkan kelajuan internet melebihi perkara lain dalam agenda negara. Jepun mempunyai populasi sebanyak 127.2 juta orang. Kelajuannya? 48.8 Mbps.
2. Korea Selatan
Kalau ada yang pernah ke negara ini, mereka pasti bersetuju Korea Selatan memang mempunyai kepantasan internet yang mengagumkan dan anda boleh mendapatkan wifi di kebanyakan tempat dengan percuma.. Ia ditambah dengan industri game online yang semakin bercambah. Tambahan pula, terdapat mengatakan kadar untuk membeli kelajuan 100Mbps hanyalah kira-kira RM100 saja. Kini Korea Selatan mempunyai purata kelajuan internet selaju 53.3 Mbps.
1. Hong Kong
Hong Kong mempunyai penduduk sebanyak 7.2 juta orang tetapi keluasan negara sebanyak 1,104 kilometer persegi itu (Malaysia mempunyai 329,847 kilometer persegi) dengan kelajuan internet 65.1 Mbps. Anda boleh muat turun filem HD yang berkapasiti 1GB mungkin dengan hanya kurang tiga minit?
Di manakah kedudukan Malaysia? Menurut Akamai Technologies, pada suku pertama tahun ini, kelajuannya adalah 2.7 Mbps. - BDp


0 ulasan:

Catat Ulasan